Masyuk

Selasa, 30 November 2010

Rezeki Mendatang




Salam 1 Malaysia semua, Alhamdulillah aku panjatkan kepada Allah S.W.T. sekembalinya aku dari Bangkinang aku mendapat rezeki yang terlebih sedikit dari bulan-bulan yang sebelumnya. Oleh yang demikian aku telah membeli sebuah komputer baru hasrat hati bukan hendak menunjuk-nunjuk barang yang aku beli akan tetapi untuk berkongsi kegembiraan bersama teman-teman semua. Semoga rezeki aku semakin bertambah hendak-Nya.

Amin ya rabbalallamin.

Ahad, 28 November 2010

Pasar Bangkinang





Selamat malam semua, amik ko pagi ni aku nak gebang pasal Bangkinang lagi. kali ini aku nak gebang pasal Pasar Bangkinang pulak. Pasar Bangkinang ni kira cam pasar tradisional la tak berapa nak moden nyer kat pasar ini. Orang ramai akan ke pasar pada hari Rabu kira kalau kat Malaysia ni macam Pekan Rabu la kot. Dari rumah mak cik jenab nak ke pasar biasanya kami naik beca tapi orang sana panggil BECAK bukan BECAK selepas hujan tu. Sewaktu disana aku tak sempat ke pasar pada hari Rabu sebabnya hari Rabu tu adalah Hari Raya Aidiladha tapi ada separuh tempat disana telah meyambut Hari Raya Aidiladha pada hari Selasa.


Suasana di Pasar Bangkinang dipenuhi dengan kenderaan terutamanya motor & Becak.



Suasana didalam pasar peniaga sedang menjual barangan.


Sedang membeli antara makanan tradisional orang Bangkinang adalah keropok tujin.


Bentuk keropok tujin ni macam cakar ayam kat sini tapi rasanya tawar dan masin kerana tidak disira dengan gula merah.


Sedang membeli Ikan Lomek kering untuk dibawa pulang ke Malaysia.


Ikan Lomek kering tengok bentuk macam ikan masin pun ada harga ikan lomek ni adalah
65 ribu rupiah sekilo.


Tradisional kat sana nak save duit elektrik kisar air batu secara manual kat sini sorang dua jer masih menggunakan pengisar sebegini itupun mamak jual cendol guna basikal yang gunakan.


Ini adalah ess tebak lebih kurang macam Air Batu Campur kat sinilah tapi kelebihan ess tebak ni adalah makan dengan roti dan tapi ubi sedap wooo....


Sila abaikan model tak berbayar aku ni.


Gorengan ini lebih kurang seperti gerai goreng pisang kat sini ler.


Kalau kat Malaysia orang paggil apam balik tapi kalau kat sana orang panggil murtabak. Sedap juga apam balik kat sana sebabnya mereka menambah pulut hitam yang telah dimasak.


Ikan silai salai dan ikan baung salai yang dijual dengan harga 130 ribu rupiah sekilo, memang sedap dimasak gulai dengan pucuk ubi ataupun di goreng berlada.


Keropok jangek ni memang aku suka kunyah ianya dihasilkan dari kulit kerbau korang mesti tak pernah makan keropok jangek ni.


Dah penat ke pasar beli ramuan untuk memasak dirumah sampaikan nak masak gulai pun beli ramuan sampai kat rumah tinggal tumiskan jerk.


Kuih bahulu dibeli untuk dibawa ke rumah saudara yang akan mengkhatankan anaknya.


Sebelum balik ke rumah singgah makan sate padang dahulu.


Inilah dinamakan BECAK model-model tak berbayar aku sedang bargaya


p/s - mesti korang muak pasal Bangkinang ni.



Aidiladha 2010 Di Bangkinang



Salam 1 Malaysia semua, Aidiladha di Bangkinang ni lebih kurang dengan aidiladha di Malaysia juga. Pagi hari bangun untuk mandi sunat aidiladha lepas tu pergi solat sunat aidiladha di Masjid yang berdekatan lepas tu balik rumah salin pakaian untuk pergi melihat upacara penyembelihan untuk dikorbankan. 15 ekor kerbau tumbang pada tahun ini di Bangkinang setiap rumah mendapat lebih dari 5 kilo daging kerbau yang dikorbankan. Di sana tak ada daging lembu semua orang lebih suka makan daging kerbau berbanding daging lembu.

