Masyuk

Isnin, 28 Disember 2009

Alhamdulillah Ayah & Acik Selamat Sampai....



Alhamdulillah 26hb December 2009 ayah & achik selamat sampai dari Kota Suci Makkah
selepas hampir 45hari berada disana untuk menunaikan Haji.
aku bersama sama ahli keluarga yang lain bergerak ke KLIA jam 11.30 tgh malam lagik.
memang saja pergi awal kerana tak nak bersesak & berebut untuk parking di KLIA walaupun memang banyak parking disana.
Sewaktu sampai di sana memang dah ramai yang menunggu ahli keluarga yang lain.
semoga mereka semua mendapat haji mabrur. Insyaallah next year aku dengan Ucu pulak ke sana untuk menunaikan Umrah doakan la aku ngan ucu dapat ke sana insyaallah
itu semua perancangan aku dengan ucu jer tak tau la dapat seru ke idak dari-Nya.
mintak mintak dapat la aku ngan ucu kesana. Amin

kalau budak ni senantiasa muncung jer cam aku...
ahaahahhaahaaa...


ni sewaktu menunggu aku dengan anak buah aku ler.

memasing berlagak nak tunjuk HP memasing aku poyo jer pegang BlackBerry ucu aku jer tuh.
dah besar anak anak buah aku.

tuh dia dah nampak ayah & achik aku tuh anak buah aku dah masuk ke dalam tuh..

dah peluk & ciom ngan anak buah aku baru ayah & achik kuar.

tak banyak sangat barang yang dibawak balik coz kat sana diaorang nak beribadat
lepas tuh ada sedikit barang tuh diaorang dah pos kan sebab ayah bukan larat sangat nak angkat barang barang yang dibawak (air zam zam jer pun)

berseri muka ayah balik dari Makkah. Makcik aku cakap orang balik dari Makkah memang berseri muka. walaupun ayah aku batuk batuk (hampir semua orang batuk2 aku tgk arituh)

sesi peluk ceom ni achik ngan mak mentua ucu aku datang dari johor cos nak jemput achik & ayah.

achik & ayah

achik & suami tercintanya.

dekat jam 3pagi jugak la kitaorang gerak dari KLIA nak balik ke Seremban
dalam jam 4pagi baru sampai rumah cerita ceriti bagai tidur dekat jam 5pagi
lepas subuh bangun pastu terus aku ngan ucu gerak ke Pasar Besar Seremban nak beli barang nak masak buat doa selamat sikit la panggil orang surau 5-6 orang pastu jamu makan sket. masak pun simple simple jer ikan tenggiri masak asam pedas, ayam masak kicap, sayur kacang panjang goreng jawa, & ikan masin bulu ayam.

0 comments: