Masyuk

Sabtu, 18 September 2010

Ayah Mertua Along Meninggal Dunia




Hari ini aku tak kemana-mana pun cuma pergi menziarah ayah mertua kak long yang meninggal dunia petang tadi. Allahyarham meninggal akibat tekanan darah tinggi dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buluh sejak dari hari Jumaat yang lepas. Hari ini doktor mengatakan bahawa allahyarham sudah tidak mempunyai peluang untuk terus hidup. Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir dirumahnya serta disamping semua anak-anak dan menantu serta cucu-cucu tercinta. Walaupun Allahyarham ayah mertua kak long aku tapi kami sekeluarga tetap menunggu ketibaan allahyarham dirumahnya. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman hendaknya. Al-Fatihah



p/s - kali kedua melihat orang menghembuskan nafas yang terakhir didepan mata selepas Allahyarhamah Ibunda tercintaku Azizah Binti Sulaiman

4 comments:

J.M.R berkata...Best Blogger Tips

al-fatihah utk mereka...semoga ditempatkan di tmpt2 org yg beriman..amin~

mira ellyna berkata...Best Blogger Tips

Alfatihah.

sonata anak kancil berkata...Best Blogger Tips

takziah kepada seisi keluarga...
Al-fatihah - semoga Allah swt menempatkan allahyarham dalam kalangan golongan beriman - amin

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

Terima Kasih semua diatas ucapan takziah tersebut