Masyuk

Khamis, 27 Januari 2011

Al- Fatihah Kepada Allahyarhamah Azizah Binti Sulaiman - Mak





Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Azizah Binti Sulaiman pejam celik - pejam celik hari ini 27hb Januari 2011 genab 3 tahun pemergian mak ke rahmatullah kerana menghidap penyakit kanser hati arwah mak menginggal dunia di Seremban dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said, Seremban, N. Sembilan semoga dicucuri rahmat keatas allahyarhamah.. :-(


Gambar yang sentiasa berada didalam dompet aku menitik air mata melihat gambar ini, Tak boleh nak bayangkan perasaan aku sewaktu detik-detik akhir pemergian mak menemui Yang Maha Esa.



Dekat mak lah tempat aku bercerita walaupun dulu aku agak jarang balik ke Seremban tapi bila sesekali berjumpa pasti segalanya aku cerita kepada mak pernah satu hari waktu tu Hari Raya Haji beberapa bulan sebelum mak meninggal aku baring disebelah mak sambil bercerita sampaikan aku lupa yang awek aku dok perhatikan aku dari luar, Balik jer KL awek aku terus sound aku "Anak Mak Lah Dikatakan Sampai Tidur Pun Dengan Mak". Sumpah sampai sekarang aku masih RINDUKAN MAK hanya kenangan dan Al-Fatihah sebagai HADIAH kepada mak.
Semoga Allahyarhamah Azizah Binti Sulaiman ditempatkan disisi para soleh dan solehah.
AMIN



Isnin, 24 Januari 2011

Aku Layan Lagu Jiwang Siot




Salam semua kepada yang sudi singgah ke blog picisan aku ni, Hari ini aku nak cerita lagu jiwang karat yang aku dok layan sempena 2 hari menjadi anak yang soleh tak keluar rumah terperap dalam bilik mengalahkan anak dara. ahahhahaaaa

Sebenarnya lagu Aisheteru tu dah lama aku dengar tapi buat tak endah jer lagu tu waktu aku balik kampung dulu tapi sekarang aku dah terlayan pulak 2 lagu tu kalau korang nak dengar layankan jer kalau korang tak nak dengar pun tak per jugak.

Lirik Di Saat Aku Mencintaimu – Dadali


Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta





Menunggu (Aishiteru)



Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak
segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali

kembali ke *)

Ahad, 23 Januari 2011

Aku Suka Singgah Sini - Monas 2 Petronas






Selamat berhujung minggu semua, Biasalah aku ni kalau cuti tak ada buat apa malas nak update blog picisan aku ni seharian aku ngadap games Cityville jer wey. Baiklah pagi ni aku nak bercerita pasal blog seorang minah ni yang dok gatai kawen dengan mamat Indonesia nama dia kalau tak silap aku panggil Wina jer suami dia kalau tak silap aku namanya Pak Sandy. Kiranya si Wina ni merantau dinegeri oranglah kan kesian dia tak dapat balik Penang selalu tak dapatlah dia makan kari kepala ikan kat Penang yang mengancam tu and then aku rasa mungkin dia tak tau kot yang Penang sekarang dah ada Hard Rock. ehehehehe
Kenapa aku suka singgah kat blog dia ni sebab aku suka cara dia bercerita sempoi dan kelakar dia ni kalau korang tak percaya rajin-rajinlah singgah kat blog dia http
://monas2petronas.blogspot.com/





p/s - March nanti aku g Jakarta leh lah aku jumpa ko ngan Pak Sandy ekk Wina...

Selasa, 18 Januari 2011

Maxis Om Nom Nom - Last



Selamat pagi Malaysia semua, Siang tadi aku tak sempat nak update blog aku ni sebab aku ada trainning lepas balik terus "membadak". Sambung balik mengenai Maxis Om Nom Nom tu lepas melantak kat Tarbus kitaorang kena terjah Restoran Sate Kajang Hj Samuri kat uptown Damansara. Memang sedap rasa sate yang disediakan orang lain boleh makan 12 cucuk sahaja team aku dengan selamba mintak lagi 1 set dasar muka tak malu si Shahroll la dengan selamba jer mintak lagi satu set kitaorang yang lain ni bedal jer la.


1st time aku makan sate Hj Samuri kat uptown selalu makan kat Kajang jer.


Sate yang disediakan adalah sate ayam, sate lembu, sate kambing & sate kijang rasanya memang superb la wey.


Dedua ni muka mintak penampar sulung agaknya. Selepas itu kami meneruskan menuju ke destinasi berikutnya di Restoran Thai Base memang agak payah mencari restoran ini. kami tak makan pun kat restoran thai base ni sebab nak kejar masa nak pergi next destination.



Destinasi seterusnya adalah Restoran Dancing Fish yang terletak di Bangsar Mall makanan yang disediakan memang best wey.


