Masyuk

Rabu, 22 September 2010

"GUA TAHU ITU SIAPA"






Salam 1 Malaysia semua. Sebelum warta berita jam 8 malam tadi gua dapat notification kat pesbuk gua ada orang sibuk nak add gua yang tak femes emos ni. Tilik punya tilik gua tengok orang itu adalah Hamzah Ian seorang jejaka yang suka "Terbang Tinggi Tinggi" macam burung. Bukan "burung" dia nak terbang la. Selepas gua meng"approve"kan permintaan beliau untuk menjadi sahabat dialam pesbuk dia dengan selamba BADAK mengomen kat "wall" pesbuk gua tu seperti berikut.


Dengan hati teruja gua terus menunggu jam 8 malam untuk mem"busy"kan diri gua ke blog dia memang menarik gua lihat contest yang dia adakan dengan tajuk


Dengan ini gua merasakan bahawa orang misteri disebelah kanan dia adalah Nenek nya
sedang melihat keletah "anak"nya


Oleh yang demikian gua dengan ini dengan sukacitanya hendak mentagkan kepada :-
1. Mya


Dan hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut

1.Pertama : Duit RM30 dan juga Domain (dua-dua gua bagi)
2.Kedua : Duit RM20 atau Domain (pilihan nak domain atau nak duit, satu je okeh)
3.Ketiga : Belanja makan untuk 2 orang ( Dua pemenang untuk tempat ke-3)
4.Cabutan bertuah untuk semua perserta iaitu topup RM5 untuk seorang sahaja. (Digi Maxis Celcom shj)


Syarat-syarat untuk joint contest ini adalah seperti berikut:-

  1. Disebelah kanan gua ada orang misteri dan beliau melakukan sesuatu. Anda perlu meneka siapa orang misteri itu dan apa yang beliau buat dalam gambar tersebut.
  2. Buat satu entry dalam blog anda sendiri bertajuk "GUA TAHU ITU SIAPA" dan bagi jawapan anda. Jawapan hendaklah ringkas.
  3. Entri anda perlu ada link http://www.terbangtinggitinggi.com/ dan juga gambar ini.
  4. Terbuka kepada semua blogger warganegara Malaysia tidak kira follower atau bukan follower
  5. Bila dah siap semuanya tinggalkan permalink entry anda dibahagian komen.
  6. Kalau ramai yang dapat teka dengan tepat peserta paling awal dan teka dengan tepat dapat hadiah.
  7. Tag 3 kawan blogger dan pastikan diaorang tahu anda tag.
  8. Tarikh tutup 22 Oktober 2010. Keputusan pemenang diumumkan 23 Oktober 2010 di blog ini.. Hadiah akan diberi sebelum 26 Oktober 2010.
  9. Kalau boleh copy coding banner ni dan letak di sidebar blog anda. Taknak letak pun takpe gua tak marah.
  10. 1 blog 1 jawapan sahaja. Contoh jawapan " gua rasa tu mak hamzah tengah makan kuih".. Dan jawapan yang tak diterima adalah seperti " gua rasa tu mak atau abang atau adik hamzah.. dan diaorang makan nasik, makan kuih , korek hidung" .. maknanya tekaan anda hendaklah 1 sahaja dan 1 perbuatan sahaja.


p/s - Sejak bila aku menggunakan kata ganti diri dengan "GUA"
- Kontest kak ina KL cuma boleh guna gambar open house 2010 jer ker



2 comments:

hamzah ian berkata...Best Blogger Tips

hahaa... cun bro.. noted..

ko telah menjadi seorang peserta yang paling cun.. hehe

.s.o.f.i.a. berkata...Best Blogger Tips

good luck bro!!!!

ha ha, aku join gak kontes yang langsung tak nampak keikhlasan nak bagi orang menang ni.........