Masyuk

Isnin, 31 Ogos 2009

~~~Agak Bersawang Blog Aku Nih~~~



Salam Ramadhan Al-Mubarak & Salam Kemerdekaan kepada semua blogger.
Agak bersawang gak ler blog aku ni kerna kesibukkan di rumah & juga di tempat kijer.
Malam nih agak rajin plak nak menghapdet blog aku nih kerna kerja membaiki bilik aku yang
sekangkang kera nih yang di serang oleh sang anai- anai. biasalah rumah kampung yang terselit
ditengah tengah bandaraya yang serba moden nih.
Hari sabtu hari tuh kitaorang satu family pergi ke Gombak berbuka puasa kat rumah mak cik
aku. sajer je berbuka beramai ramai. seperti kebiasaan setiap tahun ler berbuka di rumah sanak saudara supaya dapat mengeratkan silaturahim.

Menu
1. Rendang Pucuk Ubi
2. Sambal Tempe & Ikan Bilis
3. Pecal
4. Sambal Kentang & Ikan Sardin
5. Ulam Petai (aku xmakan petai mentah)
6. Sup Ayam & Kentang
7. Pecal gak nih
8. Ikan Tenggiri Masak Pongek ( macam asam pedas tapi dikeringkan)

Kuih Muih pun ada gak cuma popia goreng & air tembikai jer buat sendiri
yang lelain tuh buat kat BARAM

Nih waktu sebelum berbuka sementara menunggu waktu berbuka aku pun sempat la
mengambil makanan nih....

Suasana meriah sewaktu berbuka puasa bersama sama.


Hari ahad plak aku xkemana mana coz sibuk mengemas bilik aku jer
pastu hari ni tadi cuti sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52
aku ngan sepupu aku pergi plaza GM kat coket. sepupu aku nak beli ole ole untuk
saudara mara kat kampung. aku cakap kat dia try ar cari barang kat situ coz boleh beli barang dengan harga borong tapi dia xtau jalan jadi aku dengan rela hati bawak dia g sana beli barang
kat plaza GM tuh sepupu aku beli la keronsang untuk dihadiahkan untuk saudara mara kat
kampung nanti. aku apalagi sampai sana apa lagi yang aku cari.......




Isnin, 24 Ogos 2009

Bukittinggi, Padang & Bangkinang Pekanbaru - INDONESIA 2007



je nak post n3 nih coz aku busan ler. Saja jer nak cite pengalaman naik ferry INDOMAL
ke Indonesia (BUKAN TONGKANG) yer... di ulang ferry INDOMAL. aku naik ferry dari Melaka sampai ke Dumai. Perjalanan ferry dari Melaka ke Dumai memakan masa 1jam 45minit.
lepas tuh dari Dumai berangkat ke Bangkinang, Pekanbaru pula mengambil masa dalam 4jam hingga 5jam ikut jalan darat kematu punggung rasanya duk dalam van tuh.

ni gambar waktu kat atas ferry indomal korang leh keluar dari ferry ikut pintu blakang
leh la lepak lepak kat atas tuh sambil isap rokok. yang kat blakang tuh sepupu aku.

bila aku tengok balik gambar2 nih mmg aku akan tergelak.
waktu nih kat Bukittinggi, Indonesia memang sengal waktu nih.
rasanya cam nak buat kulit album gambar nih. Aku pergi Bukittinggi nih dengan kawan2 aku
kat sana kalau tak silap gambar nih ambil kat ni dekat Panorama, Ngarai Sianok, Lubang Jepang diaorang nih dah macam family ler kiranya.

waktu nih plak dekat Bukittinggi gak waktu ni area Jam Gadang, pergi sini waktu dah dekat malam tak sempat nak shopping cuma sempat shopping kat Bukittinggi Mall jerk.

ni pulak gambar waktu kat Padang, Indonesia. aku pergi le ke Pantai Air Manis
(kalau orang sana cakap Pantai Aia Manih).
kat Pantai Air Manis nih lah ada batu malim kundang ala cerita yang dia ni
derhaka kat mak dia kalau kat Malaysia nih version Si Tanggang la.

