Masyuk

Rabu, 30 September 2009

Gempa bumi kuat gegarkan Sumatera



JAKARTA: Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 7.6 menggegarkan Sumatera, Indonesia sebentar tadi.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan, demikian menurut agensi geofizik dan metereologi negara itu.

Menurut agensi tersebut dalam laman webnya, gempa tersebut berlaku pada pukul 5.16 petang waktu tempatan (6.16 petang waktu Malaysia) yang melanda kawatan laut di wilayah Sumatera Barat. AFP


info dari http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/9/30/mstar_berita/20090930182640&sec=mstar_berita

Tahniah Rynn2506



Malam semalam waktu aku tgh melayan Farmville kat facebook aku dapat satu sms dari member opis merangkap penulis blog rynn2506 yang dia dah selamat melahirkan baby yang perempuan yang comel. congrat rynn2506 sms beliau seperti berikut

"Slm, saya telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.2kg pada 29.9.09 jam 3.16pm. terima kasih krn mendoakan kami. azrin,saiful,&our luvly nur sofea nazmin"



comeykan baby ni.....

sempat lagi bergambor waktu kat LR

Isnin, 28 September 2009

Selamat Ulang Tahun.....



Hari ni mak cik aku a.k.a. mak cik jenab sambut ulang tahun nak dia no 5 yang ke 19tahun sebenarnya mak cik jenab saja nak celebrate coz dia tak pernah celebrate untuk anak dia yang no 5 nih, aku ucapkan selamat ulang tahun moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendak-Nya.
Amin




Rabu, 23 September 2009

Hari Raya Aidilfitri 1430 Yang Ke-2



Nih hari raya ke-2 punya cerita pulak tahun nih aku ngan family aku pergi beraya rumah sepupu sepapat kitaorang family aku dari Seremban datang ke Kuala Lumpur singgah dulu kat Semenyih & Beranang ramai saudara belah arwah datuk aku kat sini.
Lepas beraya kat Beranang
(ada kena mengena jugak la family aku nih dengan penyanyi Zaiton Sameon yang popular dengan lagu "Menaruh Harapan"
)
diaorang terus gerak ke Kampung Puah Lembah, Gombak batu 4. Waktu nih baru aku joint coz aku memang dah ada kat Kampung Puah Lembah nih dulu family kitaorang memang duk kat sini silih berganti duduk kat sini rumah arwah pak long aku ada kat Kampung Puah Lembah nih sekarang isteri & anak anak dia yang duduk kat rumah tuh. Rumah kitaorang dulu kat sebelah rumah arwah Pak Long aku jer. Arwah Pak Long aku nih dulu terkenal la juga kat daerah Gombak nih sebut jer nama "SAHAK JANGGUT" imam masjid batu 4 Gombak mesti ramai yang kenal.

ini lah rumah pusaka yang dah tak terawat dah sebab dah tak da sapa nak jaga dah rumah nih
tengok la kalau ada rezeki lepas raya nih aku nak repair balik rumah nih lepas tuh sewakan kat orang dapat gak income dari terbiar menyembah bumi tapi banyak gak kos nak repair rumah nih. rumah nih dulu besar sebenarnya.Tengok lah macam manakan. Banyak kenangan rumah nih dari arwah mak ngah aku duk kat rumah nih sampai la ke mak aku duk rumah nih macam macam cerita tersirat & tersurat kat rumah nih.

ni aku dengan anak2 buah aku kat depan rumah kitaorang dulu, yang pagar tuh pagar
Dewan Orang Ramai kat depan rumah kitaorang dulu. Kakak aku tuh mesti nak menyibuk jugak kalau kitaorang nak amik gambar.

Lepas pergi Kampung Puah Lembah kitaorang terus berdesup pergi rumah sepupu kitaorang yang paling tua dekat Cheras. Nih gambar aku dengan anak buah aku yang hampir sebaya dengan aku gak la gamaknyer. Ini baru separuh jer belum berkumpul kesemuanya.

tengok la akak aku tuh nak menyelit jugak dia bak kata akak aku sorang lagik
"bibik Indonesia nih suka sangat enterprame orang nak bergambar"

yang perempuan sibuk menyelak gambar gambar lama & nostalgia time ni la banyak rahsia yang terselak & terbongkat..... ahahahhahahahaa

Yang lelaki pulak sibuk kat luar dengan teh tarik dengan Dunhill, Sampoerna DLL.