Aiskrim durian yang disediakan memang best terasa durian sebenar.


Ini pula mangga yang disalut dengan kalau tak silap aku tepung beras & digoreng aku tak sempat merasa makanan ni maybe hamzah dah makan dulu kot.


Tahu telur yang digoreng dan dicurah kuah yang sedap.


Ikan Nila goreng + Kerabu mangga, sedap garing gila ikan tu. kalau tak silap aku ikan nila ni adalah ikan talapia.


Tengok jerlah muka si Shahroll kesedapan merasa Aiskrim yang disediakan.


Hamzah pulak makan dengan tangan jer untuk menikmati makanan yang disediakan.





p/s - Shahroll kalau ada makan2 lagi jangan lupa ajak geng "Meletup Punya"
- Ayat "cute" sambil buat muka datangnya dari Restoran ni kan.


Isnin, 17 Januari 2011

Maxis Om Nom Nom - Part 3



Wah cukup gigih aku update blog picisan aku ni, bersambung lagi ni wey cerita Maxis Om Nom Nom seterus ke ke Sunway Pyramid memang sakit hati menengok clue yang diberikan salah lepas tu kami ambil anisiatif sendiri menuju ke Sunway Pyramid akhirnya betul lah tempat yang dicari adalah di dalam Sunway Pyramid memang sakit hati memcari Mc Donald tu. Dari Mc Donald tu kami kena mencari Restoran Tarbush kali ini ramai yang keliru dengan Restoran Tarbush dengan Tarbush Ekpress.


Ayam panggang ni memang best rasanya tak terhingga sehingga menjilat jari


Ini pulak namanya Falafel diperbuat dari kacang kuda bukan tumpuk-tumpuk taik unta.


Tempat yang agak tersorok payah sikit nak carik tempat ni.


Semua orang tak sabar nak merasa makanan yang bakal dihidangkan sambil berblog.


Cik Lily Putih & Shahroll dok sibuk update blog + update status Facebook & twitter mengenai Restoran Tarbush ini.


Muka Hamzah yang kesedapan makan sampai lupa nak update blog Cik Lily Putih pula sibuk menanyakan sesuatu tentang Restoran Tarbush ini dari staff restoran tersebut.





p/s - amik ko ada sambungan lagi nih wey.







Maxis Om Nom Nom Race - Part 2



Bersambung dari N3 sebelum ini masih lagi mengenai Maxis Om Nom Nom Race yang lepas. Selepas wakil dari Maxis & Nuffnang memberi segala bagai "kata-kata amanat" kitaorang pun menuju ke destinasi pertama yang perlu dicari iaitu di HSBC bank dekat Petaling Jaya nasib baik lah Iphone yang dibekalkan berguna juga walaupun bateri cam haram jer rasanya.


Tempat pertama yang kami kena terjah adalah Kafe Strawberry Fields yang terletak di area Petaling Jaya Newtown.


Marmite Chicken with Rice rasa ayam tu memang sedap ayam yang garing cuma agak masin sedikit jer.


Selepas itu kami dihidangkan dengan Tom Yam Fried Meehoon aku tak dapat merasa makanan ini tapi aku rasa Tom Yam Fried Meehoon ini sama macam Mee Raja di Restoran Murni SS2.



Desert yang disediakan oleh pihak Kafe Strawbbery Fields adalah Sagu Gula Melaka rasanya memang superb sedap giler dengan rasanya yang lemak dan manis.



Korang tengok betapa conggoknya Cik Lily Putih & Shahroll merasa makanan yang disediakan.



Selepas itu kami kena menuju ke tempat seterusnya korang tengok tu serius gila Hamzah Ian dengan gigihnya update blog dia mengenai Kafe Strawberry Fields.


Shahroll buat muka "cute" katanya. Kak Ina KL cakap mata Shahroll kena ketumbit dan aku cakap muka mintak penampor.




p/s - Bersambung lagik tunggu jer lah yer


Maxis Om Nom Nom Race - Part 1



Selamat hari Isnin semua, amik ko dek sebab sibuk & penat aku malas update blog semalam padahal semalam aku tak ada buat apa apa pun. Seperti yang korang semua tau aku antara insan yang terpilih dapat masuk event Nuffnang + Maxis iaitu Maxis Om Nom Nom Race yang berpusat di Modesto Capsquare pada hari Sabtu lepas. Kumpulan aku terdiri daripada aku sendiri, Cik Lily Putih, Shahroll, & Hamzah Ian. Ini adalah event pertama kita orang berempat bergabung tenaga. Memang best kumpulan kami ni nama kumpulan pun "MELETUP PUNYA" dah tentulah cerita meletup. Aku dari malam sebelum tu tak makan sebab tertidur sampai jer kat Modesto's tu lepak-lepak kejap lepas tu terus aku pergi kedai mamak melantak roti canai dengan Cheamster.