Hari Raya Ziarah kalau dekat Bangkinang, Pekanbaru masyarakat ocu kampar
(masyarakat di Pekanabaru) mereka memanggil dengan nama aghi ayo zorah.
selalunya mereka menyambut hari raya ziarah ini pada 8 syawal setiap tahun selapas
puasa 6. Meraka menyambut hari raya ziarah ini sama seperti hari raya aidilfitri
(bakar lemang, masak rendang, dsb.) Hari Raya ziarah adalah dimana orang ramai akan
bergerak dari satu kawasan perkuburan ke kawasan perkuburan lain untuk berdoa bersama2.
Selepas habis semua kawasan perkuburan mereka akan berkumpul di satu padang dimana
kaum ibu sudah menyediakan makanan dan minuman untuk dimakan bersama.

kat sana adat memang kuat lagik cam kenduri kendara still gotong royong xda catering2 nih
yang mak cik menjunjung dulang tuh semua ada makanan yang dibawak dari rumah
ramai jugak la yang membawa jambau (dulang ar) dapat dalam 40 jambau gak la
orang kampung & keluarga pengantin biasanya makan makanan dari saudara mara yang datang bawak jambau cuma undangan yang makan makanan yang disediakan oleh tuan rumah.
selain itu kalau dekat Malaysia orang pakai kompang kat sana orang pakai rebana kecik sambil berselawat orang sana panggil berdikiu (ber-d-que)

contoh busana pengantin di Bangkinang. lebih kurang macam baju pengantin di Malaysia gaks..

Ahad, 23 Ogos 2009

2nd Day berbuka Puasa



siang tadik aku dengan rajin nya membakar ikan
ikan bakar & ikan kembung jer yang dibakar

sebenarnya tak da idea nak menaip coz perut dah kekenyangan .....

Sabtu, 22 Ogos 2009

Fridge Magnet & Pin Kartun



hari ni 1st day puasa aku tak da apa nak buat amat lah bosan
siang tadi aku pergi plaza GM kat area coket tuh saja jenjalan nak carik beg
pastu member aku si Usna Popcorn ada cakap kat aku dia nak kirim
pin cantik ada jual kat sana tapi xda pin corak yang dia nak
Usna Popcorn nak pin corak bas skolah & corak kereta wolkswagen
tapi yang ada fridge magnet jerk.
aku call Usna Popcorn dia cakap dia xnak FM aku pun terus beli tuk aku
dan aku tak tau nak buat aper ngan benda alah nih
xper ar aku beli nanti aku lekat kat PC aku kat opis lekat pic ker
lekat note ke kat aku nyer CPU yang bunyik cam kapal terbang nak mendarat tuh


yang ni aku beli sepasang saja jer beli...

ni la semua aku beli kat plaza GM tuh.
kalau korang nak tau blog pin kartun nih korang click sini

Cara Solat Tarawih



Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.

Solat sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat sunat Tarawih mengikut pilihan, kerana solat sunat tarawih boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Biasanya di Malaysia, solat Tarawih dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak. Sembahyang Tarawih dilakukan dengan Imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan semasa solat Subuh.

Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:


Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.

Walaupun demikian, ada beberapa cara dalam mengerjakan solat Tarawih, salah satunya dengan formasi 2 kali 4 rakaat masing masing dengan sekali salam setiap selesai 4 rakaat. Oleh kerana itu, dalam niat solat Tarawih, niatnya disesuaikan menjadi "arbaa raka'ataini".

Bilangan Rakaat
Umat islam menunaikan sembahyang tarawih di bulan Ramadan

Pada zaman Rasulullah S.A.W., sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Rasulullah S.A.W. juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini solat yang wajib. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.

Sembahyang ini juga dibuatkan sebanyak 20 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih sebanyak 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir.

Sembahyang tarawikh boleh dibuat sebanyak lapan rakaat, sesuai dengan keterangan Aisyah r.a. : “Rasulullah S.A.W. tidak pernah mengerjakan sembahyang sunat, bulan Ramadan atau bulan lainnya, lebih dari empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat (Jangan tanya tentang baik dan panjangnya), kemudian beliau tambah lagi tiga rakaat yakni witir.” Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim; “Rasulullah mengerjakannya sebelas rakaat, temasuk di dalamnya sembahyang witir.”

Di Masjidil Haram di Makkah, sembahyang terawih dilakukan dengan diikuti oleh jemaah yang besar. Kebiasaannya imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap kali tarawih dan menamatkan seluruh al-Quran (30 juzuk) pada malam ke-29 Ramadan.

