Masyuk

Rabu, 29 September 2010

Gloria Stuart Passed Away





Salam 1 Malaysia, Tajuk jer omputih tapi n3 tetap mengunakan bahasa ibunda yang terchenta.
Hari ni aku rasa cam nak update plak blog picisan aku ni walaupun baru semalam aku bagi tau yang aku malas & bosan nak update blog picisan aku.

Berbalik kepada tajuk omputih aku tuh.
Gloria Stuart adalah salah seorang pelakon filem Titanic yang mendapat gelaran "The Elder Rose" .
Beliau meninggal dunia pada usia 100 tahun kerana masalah kanser paru-paru sejak beberapa tahun yang lalu.
Memulakan karier sebagai pelakon sejak tahun 1930-an lagi dan merupakan penerima anugerah OSCAR tertua.
Gloria Stuart lahir di Carlifornia dan pernah melanjutkan pelajarannya di University of Carlifornia di Berkeley.
Beliau juga telah 2 kali mendirikan rumah tangga yang pertama bersama Blair Gordon Neill 1930 dan cuma bertahan 4 tahun sahaja.
Perkahwinan kedua beliau adalah bersama Arthur Sheekman dan mendapat seorang anak sebelum Arthur meninggal pada 1978.


info dari {SINI}

Bosan + Malas




kreadit to ilunk.com



Aku pun tak tau la kenapa semenjak dua menjak ni aku agak malas nak melahirkan warkah di blog picisan aku ni. Hendak kata tak ada aktiviti yang aku jalankan ada jer aku rasa tapi kali ni aku memang malas dan bosan untuk berblog adakah sudah tiba masanya untuk aku bersara dari berblog ini atau pun sekadar melukut di tepi gantang. Tak per la korang tunggu jer la nanti akalau ada update bermakna aku still nak membebel kat blog picisan aku ni.

Jumaat, 24 September 2010

Darul Jenazah





Aku rasa Darul Jenazah ni memang bagus terutamanya buat penduduk taman-taman perumahan yang masih belum mempunyai badan khairat kematian sendiri.
Darul Jenazah ini adalah Syarikat pengurusan jenazah yang akan membantu memenuhi tanggungjawab "fardy kifayah" melalui sistem berlandaskan prinsip syariah islam yang sistematik.
Darul Jenazah,
No.B-2-21, Jalan Pju 1A/3J,
Taipan Damansara 1,Ara Damansara,
47301 Petaling Jaya,
Selangor.
Tel : 03-7842 6887Fax : 03 - 7843 6887
untuk mengetahui dengan lebih lanjut layari Darul Jenazah

Khamis, 23 September 2010

Muzikal Tun Mahathir





Muzikal Tun Mahathir bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 24hb Sept sehingga 4hb Okt 2009. Muzikal Tun Mahathir ini akan dijayakan barisan pelakon yang terkenal antaranya Zizan Nin, Erra Fazira, Esma Daniel, dan ramai lagi.

Tiket untuk menyaksikan persembahan Muzikal Tun Mahathir ini dijual dengan harga RM30-RM150 dan boleh didapatkan di


1) Box-Office Istana Budaya (03-4026 5558)
Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

2) TRIWAYS Travel Network Shop
Level 4, 401-G-B, Suria KLCC.

3) Sriamera Holidays (M) Sdn. Bhd. (03-5511 5177)
Lot 1.41, 1st Floor Plaza Alam Sentral
40150 Shah Alam
Waktu operasi: Isnin - Jumaat (8.30am - 6pm)
Sabtu & Ahad (10am - 3pm)

4) Sriamera Holidays (M) Sdn. Bhd. (03-8889 5177)
No.8, Pasar Awam, Precint 16,
62675 Putrajaya.

ataupun secara online di laman web Ticket2u.


p/s - aku nak pergi tapi belum beli tiket ada sesiapa nak sponsor tak tiket Muzikal Tun Mahathir ni untuk aku.
- tak sabar nak tunggu Muzikal Lat Budak Kampung pada 21 Disember 2010 - 2 Januari 2011

" My Raya Moments''




