Masyuk

Isnin, 31 Ogos 2009

~~~Agak Bersawang Blog Aku Nih~~~



Salam Ramadhan Al-Mubarak & Salam Kemerdekaan kepada semua blogger.
Agak bersawang gak ler blog aku ni kerna kesibukkan di rumah & juga di tempat kijer.
Malam nih agak rajin plak nak menghapdet blog aku nih kerna kerja membaiki bilik aku yang
sekangkang kera nih yang di serang oleh sang anai- anai. biasalah rumah kampung yang terselit
ditengah tengah bandaraya yang serba moden nih.
Hari sabtu hari tuh kitaorang satu family pergi ke Gombak berbuka puasa kat rumah mak cik
aku. sajer je berbuka beramai ramai. seperti kebiasaan setiap tahun ler berbuka di rumah sanak saudara supaya dapat mengeratkan silaturahim.

Menu
1. Rendang Pucuk Ubi
2. Sambal Tempe & Ikan Bilis
3. Pecal
4. Sambal Kentang & Ikan Sardin
5. Ulam Petai (aku xmakan petai mentah)
6. Sup Ayam & Kentang
7. Pecal gak nih
8. Ikan Tenggiri Masak Pongek ( macam asam pedas tapi dikeringkan)

Kuih Muih pun ada gak cuma popia goreng & air tembikai jer buat sendiri
yang lelain tuh buat kat BARAM

Nih waktu sebelum berbuka sementara menunggu waktu berbuka aku pun sempat la
mengambil makanan nih....

Suasana meriah sewaktu berbuka puasa bersama sama.


Hari ahad plak aku xkemana mana coz sibuk mengemas bilik aku jer
pastu hari ni tadi cuti sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52
aku ngan sepupu aku pergi plaza GM kat coket. sepupu aku nak beli ole ole untuk
saudara mara kat kampung. aku cakap kat dia try ar cari barang kat situ coz boleh beli barang dengan harga borong tapi dia xtau jalan jadi aku dengan rela hati bawak dia g sana beli barang
kat plaza GM tuh sepupu aku beli la keronsang untuk dihadiahkan untuk saudara mara kat
kampung nanti. aku apalagi sampai sana apa lagi yang aku cari.......




2 comments:

Hezesuze berkata...Best Blogger Tips

wow! sumenye MERIAHUOLS....ekekeke

juadahnye ermmm menyelerakan akak jek....

'AQILAH berkata...Best Blogger Tips

pin comel..oh dieorang amek kat gm..xtau pun..sebab budak2 ni yg jual..beli jek...how much for 20 pcs?