just nak refresh solat terawih jerk c&p from http://ms.wikipedia.org/wiki/Solat_Sunat_Tarawih#Cara_Solat_Tarawih

Jumaat, 21 Ogos 2009

Tip Mengejut Orang Untuk Bersahur



Puasa pun nak dekat, tapi time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling crucial sekali. Dibawah ni ada2 tips menarik untuk dicuba:-

1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond

tapi kalau still tak ada effect

1. jerit nama dia kuat kuat...
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami! tsunami!
6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit

tapi kalau still tak ada effect gak

1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!

tapi kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir

1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya



psssttt****curik dari blog http://temah8.blogspot.com/

Salam Ramadhan Al-Mubarak




Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua pengunjung, teman teman, saudara mara
semoga Ramadhan tahun ini lebih sempurna dari tahun tahun sebelum nya
semoga ibadah ini diterima oleh Allah S.W.T. hendak-Nya
amin yarabbal allamin.

Rabu, 19 Ogos 2009

H1N1 Berhati hati



dapat mail dari kenkawan bagi link nak check jumlah kematian & kes jangkitan H1N1 seluruh negara
just nak kongsi dengan kengkawan yang lain link nyer

http://www.flucount.org/

data dibawah diambil dari link
http://www.flucount.org/

World Lab-Verified Swine Flu Infections

Country # Cases # Cases

Malaysia 3857 64











Death Rate per Infection


Country Cases Deaths % Dead Frequency
Malaysia 3857 64 1.66% 1 in 60










Infection And Death Rate Per Million of population

Country Cases Per Million Deaths Per Million

Malaysia 140.42 2.33


Ahad, 16 Ogos 2009

Jangan Terpedaya.....doa wabak H1N1



nih
just nak share ngan kengkawan semua bahawa doa selsema babi ataupun wabak H1N1 diatas adalah sesat dan tidak boleh diguna pakai untuk maklumat lanjut tengok info dekat blog naman
lagi pula kalau ada sesapa dapat mail berantai bagi ayat ayat nih xpayah la nak forward.
just delete jer email yang tak berfaedah cam nih. takut ramai yang terpesong.

pssttt***selagi boleh dielakkan. elakan jer tapi kalau da nak kena redha jer ler

Sabtu, 15 Ogos 2009

iPhone Percuma........



diwaktu waktu yang bosan nih aku sajer jer ler menjelajah ke blog orang.
tetiba terjumpa plak blog naman (blog dia ni cam menarik jerk - banyak info)
aku tertarik dengan post iPhone Free
aku pun ape lagik trus la mencuba nasib mana tau ada rezeki try jer ler walaupun tak mengharap sangat. Sebenarnya contest nih dari EXABYTES cam menarik jerk .
apa lagik layan kan jerk.

korang nak tau apa hadiah nyer???
dah title post aku pun iPhone Percuma dah tentulah hadiah nyer iPhone.


pastu ada gak hadiah saguhati nya iaitu

ok cam mana nak joint contest nih??

1. memula tuh masuk la kat laman web EXABYTES
2. pastu isik ler form cam kat bawah nih

pastikan referrer's letak email aku daydeck86@gmail.com ekkkk...
mana tau korang dapat aku pun dapat gaks ....ehheheheheh
(pic atas c&p dari blog naman)

3. pastu korang dapat mail suh korang copy & paste kat blog korang
ala cam nuffnang gak la.

4. lepas tuh akan ada widget kat blog korang tunggu jer la kalau ada rezeki dapat la
korang hadiah2 tuh kalau xdapat tak da rezeki la nama nya kan.


Kepenatan Kuasa Seploh.....





Penat gler dah la malam tadik balik kijer dlam jam 12tgh mlm
pagi tadik trus g main bowling kat Mid Valley ada tournament opis
masuk main bowling nih pun just suker suker jerk coz tak berapa pandai main pon.
balik dari tournament dalam jam 4petang sampai jer rumah terus tidor
kerana kepenatan aku malas nak g MTV World Stage kat sunway
aku bagi ticket kat member member aku coz aku dapat 8 ticket
lagi pun aku malas g sebab takut gak la dengan selsema babi yang melanda skang nih.