Menitis air mata kerbau yang bakal dikorbankan.



Wakil yang diamanahkan untuk menyempurnakan upacara korban yang dijalankan di Bangkinang.

Bergotong-royong menyempurnakan upacara korban. Orang orang di Bangkinang memang suka dengan kerja gotong royong ni muafakat la mereka ni.


Menunggu giliran untuk dikorbankan.

telah selamat dikorbankan.






Berebut-rebut orang nak pijak darah baru yang disembelih kerana darah tersebut elok untuk tapak kaki yang pecah.

Jumaat, 26 November 2010

Apa hukum mandi telanjang?



Di khalayak ramai hukumnya adalah haram. Adapun di tempat yang tersembunyi atau tertutup, hukumnya harus. Berkata Qadhi ‘Iyadh; keharusan mandi bertelanjang di tempat yang tertutup atau tersembunyi dari orang lain merupakan pandangan jumhur atau majoriti ulamakâ€. Keharusan ini berdalilkan hadis Abu Hurairah r.a. yang meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. yang bercerita; “Adalah Bani Israel mandi dengan bertelanjang (sesama mereka di mana) sebahagian mereka melihat kepada sebahagian yang lain. Akan tetapi Nabi Musa a.s. mandi bersendirian (kerana menjaga auratnya). Maka mereka (yakni Bani Isreal) mendakwa; ‘Demi Allah! Tidak menghalang Musa mandi bersama kita melainkan kerana buah zakarnya bengkak’. Satu hari Musa pergi untuk mandi. Ia meletakkan pakaiannya di satu batu. Tiba-tiba batu itu lari bersama pakaiannya. Musa pun keluar dari tempat mandi itu (dalam keadaan bertelanjang) mengekori batu itu sambil memanggil; ‘Pakaianku, wahai batu’, hingga ia dilihat oleh Bani Isreal. Maka mereka berkata; ‘Demi Allah! Tidak ada sebarang kecacatan pada Musa (sebagaimana yang didakwa)’. Musa dapat mengambil kembali pakaiannya dan dia lalu memukul batu itu†(Riwayat Imam al-Bukhari). Berhujjah dengan hadis ini adalah satu cabang dari berhujjah dengan syariat sebelum Islam.

Sekalipun harus, namun yang terbaik ialah menutup aurat (yakni; sekalipun harus mandi bertelanjang di tempat tersembunyi, namun yang paling baik ialah mandi dengan menutup aurat). Dalilnya ialah hadis dari Mu’awiyah bin Haidah r.a. yang menceritakan; Aku telah bertanya Rasulullah s.a.w.; “Ya Rasulullah! Bila masanya wajib kami tutup dan bila masanya harus kami buka?â€
. Jawab baginda; “Jagalah aurat kamu kecuali kepada isteri kamu atau kepada hamba yang kamu milikiâ€. Aku bertanya lagi; “Bagaimana jika sekiranya seseorang dari kami sedang bersendirian?â€. Nabi menjawab; “Allah lebih layak untuk kamu malu dari manusia†(Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah. Kata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan).

Imam Abu Laila menganggahi pandangan jumhur di mana menurut beliau; ditegah mandi telanjang sekalipun ditempat tertutup atau tersembunyi kerana air juga mempunyai penghuninya.

Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Imamku, Kaabah Kiblatku, Solat Kewajipanku, Sekelian Muslimin Saudaraku dan Ibrahim Al-Khalil Datukku. Aku hidup dan mati atas kalimah 'LAA ILAHA ILLALLAH'



Khamis, 25 November 2010

Selepas Pulang Dari Bangkinang




Salam 1 Malaysia semua, Hari ini aku dah ok sket la nak berblog dengan kalian semua. Selepas 2 hari pulang dari kampung iaitu dari Bangkinang, Pekanbaru, Indonesia. Seminggu aku duduk menenangkan fikiran di kampung sehingga hampir terlupa mengenai segala kesuntukkan di Kuala Lumpur. Pengalaman di kampung memang seronok tapi kalau kekurangan duit agak bosan jugak lah kalau pulang ke kampung sekali sekala. Insyaallah lebaran tahun hadapan aku akan pulang lagi ke kampung. Rumah mak cik aku dibelakang sekolah jadi tak lah bosan sangat coz ramai budak-budak kat situ. Sebenarnya masih banyak lagi gambar yang aku ambil nanti aku upload lagi yer untuk berkongsi pengalaman bersama kawan-kawan.




Selepas anak-anak sekolah rendah membaca surah Yassin beramai-ramai pada pagi Jumaat yang indah anak-anak SD Negeri 014 Binuang, Bangkinang Seberang ini akan bersenam robik di hadapan sekolah mereka.




Penanaman Padi adalah antara sumber pendapatan mereka selain dari hasil getah, kelapa sawit, berniaga. dll




Ini adalah keadaan rumah nenek belah pak cik aku disebabkan masing masing sudah mempunyai rumah yang didirikan hasil dari pendapatan sendiri.




Jambatan Kampung Godang, Bangkinang yang menghubungkan Bangkinang Seberang dengan Kota Bangkinang (pasar Bangkinang).




Antara pemandangan indah di Ompang, Bangkinang yang sempat aku ambil.




p/s - Kak Ina KL jangan dilayan orang yang mengutuk akak tu.


Khamis, 18 November 2010

Salam Dari Bangkinang



Selamat Petang aku ucapkan kepada kengkawan semua yang berada di Malaysia.
Bersempena dengan Hari Raya Haji semalam aku ucapkan Salam Aidiladha kepada semua kengkawan tak kira berada dimana sahaja.
Maaf kepada semua kerana aku tak dapat nak BW sebabnya kemudahan internet di Bangkinang ini tak mengizinkan. Nanti dah balik KL aku akan BW ko teratak kalian semua.

Isnin, 15 November 2010

Proton Juara APRC 2010 China





Memang tak perlu disangkal lagi produk keluaran Malaysia boleh mengharumkan nama negara Malaysia. Terbaru Proton Satria Neo S2000 yang dipandu oleh Alister McRae bersama Chris Atkinson telah berjaya menjadi JUARA dan NAIB JUARA didalam perlumbaan Asia-Pasific Rally Championship 2010 (APRC2010) di China untuk pasukan Proton R3 Rally Team.





Dengan kejayaan ini Proton menduduki tempat kedua dalam kategori pengeluar dan sekali gus mengatasi Subaru manakala Mitsubishi ditempat pertama. Selain itu Alister McRae juga telah berjaya menduduki tempat ketiga dalam kategori Pemandu yang sebelum ini Alister McRae menduduki pada tempat yang ke empat.





Setelah 5 tahun berehat didalam arena perlumbaan APRC ini Proton telah menghantar Pasukan R3 Rallt Teamnya dan telah meraih beberapa hadian antara kejayaan Proton di APRC2010 yang juga perlumbaan APRC2010 terakhir pada tahun ini adalah seperti berikut :-

  • Kategori Pengeluar Terbaik
Naib Juara
  • Kategori Pemandu Terbaik
Tempat Ketiga - Alister McRae


Pada tahun ini juga Proton juga telah melengkapkan 5 daripada 6 perlumbaan APRC pada tahun 2010 ini antaranya adalah seperti berikut :-
  • Rally Malaysia
  • Rally of Japan
  • Rally of New Zealand
  • Rally of Australia
  • Rally of China
Manakala Rally of Indonesia pula terpaksa dibatalkan oleh FIA kerana faktor cuaca yang tidak sesuai untuk melangsungkan perlumbaan tersebut. Selain di China pasukan Proton Malaysia juga mendapat tempat kedua didalam perlumbaan Rally of New Zealand untuk Satria Neo S2000 yang juga telah melengkapkan Intercontinental Rally Challenge (IRC) bagi tahun 2010 ini. Antara pasukan pengeluar terkemuka yang bersaing dengan Proton Satria Neo S2000 adalah :-
  • Peugeot
  • Skoda
  • Citroen
  • Volkswagen
  • Ford
  • Abarth Fiat
  • Honda
  • Mitsubishi
  • Subaru