Salam semua, Malam ni aku telah merajinkan diri untuk menghapdet blog picisan aku ni, Aku pun teringin juga nak joint contest yang diadakan oleh blogger terkenal iaitu Eyriqazz ataupun lebih glamer dengan panggilan GTO. Contest yang dianjurkan oleh Eyriqazz adalah cuma memerlukan gambar raya berserta description nya sekali dengan tajuk "My Raya Moment"

http://www.eyriqazz.com/2010/09/my-raya-moments-contest.html


Gambar ini diabadikan pada hari raya tahun lepas (2009) pada hari raya kedua. Gambar ini diabadikan di rumah akak sepupu aku di Cheras, Kuala Lumpur walaupun dalam gambar ini masih tak cukup semua bilangan ahli keluarga aku akan tetapi telah menunjukkan bahawa kami semua bergembira pada waktu tersebut. semoga ianya berkekalan hendak-Nya
Amin


Sewaktu ini aku bersama akak-akak sepupu aku yang gilo-gilo


Gambar ini adalah peringkat anak buah aku yang kecil-kecil dan masih di tadika, bersekolah rendah & masih belum bersekolah.


Gambar ini adalah peringkat anak buah aku yang sudah bersekolah menengah cuma adik aku jer yang dah kerja (hujung sekali pakai baju kurung biru)

Ini pula adalah gambar peringkat pak cik dan makcik ramai perempuan cuma aku dan abang cik aku jer lelaki.



My Raya Moments Contest adalah anjuran bersama MySuperkids , Viruspadu, LittleKidsPhotography, Fitrihadi dan Special Additional Sponsor by Redmummy.Com (RM150)


Pergi ke pasar membeli keladi,
Keladi dibeli dikedai mak inang.
Wahai Eyriqaz yang baik budi,
Apa salahnya kasi daydeck86 pula menang.

Rabu, 22 September 2010

Gulai Tempoyak Pucuk Ubi - Resepi




Malam ini aku agak kerajinan sedikit nak memasak oleh kerana tekak ni teringin sangat nak makan Gulai Tempoyak Pucuk Kayu aku dengan segera menyuruh Cik Nieza singgah ke Pasar Chow Kit untuk membeli bahan-bahan untuk memasak lauk ini. Akhirnya tertunailah hasrat dihati aku nak makan gulai tempoyak pucuk kayu ni. Separuh orang memanggil sambal pucuk kayu ada tu panggil gulai tempoyak pucuk ubi ikut korang la nak panggil apa.




Bahan-bahannya
3 ikat pucuk ubi (ambil yang muda jer) *
5 helai daun kunyit *
5 batang serai *
10 helai daun pucuk kaduk (Macam sireh rupanya - tak guna sebab tak ada)
10 helai daun asam gelugur (aku tak guna sebab tak ada)

3 papan petai (dibelah 2) - ikut suka
1 gemgam cili padi (agak-agak)
1 inci kunyit hidup
2 senduk tempoyak (tempoyak baru lagi sedap)
2 biji kelapa (baru kaw - perah santan pekat)
garam & serbuk perasa


*DIRACIK HALUS

Cara-caranya
1. Cili padi & kunyit hidup ditumbuk halus (cara orang kampung)
2. Masukkan cili padi & kunyit hidup yang telah di tumbuk halus kedalam kuali bersama pati santan pekat, serta tempoyak tadi.
3. Masukkan serai yang telah diracik halus tadi.
4. setelah mendidih masukkan bahan bahan yang telah diracik tadi keringkan sedikit
5. Sesuaikan rasa garam, kalau tempoyak masam bolehlah tambahkan sedikit gula.



p/s - memang layan makan dengan nasi panas dan ikan goreng
- Orang Negeri Sembilan selalunya masak tak pakai bawang

"GUA TAHU ITU SIAPA"






Salam 1 Malaysia semua. Sebelum warta berita jam 8 malam tadi gua dapat notification kat pesbuk gua ada orang sibuk nak add gua yang tak femes emos ni. Tilik punya tilik gua tengok orang itu adalah Hamzah Ian seorang jejaka yang suka "Terbang Tinggi Tinggi" macam burung. Bukan "burung" dia nak terbang la. Selepas gua meng"approve"kan permintaan beliau untuk menjadi sahabat dialam pesbuk dia dengan selamba BADAK mengomen kat "wall" pesbuk gua tu seperti berikut.