Biasalah kalau event Nuffnang mesti makanan disediakan walaupun dah makan roti canai dekat dalam Modesto's tu pun aku melantak lagi tengok badan la wey.


Makanan yang aku santap sedap wey makanan yang disediakan.


Sticker yang kena tampal kat kereta nampaknya kereta Cik Lily Putih la jadi mangsa.


Niki Cheong sebagai MC pada hari tersebut sapa Niki Cheong ni ekk.. xpalah nanti aku google.


Ini pula penerangan dari En. Maxis aku tak tau nama dia sapa sebab aku tak dengar pun Cik Lily Putih jer mencatat segala macam nota yang diberikan.




P/s - Bersambung lagi tau....



Rabu, 12 Januari 2011

Bergambar Bersama Baim Wong @baimwing





Salam 1 Malaysia semua, bersawang wey dekat seminggu tak hapdet blog picisan aku nih. Tadi pelakon Sinetron Indonesia yang bertajuk Bukan Diriku siaran 104 Astro Ria Baim Wong atau Loki telah datang ke Malaysia untuk mempromosikan sinetron terbarunya yang bertajuk Kejora & Bintang yang bakal ditayangkan di Astro Ria tak lama lagi. Kebetulan Baim Wong ni datang ke Astro aku mengambil kesempatan untuk bergambar dengan dia la, Korang layan la pic ni yer.


Sewaktu photoshoot sedang dijalankan aku amik jer pic dia ni.


Muka romeo lah konon nih


Baim Wong dengan gaya menonggeng... ahahahha


Bercangkung la pulak.


Muka selamba la konon tu.


Ramah juga mamat ni sila abaikan model tambahan tersebut.


Tiga-tiga dengan muka keseronokkan.


Sporting Baim Wong pabila bergambar.



Kesian gambar aku dengan Baim Wong tak cantik diaorang amik.



p/s - gambar yang aku amik pun tak cantik mana pun.



Astro First



Selamat pagi semua, Kalau korang perasan Astro sekarang ada menawarkan pakej Astro First yang buat pertama kalinya kita boleh menonton filem terkini dirumah. Ngangkung, Aku Masih Dara & Damping Malam adalah filem pertama yang bakal ditayangkan di siaran 480 Astro First.

KINI DI PAWAGAM DAN DI RUMAH ANDA

Cara nak menepah juga adalah mudah dengan 3 langkah sahaja.

  1. Buka saluran 480 di astro anda dan pilih filem yang hendak ditonton dari menu yang disediakan.
  2. Tekan butang ok setelah memilih filem yang ingin ditonton.
  3. Anda akan mendapat code yang akan di SMS ke nombor 32999 dan sahkan tempahan anda.

Aku rasa bagus juga saluran 480 Astro First ini walaupun cuma dapat menonton 48 jam sahaja tapi rasanya berbaloi kalau ditonton seisi keluarga kalau nak dibandingkan menonton di panggung wayang. Korang pulak macam mana adakah anda rasa berbaloi dengan siaran 480 Astro First ini.



p/s - n3 ini tak ada kena mengena dengan kerja aku okeh...

Bergambar Bersama Baim Wong @ Baimwing



Tadi aku bergambar ngan Baim Wong malam sat gi aku update lagi ek.

Jumaat, 7 Januari 2011

Acoustic Night with Atilia & Adibah Nor



Selamat hari Jumaat yang berkah kepada semua, Malam semalam aku & Kak Ina KL telah mendapat jemputan dari Cik Lily Putih pergi menonton Acoustic Night with Atilia & Adibah Nor di KLPac Sentul, Kuala Lumpur. Memang SUPERB dua orang tu perfom paling best Adibah Nor yang sporting gila malam tu. Atilia yang sekarang tengah top dengan lagu "Adinda Kekanda" feat dengan Monoloque menjadikan aku minat kat dia pulak sebelum ni aku agak kureng ar dengan Atilia ni tapi lepas layan live memang membuat aku layan pulak lagu-lagu dia nih. Antara lagu yang dinyanyikan oleh Adibah adalah lagu keroncong Hujan ost filem Mohsin dan 5 lagi lagu yang aku tak ingat tajuknya. Atilia pula ada menyanyikan lagu "Adinda Kekanda" feat Monoloque.


Cantik pula gambar Kak Ina KL ni maybe sebab background matching dengan baju dia kot.


Cik Lily Putih feat Kak Ina KL


Sebelum bermula kenalah ambil gambar dulu.


2G 1K


3G terbaik wok sore Kak Yam nih.



*2g 1k = 2Gemuk 1Kurus
*3g = 3 gemuk


jangan marah ar nanti kena jual.... ehehehehee