Kami gembira dengan kemenangan ini dan ini dapat membuktikan daya saing Satria Neo S2000 dan PROTON sebagai pengeluar di arena rally antarabangsa. Memandangkan kami telah menyatakan sejak awal musim bahawa tahun ini akan menjadi salah satu tahun yang dikhaskan untuk ujian dan pembangunan, dan pada tahun yang mendatang adalah untuk mengutip kejayaan untuk kejohanan APRC.– Kata Dato’ Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Pengarah Urusan Kumpulan PROTON Holdings Berhad


Itu kata Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holding Berhad
Manakala kata saya pula adalah seperti berikut.


Sebagai rakyat Malaysia saya bangga dengan Proton kerana telah dapat membuktikan kepada mata dunia bahawa Negara kita Malaysia juga boleh meraih apa yang negara luar yang jauh lebih membangun untuk berjaya dan mengharumkan nama negara.



gambar dan info dari http://www.fiaaprc.com/news/2010-aprc-china-rally-proton-on-the-podium-and-cusco-take-the-asia-cup


Jumaat, 12 November 2010

Cahaya Dalam Kegelapan



Aku nak post gambar jer tak da nak buat caption
"Tiada kata secantik bahasa, Tiada Gambar secantik lukisan"

















Ada Apa Dengan Digi Iphone











Salam 1 Malaysia semua, Entry kali ini aku nak bercerita pasal event yang aku pergi malam semalam setelah mendapat jemputan dari Nuffnang + Digi bertempat di Zouk, Kuala Lumpur. Aku pergi kesana menaiki Honda EX5 aku dalam keadaan hujan renyai-renyai nasib baik tak lencun baju aku waktu sampai kat sana. Aku sampai lebih kuran jam 7.15 malam juga la. Selepas mendaftar dengan Xinxian aku terus masuk ke area Velvet sampai sana aku nampak Cik Lily Putih, Eyriqazz, Yobsumo, Hazman Fadzil dan ramai lagi sudah sampai lebih awal.



Digi Pimp My Music



Kedudukan mereka bertiga macam mengikut saiz jerk kan.



Kalau rasa nak main teka-teki sila lah cari si DD ni.



Sumpah rindu dah lama tak bergaduh dengan Mr. Bean tapi semalam dapat melepaskan rindu untuk bergaduh dengan beliau.







Nasib baik bob tak lupa date event ini, kalau tak hampalah hati dia.



Cik Lily Putih mencuba mengunakan Iphone 4 yang bakal dimenanginya tapi nan hado
Ziana Zain kata kau.



Cik Lily Putih bersama Bob




Bob, Aku & Cik Lily Putih ambil gambar sendiri menggunakan Iphone 4 siot.





Robb selaku pengerusi majlis pada malam tersebut.



Eyriqazz kegirangan dapat menyaksikan "tiger show" pada malam tersebut.




Hazman juga tak kurang hebatnya pada malam tadi hazman telah dipercayai meramas tetek lady gaga.



Cuba teka mulut & misai kontot siapakah ini. (bukan contest ok)






Jejai Fink semalam telah bertukar menjadi P. Ramlee tapi kalau tengok misai dia macam
Charlie Chaplin pun ada.






Suasana didalam Zouk pada waktu event tersebut.




Aktiviti bergambar beramai ramai harus ada tapi aku musykil dengan pic budak dua orang yang kat bawah sekali tu. Korang rasa pelik tak? hahahahahah




Aku pun nak jugak gambar aku ada tapi pic aku jer la yang penuh kat situ.




P/s - gambar ada lagi nanti aku sambung lagi ekk...