Jumaat, 14 Ogos 2009

Cam Tak Cayer Jerk.......



wah.....

cam tak cayer jerk kan waktu sebegini rupa jam menunhukkan jam 10.45pm aku kat opis lagik ...

kalau selalu tuh tepat jam 6pm jer aku dah baragas balik rumah hari nih sampai dekat jam 11pm

aku still kat opis lagik ... cam tak cayer jerk kan ...

patut la hujan lebat tadik kowt........ banyak keje siot kat opis nih

tapi aku dah nak balik dah nih coz kerja kerja gak kesihatan kena jaga siot..

bye...

Khamis, 13 Ogos 2009

Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia



PETALING JAYA: Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim disahkan meninggal dunia kurang sejam yang lalu akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.
Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.
dapat info dari kengkawan pastu trus tukar chanel awani 501. Kompem Ustaz Asri
meninggal dunia. salam takziah kepada keluarga arwah. al-fatihah

Ahad, 9 Ogos 2009

Majlis Cukur Jambul & Majlis Hari Jadi Anak Buah



Semalam aku & family di Seremban ada buat Majlis Cukur Jambul & Majlis Hari Jadi Anak Buah
serta majlis menyambut puasa & tahlil arwah buat kenduri sekali gus aja senang nak mengemas.

kenduri kali ni kita orang buat rewang jerk coz family mentua kakak aku volunteer nak masak
ni lah suasana kat blakang umah family aku kat Seremban.

happy birthday to you girl (anak buah aku) DANIEA.

QAIREN BATRISYIA AMANI


gambar ni sebelum majlis bermula sempat la aku amik pic nih
lepas ni jerk aku da sibuk buat kijer camera aku pun aku xtau sapa yang pegang waktu nih
semua nya buat sendiri jerk.

ni pun sebelum majlis bermula saja jer poyo poyo nak amik pic nih.

sesi cukur jambul dari kumpulan marhaban ampangan, seremban.

ni plak sesi cukur jambul dari pihak keluarga.
ayah, mak ngah ebab, kak CT, mak ngah limah.

happy birthday to NIEYA..

guna pinggan lama jerk.
pinggan nih adalah untuk tatapan kak ina kl....

Jumaat, 7 Ogos 2009

Teater Lorong Blues 2



Tadik aku g layan teater Lorong Blues 2 kat setor Dewan Bahasa & Pustaka.
memang best giler aku rasa Teater nih tak rugi la rasanya walaupun aku g sensorang
pelakon pelakon dia plak mmg best actualy aku memang tak pernah tinggal tengok
teater dari kumpulan STEFANI. dah memang tahu teater yang dipentaskan STEFANI tak payah ragu ragu nak g tengok. Tengok la siapa guru dia kalau bukan Ibu Fauziah Nawi.
kali ni aku pergi tak amik pic coz aku g sorang jerk malas nak kuarkan camera
lepas abis teater nih aku pun melepak kat luar dengan Kak Farah menantu Ibu Fauziah
lepas borak2 aku pun beransur pulang. Malam esok teater nih last dipentaskan
pergi la tengok teater nih memang best harga ticket RM30.
sebarang maklumat baca kat sini.


copy & paste dari rawana

Lorong Blues membawa beberapa isu yang ingin disampaikan kepada penonton. Antaranya

- masalah dadah yang semakin berleluasa di kalangan masyarakat hari ini.

- kekeluargaan dan kasih sayang antara manusia

- masalah penderaan seksual terhadap kanak-kanak

- masalah perlacuran untuk mencari kemewahan

- masalah hubungan kaum sejenis

- permasalahan dalam meneruskan hidup bagi pengiat seni tradisional.

Rabu, 5 Ogos 2009

Astro Kasih Kampung Ketapang Tengah, Pekan, Pahang



Last weekend opis aku melancarkan ASTRO KASIH dekat
Kampung Ketapang Tengah, Pekan, Pahang
aku dengan rajin nyer joint xtvt nih
best ar g sana dapat gak memenuhkan masa yang terluang daripada xda buat apa2.

kitaorang gerak dlam jam 4ptg hari Jumaat
dari Kuala Lumpur tak ramai dalam 18 orang jerk
coz bertembung ngan macam2 xtvt lain
tapi member2 kat sana dah ramai yang menunggu.

esoknya hari Sabtu dlam jam 7.30pg kitaorang dah berkumpul nak gerak
pergi Kuantan coz kitaorang stay kat Vistana hotel, Kuantan perjalanan ke Pekan
amik masa dalam 45minit jugak la tuh pasal kena gerak awal.


kitaorang kena pecah 2 group coz separuh pergi gotong royong kat rumah anak yatim
& separuh lagik kena gotong royong dekat Kampung Ketapang Tengah, Pekan, Pahang
aku kena pergi rumah anak yatim seronok buat kerja amal kat sana
semua orang berganding bahu tak kira pangkat, bangsa & agama kiranya macam
1MALAYSIA
yang diperkenalkan oleh PM kita la.

ini pulak suasana kat Kampung Ketapang Tengah, Pekan, Pahang
waktu nih aku bagi member aku Mya pegang camera jadi pic group aku buat kerja xda ler
ni la pic diaorang ngah buat kerja dekat sana. walaupun penat memasing still happy

lepas jer gotong royong tuh semua orang berkumpul di rumah anak yatim
untuk makan tengah hari. pic kat atas nih waktu kitaorang tgh tunggu artis artis AF
sampai untuk makan & beramah mesra dengan anak2 yatim disana.
terhibur gak la anak2 yatim kat sana tuh.

ni plak waktu melayan anak2 disana makan kitaorang & artis AF melayan anak2 ni makan dulu
sebelum makan tuh dengar ucapan dari pihak Astro & pihak rumah anak yatim berkenaan.
antara artis yang ada Stacy, Zahid, Hafiz, Yazer, Ayu, Farah Brip2 dll lagik la.

lepas makan kitaorang gerak pergi check in kat melati inn pekan untuk merehat dan menyiapkan diri coz sebelah petang kitaorang kena berkumpul dekat
Kampung Ketapang Tengah, Pekan, Pahang
tempat perasmian ASTRO KASIH yang dirasmikan oleh PM kita sendiri.
lebih kurang jam 6.30ptg ktorang balik ke Melati inn untuk berehat & menyiapkan diri ke
Gempak Desa Astro tapi kitaorang singgah kejap je sebab memasing dah kepenatan .
satu pengalaman yang menarik next xtvt pulak lepas raya (lambat lagik)
destinasi nya pulak kalau tak silap dekat Pagoh. harus la aku pergi kan.

Isnin, 3 Ogos 2009

Tampin N. Sembilan



agak bersawang gak la blog aku nih dek kerana kesibukkan aku nih...
2 minggu lepas aku g kampung member aku kat Tampin, Negeri Sembilan...
BUKAN DEKAT MASJID TANAH, MELAKA YER
minggu sebelum nyer plak mak cik aku buat kenduri dekat Block A Wangsa Maju section 1 BUKAN DEKAT 50#, BLOCK D6, WANGSA MAJU SEKYEN 1.
tak planning pun nak g kampung cik dahlie tuh otw nak kesana tuh planning nak carik
durian tapi xado cam no nak buek xdo rozoki....

sampai jer kat hentian Nilai terus jer berhenti makan
memasing mmg belum bekpes lagik kebuloq tuh...

ini ler tempat nyer yang kitaorang g truh......

Pondok Noor nama diberi oleh tuan tanah....

dah tak tahan memasing ushar buah buahan tempatan kat sana....

gigih & bersemangat kitaorang amik buah pakai galah mcm mcm gaya kitaorang try.

last skali coz dah xleh tahan aku pun panjat pokok manggis tuh sib baik tak patah pokok tuh
tidak abis si zouk & aleen kat bawah tuh...

gemuk gemuk (sedar diri bukan cam separuh orang yang hanya takut pada bayang bayang sendiri) aku leh lagik aku panjat pokok cam dolu2 kat kampung aku kat
Seri Menanti, N.Sembilan tuh diulang
BUKAN DEKAT MASJID TANAH, MELAKA YER

berjurai jurai buah langsat & buah mata kucing geram aku menengok nyer

comey comey jerk buah manggis nyer ....
ok la aku dah penat dah nih nanti aku apdate pasal aku g Pekan Pahang
last week plak yerk...