Dengan hati teruja gua terus menunggu jam 8 malam untuk mem"busy"kan diri gua ke blog dia memang menarik gua lihat contest yang dia adakan dengan tajuk


Dengan ini gua merasakan bahawa orang misteri disebelah kanan dia adalah Nenek nya
sedang melihat keletah "anak"nya


Oleh yang demikian gua dengan ini dengan sukacitanya hendak mentagkan kepada :-
1. Mya


Dan hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut

1.Pertama : Duit RM30 dan juga Domain (dua-dua gua bagi)
2.Kedua : Duit RM20 atau Domain (pilihan nak domain atau nak duit, satu je okeh)
3.Ketiga : Belanja makan untuk 2 orang ( Dua pemenang untuk tempat ke-3)
4.Cabutan bertuah untuk semua perserta iaitu topup RM5 untuk seorang sahaja. (Digi Maxis Celcom shj)


Syarat-syarat untuk joint contest ini adalah seperti berikut:-

  1. Disebelah kanan gua ada orang misteri dan beliau melakukan sesuatu. Anda perlu meneka siapa orang misteri itu dan apa yang beliau buat dalam gambar tersebut.
  2. Buat satu entry dalam blog anda sendiri bertajuk "GUA TAHU ITU SIAPA" dan bagi jawapan anda. Jawapan hendaklah ringkas.
  3. Entri anda perlu ada link http://www.terbangtinggitinggi.com/ dan juga gambar ini.
  4. Terbuka kepada semua blogger warganegara Malaysia tidak kira follower atau bukan follower
  5. Bila dah siap semuanya tinggalkan permalink entry anda dibahagian komen.
  6. Kalau ramai yang dapat teka dengan tepat peserta paling awal dan teka dengan tepat dapat hadiah.
  7. Tag 3 kawan blogger dan pastikan diaorang tahu anda tag.
  8. Tarikh tutup 22 Oktober 2010. Keputusan pemenang diumumkan 23 Oktober 2010 di blog ini.. Hadiah akan diberi sebelum 26 Oktober 2010.
  9. Kalau boleh copy coding banner ni dan letak di sidebar blog anda. Taknak letak pun takpe gua tak marah.
  10. 1 blog 1 jawapan sahaja. Contoh jawapan " gua rasa tu mak hamzah tengah makan kuih".. Dan jawapan yang tak diterima adalah seperti " gua rasa tu mak atau abang atau adik hamzah.. dan diaorang makan nasik, makan kuih , korek hidung" .. maknanya tekaan anda hendaklah 1 sahaja dan 1 perbuatan sahaja.


p/s - Sejak bila aku menggunakan kata ganti diri dengan "GUA"
- Kontest kak ina KL cuma boleh guna gambar open house 2010 jer ker



AC Mizal Dapat Gelaran Datuk




AC Mizal terharu gelaran Datuk. itulah tajuk di GALA TV di Astro Awani (501)
Tahniah kepada AC Mizal yang akan mendapat gelaran Datuk tidak lama lagi.Gelaran tersebut dikurniakan oleh Sultan Pahang.
Rezeki AC Mizal selepas berjaya dengan bisness gelang nya Semakin maju la AC Konsortium yang diusahakan oleh AC Mizal sendiri.



p/s tak pasti sama ada Datuk ataupun Dato

Selasa, 21 September 2010

Contest A.K.A, Giveaway




Salam 1 Malaysia semua dan selamat pagi. Memandangkan banyak lagi Fridge Magnet & Keychain yang aku beli sewaktu aku melancong (Malaysia & Indonesia jer) aku berhasrat nak buat contest ataupun giveaway kepada kengkawan blogger dari semua benda ni berabuk kat dalam gobok aku tu tapi ada ke yang berminat nak joint dengan giveaway blogger picisan cam aku nih dan lagi 1 contest apa yang aku nak buat yerk korang ada suggestian tak?




p/s - cam nak tukar nama dari "Aku Dengan Duniaku" kepada "Budak Kuat Membadak" la plak okay tak RedMummy & Jejai

Sabtu, 18 September 2010

Ayah Mertua Along Meninggal Dunia




Hari ini aku tak kemana-mana pun cuma pergi menziarah ayah mertua kak long yang meninggal dunia petang tadi. Allahyarham meninggal akibat tekanan darah tinggi dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buluh sejak dari hari Jumaat yang lepas. Hari ini doktor mengatakan bahawa allahyarham sudah tidak mempunyai peluang untuk terus hidup. Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir dirumahnya serta disamping semua anak-anak dan menantu serta cucu-cucu tercinta. Walaupun Allahyarham ayah mertua kak long aku tapi kami sekeluarga tetap menunggu ketibaan allahyarham dirumahnya. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman hendaknya. Al-Fatihah



p/s - kali kedua melihat orang menghembuskan nafas yang terakhir didepan mata selepas Allahyarhamah Ibunda tercintaku Azizah Binti Sulaiman

Jumaat, 17 September 2010

M. Rajoli Meninggal Dunia



Gambar dari blog Beutifulnara


Mendapat berita mengatakan bahawa pelakon veteran M. Rajoli yang selama ini sakit telah kembali kerahmahtullah pada jam 10.45 malam tadi (17hb September 2010). Allahyarham seorang pelakon veteran yang masih berlakon sehingga sebelum Allahyarham sakit kanser kelenjar otak sejak beberapa tahun yang lalu. Jenazah Allahyarham dijadualkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur selepas Zuhur 18hb September 2010 (Sabtu).
Al- Fatihah dan salam takziah kepada keluarga Allahyarham M.Rajoli.





p/s - Hilangnya lagi satu permata didalam dunia seni Malaysia.

Ayam Penyet Best






Waktu makan tengah hari tadi aku dengan Alhan, Syahradzi & Adib pergi makan Ayam Penyet kat Bangi seksyen 15. Mulanya nak makan Nasi Briani Gam Anje dekat area situ juga tapi malangnya Restoran Nasi Briani tersebut masih bercuti raya.Waktu nak pusing balik terperasan pulak Restoran Ayam Penyet Best terus kitaorang singgah makan kat situ jer.

Makanan kat Restoran Ayam Penyet Best ni sedap la juga boleh tahan rasanya walaupun tempatnya agak tersorok sedikit. Harga pulak boleh tahan juga la tapi Air Kosong pulak mahal RM0.50 kalau kat kedai mamak baru RM0.30 rasanya. Kami semua ambil set jer senang harga pulak RM10.40 satu set termasuk cukai.


Harga tersebut belum masuk cukai lagi.


Sewaktu menunggu makanan yang hendak dihidangkan.


Gado-gado ni macam pecal la tapi banyak sayur


Ini pulak Dendeng Balado masakan orang Minangkabau dah tentu aku yang order.


Inilah Ayam Penyet yang aku makan tengah hari tadi memang layan siot


Kepada sesiapa yang berminat nak pergi merasa ayam penyet ini adalah di alamat

9-G Jalan 15 / 1 D,

Seksyen 15
Bandar Baru Bangi
Bangi
Malaysia


p/s - Betul ker yang Seniman M. Rajoli meninggal lewat petang tadi kalau betul dan benar Al fatihah kepada Allahyarham M. Rajoli yang telah menemui Sang Pencipta lewat petang tadi semoga Allah S.W.T. menempatkan allahyarham dikalangan orang orang yang soleh dan solehah kalau salah harap dimaafkan kerana aku pun mendapat khabar dari orang lain. Amin



Ole-Ole Syawal Dari Joegrimjow






Pada 3 September yang lepas aku saja berjalan- jalan di blog Joegrimjow lepas tu terperasan plak yang dia ada nak bagi kad raya dengan ole-ole dari Bali aku pun terus la joint giveaway tu. Aku salah seorang penerima kad raya dan ole-ole dari Bali tersebut iaitu keychain yang memang aku kumpul dari dulu lagi. Tujuan utama aku adalah hendak menambahkan koleksi keychain aku dan ingin merasa mendapat kad raya sebab seumur hidup aku inilah pertama kad raya. memang seronok juga la dapat kad raya zaman sekarang ni tak macam dulu orang lain mungkin mendapat kad raya yang banyak tapi sekarang semua kad raya diganti kepada SMS sahaja. Walaupun aku mendapat kad raya tersebut selepas hari raya tapi aku tetap nak berterima kasih kepada Joegrimjow yang sudi menghantar kad raya dan ole-ole dari Bali tersebut.



ini adalah kad raya lah bukan undangan pernikahan


Kad raya pertama yang pernah aku dapat ler.


Disertakan sekali kad HERBALIFE nya sebagai Personal Wellness Coach


Koleksi keychain terbaru dari Joegrimjow. Terima Kasih daun keladi kalau ada bagi lagi.




p/s - Ya Allah selamatkanlah hamba mu di esok hari semoga segalanya berjalan dengan aman dan lancar hendak-Nya. Kau permudahkanlah urusan hambamu yang kerdil ini, Amin Ya Rabbalallamin.

- Bersawang blog picisan aku ni kurang mood nak berblog dibulan Syawal yang mulia ini.




Isnin, 13 September 2010

Eid Mubarak 1431



Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin daydeck86 ucapkan kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang tidak jemu menzahirkan idea dan cerita di blog masing masing.
Lebaran tahun ni keluarga mak cik jenab & pak cik berahim mengambil tema warna hijau untuk pakaian di hari lebaran cuma aku dengan keluarga along jer pakai warna lain macam tahun lepas aku dah pakai warna hijau tak kan la aku nak pakai warna hijau lagi.


5 beradik beraya tampa ibunda terchenta.

Sesi bermaaf-maafan diantara satu sama yang lain.

Bergambar bersama ayahanda terchenta.

Kengkawan adik sepupu aku memang ramai kalau datang.

Antara saudara yang datang di hari lebaran.

Jiran tetangga yang datang.

Alhan datang bersama kekasih hatinya dihari raya pertama. Weyh mana baju melayu ko ar.

Aku pun saja-saja nak poyo bergambar sensorang. walaupun dah malam tetap pakai baju melayu berserta kain sampin sekali tau.

p/s - This year maybe aku buat open house last raya kot.

Ahad, 12 September 2010

Persiapan Lebaran 1431




Tahun ni menyambut lebaran cam biasa jerk walaupun mak cik jenab tak da balik ke Bangkinang, Pekanbaru, Indonesia. tapi kitaorang yang tinggal ni membuat persiapan macam biasa jer kerana nak menyambut lebaran tahun ni seperti selalu. Tugas memasak terpaksalah aku dengan along yang amik alih itupun kitaorang main tibai jerk masak. Rabu malam Khamis aku dengan Cik Nieza pergi ke Pasar Chow Kit untuk membeli barang-barang yang hendak digunakan cuma santan jerk beli hari pagi Khamis tu. Sewaktu ke Pasar Chow Kit tu kebetulan jumpa buluh talang untuk buat lemang aku terus jer aku sambar sampai 25 batang tamak giler siot. Lepas tu pulak buat Lemang Tepung yang memang menjadi kebanggaan orang Bangkinang dapat lah dalam 3 batang. Hari Khamis pagi-pagi memasing terus berkerja keras aku tak kerja amik cuti sehari awal sebelum lebaran.


Kat umah aku ni tak da sapa yang reti nak buat lemang ni aku sorang jer reti tu yang aku bersemangat nak membakar lemang tu.


Setelah memasukkan daun pisang ke dalam buluh


Beras pulut digunakan 8kg dapatlah dalam 22 batang lepas tu santannya pula 5.5kg


tempat nak membakar lemang


Lemang yang dah nak masak buluh tu boleh terbakar plak nasib baik tak rentung lemang aku tu


Rendang daging pulak dah siap tenggek tinggal nak keringkan jer santan pulak dah dimasukkan.


Rendang daging campur dengan kentang kecil (baby potato) sedap wo kalau nak rasa tunggu aku buat open house nanti aku jemput korang yerk.


Rendang ayam cuma buat 2 ekor jer saja nak menambahkan lauk


Dalam kitaorang sibuk memasak kat luar anak mak cik jenab yang sorang ni pulak sibuk membuat kain rentang memang tiap-tiap tahun dia yang rajin buat benda ni.