Masyuk

Ahad, 13 Disember 2009

Potong....Potong....Potong... @ Kampung Puah Lembah



Hari Sabtu 12hb December 2009 aku dengan gagahnya bangun pepagi coz nak pergi ke Kampung Puah Lembah, Jln Gombak, Kuala Lumpur kerana ada majlis berkhatan beramai ramai memang meriah la majlis tuh.
Bagus la orang orang Kampung Puah Lembah tue buat majlis seperti ini coz dapat mengekalkan adat & budaya orang melayu zaman berzaman. kalau kita tengok mana ada ramai orang yang nak buat majlis sebegini rupe. kalau kita tengok orang sekarang hantar anak kat klinik lepas tu kasi "potong" tak da la nak buat pulut kuning ker, buat rendang ke bagi jamuan kat orang sekeliling.
Layan jer la pic yang aku amik yang tak seberapa nih.
Suasana pagi menunggu ketibaan
Dato' Dr. Hj. Mohd Shafei Bin Abdullah
Ketua Bahagian Umno Wangsa Maju
Merangkap Setiausaha Politik Kepada
YAB Menteri Kewangan
Berarak beramai ramai dari Padang Bola ke Padang Futsal
Kampung Puah Lembah
Seramai 19 orang anak penduduk Kampung Puah Lembah akan dikhatankan
antaranya anak buah aku 2orang mereka diarak dengan menaikki
gerobak atau kereta sorong orang ahli keluarga masing masing.

Pelbagai hiasan diletakkan di kereta sorang tersebut supaya lagi meriah majlis tersebut.
Bagus la masing masing menunjukan kreativi memasing dalam menghias.
Dengan bantuan dari anggota Bomba cawangan Gombak Selatan anak anak yang akan dikhatan kan disiram dengan air sambil menyanyi lagu
"potong....potong....potong....potong aje lah"
kelakar siot takda rasa gementar pun bebudak nih kalau kita dulu cakap jer nak potong
kompen dah kecut.....
bebudak ni leh lagik buat persembahan sebelum nak kena "potong"
video nya aku ada upload kat Youtube
nak tengok video tuh leh la korang klik kat sini siap boleh shuffle lagik sebelum kena "potong"
Lepas bersiram apa lagik tukar baju la standby nak kena "potong"
dah kecut kan, lepas tuh berarak lagik ke Dewan Orang Ramai Kampung Puah Lembah
waktu ni berarak sambil berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhamad S.W.T.
Siap ada ittenery lagik tuh dengan tak lupa dengan Logo 1Malaysia
apa yang penting "Kerjasama" itulah slogan yang selalu diucapkan oleh Ketua Kampung, Kampung Puah Lembah kepada anak anak buah nya.
Harap harap aktiviti sebegini rupa dapat dijalankan & dikekalkan sehingga bila bila.

4 comments:

kak ina kl berkata...Best Blogger Tips

salam jang....amboi kamu ni...siap tulis nak jual telekung...akak nak kirim benda lain boleh tak? tak lah...gurau ajer...kalau jadi gi jodja bagi tau ek...kat situ barang lagi best..

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

boleh aja kak ina kirim aja ongkos nya sekali ya......

merpati66 berkata...Best Blogger Tips

salam acara potong, nie meriah betol kan

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

merpati putih tau xper mana nak dapat majlis macam ni kat Kuala Lumpurkan