Sebelum nak balik Seremban apa lagik bergambar beramai ramai la buat kenang kenangan masa akan datang dalam gambar nih ramai yang tak masuk & tak ada ditempat kejadian ikut memang ramai ahli keluarga Sulaiman + Khalijah (atuk & uwan)

ini pangkat kanak kanak ribena muka baik baik jer semua dah besar jangan jadi hantu cam pakcik2 & makcik2 korang yer.

ini pulak pangkat muda remaja katanya memasing malu malu kucing parsi jer tak macam makcik2 & pakcik2 korang.

ini ler barisan sepupu 20-an tahun ke atas yerk. dalam family kitaorang nih payah sket nak carik yang comel lotey semua besar gedabak nyer saiz (harap maaf ini kenyataan benar)
ahahahhahahahahaaaa.

korang tengok la yang muda muda tadik semua nyer gambar baik baik jer tak banyak ragam sampai gambar kitaorang yang agak tua nih semua cam masuk air jer. Tapi lantak la orang nak cakap apa janji kitaorang BAHAGIA kalau gaduh2 kecik tuh biasa lah
ASAM GARAM KEHIDUPAN. jangan marah yer SAK pinjam tagline

Kedai Hiasan Romantika, Plaza Angsana



Semalam agak penat sket ler berjalan raya. Hari nih aku dari Seremban terus gerak ke Johor Baharu
pergi rumah mak mentua akak aku, pergi satu rumah semata mata
yang selebih nya menghabiskan waktu kat Plaza Angsana. Aku pun tak berapa faham ngan akak aku sorang nih agak gila la kepala dia kalau dah sampai Kedai Hiasan Romantika
dekat satu hari dia boleh melepaka kat dalam kedai tuh. tapi aku tak berapa nak terkejut la coz akak aku nih orang berniaga banyak beli barang hamper yang selalu dia dapat tempahan dari pihak kerajaan & swasta.

ni ler kakak aku yang gler dengan 'english style' nyer. lepas ni dok sibuk nak buat blog pasal umah dier plak .

tak pasal2 aku promote kedai ni pulakkan.....

Ahad, 20 September 2009

``Merendang & Melemangkan Diri````



Semalam adalah hari merendang & melemangkan diri.
Tahun ni aku beraya dengan mak cik aku kat Sentul jerk macam biasa lerkan
tiap tiap raya kitaorang akan masak rendang & lemang sendiri tak main order order nih.
Semalam kitaorang masak rendang 6 kilo daging, sekilo setengah kentang kecik kecik.
biasa la kalau rendang minang nih pakai santan banyak 4kilo santan pakai untuk rendang daging sahaja. lemang pulak kitaorang buat lemang pulut & lemang tepung. lemang pulut guna 4kilo beras pulut & 2 kilo santan, lemang tepung pulak tepung beras 2 kilo & 2kilo santan
memang banyak santan kitaorang guna untuk memasak.
cam biasa la kalau lemang memang aku yang jaga dari mula sampai abes yang lelain haram pandai menjaga lemang waktu tengah bakar mentedarah boleh ler yang lelain.
(kepada sesapa yang pandai bakar lemang tuh ajak la kat generasi muda)
esok jangan generasi muda tak tau nak membakar lemang semua pakai segera jer
tak sedap la segera segera nih.

dah kering daging tuh angkat dulu pastu masak santan dulu agak air kat santan dah kering baru masuk daging yang dah kecut tadik, cam tuh la remeh sket masak rendang nih.

dapat la juga dalam 25 batang lemang tepung & lemang pulut kitaorang.
dalam sibuk sibuk nih sempat jugak aku menghapdet blog aku nih

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN 1430


Sabtu, 19 September 2009

Iftar @ Bora Ombak



Setiap tahun di bulan Ramadhan aku dengan kengkawan aku akan mengadakan
Majlis Berbuka Puasa
Macam tahun tahun yang lepas kita orang semua berbuka di Planet Hollywood, Restoran D' saji.
Tahun ini kami memilih untuk berbuka puasa di Bora Ombak kat area Ampang.
selalunya Majlis Berbuka Puasa ni kitaorang tak ada paksaan sapa nak joint boleh tak nak joint pun tak apa jugak. Biasanya kitaorang akan menjemput semua kengkawan melalui email ataupun melalui telepon.
Makanan kat Bora Ombak hari tuh ok la nak kata tak sedap sangat tak da la, nak cakap sedap tak juga tapi ok lah semua orang puas hati la jugak hari tuh melantak tak henggat dunia.

Menu yang disediakan antaranya roti jala, roti boom + kuah kari, kambing bakar, asam pedas ikan pari, ikan keli goreng berlada, dll

dak atan tuya tuh menyelit jugak walaupun sampai lambat.

Ini pulak pencuci mulut Rojak Buah, castard caremal, bubur sum sum, agar agar dan banyak lagi

tunggu giliran nak ambil makanan sebelum berbuka

Dah nak berbuka baru berseri2 muka memasing kalau tak tuh memasing muka toya.

kenapa dengan muka dak maya tuh, kak mas makan tak berhenti2
ehehehheheheheee

makan lagi tuh tapi tak per jangan membazir amalan syaiton....

kenyang sangat dak adham nih sampaikan gosok perut.

wakil dari Wangsa Maju Seksyen 1
Atan tuya + Adham




Jumaat, 18 September 2009

Minggu Lepas Yang Agak Sibuk



Minggu lepas aku agak kesibukan tahap gaban sampaikan tak menyempat nak memblogkan diriku ini. Minggu lepas dengan kerja menimbun tapi waktu balik tepat jam 4.30pm aku tetap caloo betty
ehehehehehehee.
itu baru kerja belum nak hantor order kuih ghayo yang orang tempah kat aku. tahun nih memang order kuih ghayo memang banyak dekat nak lebih 100 balang aku dapat order yer...
tapi kuih campur campur ler gamaknyer.

tengoklah bawah meja aku nih dah macam stor ghupernyer
(sila abaikan semak samun dibawah meja ku itu)

waktu kuih tengah banyak tak sempat nak amik gambor dah tinggal sket baru teringat nak amik gambor kuih nyer. tak percaya sudah janji duit raya aku bertambah sket....
:):):):)

Coti Ghayer Katernyer.....



yahooooo........
hari ini last kejer sebelum bercuti Hari Raya
tahun nih aku amik cuti 3hari jerk (rasanya ramai yang cuti 3hari)
Tapi tak tahu nak kemana tahun nih, cam biasa 1st raya aku kat KL jerk
Pepagi aku dah gerak pergi Tanah perkuburan Kampung Puah
(ramai saudara aku yang dah meninggal kebumi kat sini)
lepas tuh aku gerak ke Tanah perkuburan Danau Kota
(Arwah atuk leman, arwah ain & arwah anak saudara)
lepaih baca Surah Yassin kat kubur aku akan pergi semayang raya kat Sentul, dekat sket ngan rumah. lepaih tuh duk umah satu hari coz selalu nya 1st raya umah aku nih ramai akan datang tak tak le kenapa maybe, memang 1st raya kitaorang tak akan sempat nak melarikan diri
cam tahun lepas lepas semayang raya tak berhenti orang datang sampai ke malam
bayangkan malam raya ke-2 baru kita orang dapat bersalam salaman memohon maaf.
Raya ke-2 pulak kitaorang biasanya pagi pagi dah cabut jenjalan rumah saudara mara pulak.
satu hari suntuk berjalan ke rumah saudara mara. Tahun nih aku tak tau la nak pergi mana
maybe pergi rumah mak cik aku kat Kampung Lubuk Redan, Masjid Tanah, Melaka ataupun pergi Johor Baharu, (boleh pergi Singapore kan)
tapi tak tau la apa rancangan family aku. aku ikutkan aja.
Kepada yang memandu tu pastikan perjalanan anda dengan selamat semoga Hari Lebaran yang bakal menjelma dapat disambut dengan meriah.

Tattaaadaaaa.....



Tadi aku ada post entry pasal aku dapat kiriman dari teman blog yang belum aku jumpa dia alam nyata selalunya berjumpa di alam maya (bukan MAYA KARIN) sahaja.
Sebenarnya aku dapat kiriman daripada SONATA ANAK KANCIL yang aku kenal last month agaknya. Itu pun mungkin teratak kami yang sama dan saling sapa menyapa di shout box.

Memula aku agak kaget (cakap bahasa Indonesia plak) pagi2 masuk keje tengok ada kiriman dekat meja aku. dalam hati aku nih tertanya tanya siapa sebenarnya yang menghantar kiriman itu. Ghuper ghuper nya kiriman itu dihantar oleh SONATA ANAK KANCIL . Terima Kasih diucapkan kepada SONATA ANAK KANCIL kerana susah payah hantar kiriman untuk aku.

inilah yang dihantar oleh SONATA ANAK KANCIL kepada aku sehelai tuala muka warna hijau
(macam tau jer yang aku nih suka kumpul towel & warna hijau)
siap ada sulam nama blog dia lagi (rajin akak menempahnya)
Tak tahu la sulaman itu memang dah ada ataupun ditempah khas untuk aku.

cantik kad raya dan tuala muka yang aku dapat nih.

close up sikit. memang bersyukur sangat. s
semoga persahabatan kita akan terus berkekalan hendak-Nya
Amin ya rabbalallamin



Khamis, 17 September 2009

Salam Lebaran Kepada Semua




Kad Ucapan ditujukan Kepada semua teman-teman.

Terima Kiriman...



Assallamualaikum W.B. buat semua teman teman yang sering berkunjung ke teratak daydeck86.
sebenarnya banyak yang aku nak hapdet blog aku nih tapi kesibukkan yang melanda amatlah tak mengizinkan aku untuk hapdet blog aku yang tak seberapa ni.
Semalam aku dapat kiriman dari seorang teman blogger yang mempunyai teratak yang sama macam teratak aku ni. nak tau apa barang yang aku dapat dari Kak Sonata.Terima kasih banyak banyak nanti lah aku hapdet lagi blog aku yang dah bersawang nih. aku nak pergi hantar order kuih ghayo & nak pergi amik duit raya yang sepupu aku tukarkan....

Khamis, 10 September 2009

```Cuti La Pulok```



Memandangkan esok tuan punya blog bercuti maka malam ini tuan punya blog akan berjaga gamaknyer sehingga mata ini akan melelapkan dirinya dengan sendiri.
Kepada yang berkerja diesok hari selamat berkerja & berkerja la dengan ikhlas & tawaduk
Kepada kengkawan opis terutamanya kepada BOTAK bagi2 sket keje tuh ngan kawan2 yang lain jangan makan sorang jerk . ada aku kesah janji sampai......ahahaahhahaha....aku tau ko hari hari menyibuk masuk blog aku nih harrrrr........ tapi xper bertambah gak trafic aku nih ....... bukan trafic light ler
Esok pagi macam2 urusan aku nak kena selesaikan mintak2 semua urusan dipermudahkan
jangan ler banyak masalah di bolan puasa ni. mau ada yang tak puasa nantik nih kan
harap harap jangan ler....



Isnin, 7 September 2009

***Kumpulan dari Gombak Datang Menyerang***





Dengar tajuk cam siyes jer bunyik nyer kan. Sebenar nya tak ada orang yang kena serang dan
tak ada siapa yang kena serang pun. Cam nih semalam saudara aku yang stay kat Gombak
(yang hari tuh family aku g berbuka kat rumah dia - malas nak belek page sebelum)
kononnya nak menyerang rumah kitaorang dengan buat kezutan ler gamak nyer.
Tapi sebelum tuh aku dah dapat info dari seorang informer (informer tak berbayor)
yang bleh dipercayai.
kita orang sebelum tuh dah bekerja keras (keras la sangat) masak macam macam (macam macam la sangat)
ler kat rumah korang layan kan jer ler pic kat bawah nih ha.

Gambar kat atas nih antara makanan yang kitaorang masak dan dibawak oleh dari Saudara dari Gombak antaranya Ikan Kembung Bakar (aku bakar sendiri). Chicken Wing (orang Gombak bawak), Air asam (aku buat nih berpeluh semua orang makan), Sambal Tempe + Ikan Bilis (mak cik Jenab masak), Gulai Siput Sedot (ni pun makcik Jenab Masak).

Lepas makan mesti ada pencuci mulutnya semalam banyak gak le pencuci mulut yang ada agar agar milo tuh aku yang buat waktu tengahhari sebabnya bahan dah ada rajin ler aku buat nyer. Waktu aku tengah membakar ikan kat luar rumah mak cik jenab pulak buat Pecal kat dalam rumah. Pastu Murtabak dengan kuih buah melaka/kelopong tuh orang dari Gombak yang bawak.

Ini lah suasana waktu hendak berbuka kat rumah kami semalam meriah kerana berbuka beramai ramai.

Ahad, 6 September 2009

Berbuka Bersama Blogger's di The Apartmen, KLCC



Alang alang aku dah membuta lambat nih lebey baik aku hapdet blog aku nih ha.
kalau nak ikutkan membuta lagik best nih dengan hujan yang turun lebat malam nih.
sambil aku melayan Farmvile aku kat Facebook sambil aku menghapdet blog aku yang tak sehebat blog2 yang lain bak kata orang tua (kak ina kl jangan terasa ekkkk)
"Sambil Menyelam Minum Air"

kalau sesaper sebelum nih pernah baca blog aku nih aku pernah post n3 pasal berbuka dengan blogger's besama sama dengan Nuffnang kalau korang tak ingat atau tak pernah baca blog aku sebelum nih korang click kat sini (kalau korang rasa nak baca ler) .

Hari ni dari pagi sampai ke petang tak da apa yang nak dibuat kat rumah cuma hantar mak cik aku a.k.a. Mak Cik Jenab pergi Pasar Sentul jer untuk beli barang nak masak untuk berbuka nanti tapi aku balik dari berbuka aku tengok dia masak lontong jerk.
Mungkin mak cik jenab dah bosan masak untuk bulan puasa nih ataupun ramai yang tak berbuka kat rumah hari ni. mak cik jenab berbuka bersama suaminya a.k.a Pak Cik Abu ngan anak Bongsu nya aja yang lain dah melingkup berbuka kat luar (KESIAN).

Berbalik cerita ceriti berbuka puasa dengan blogger's anjuran Nuffnang dekat
The Apartment, KLCC memula aku janji dengan kak ina kl nak pergi sekali jer tapi
disebabkan kak ina kl pergi awal sangat aku pun malas nak pergi awal.
aku bertolak dari rumah pun dalam jam 6.15pm. rumah aku dengan KLCC bukan jaun bebenor
sampai je KLCC aku terus pergi kedai buku KINOKUNIYA kat situ aku rembat novel
Laskar Pelangi nurkilan Andrea Hirata. Sebenarnya Novel Laskar Pelangi nih dah lama keluar
tapi aku tak sempat nak pergi beli banyak jer alasan nya. Hari nih Tertunailah Hasrat Dihati aku
ahahhahahaaa kak ina kl jangan marah ar saya ambil nama blog akak.


Lepas aku rembat novel Laskar Pelangi nih aku pun terus gerak pergi carik tempat kita orang
nak berbuka puasa dengan kata lain MENCEKIK dekat The Apartment, KLCC la tak kan la dekat warung cik temah plak. dalam aku melilau tuh kak ina kl call aku tanya kat mana.
Pastu aku ngan kak ina kl jumpa kat depan Isetan. Puas gak la mencari tempat nih
(kitaorang bukan jenis kaki lepak kat situ pun).

Bangga tuh kali pertama dapat lencana I LOVE NUFFNANG yer ler ni ler kali pertama aku dapat joint dengan event yang dianjurkan oleh Nuffnang kalau ada rezeki lagi boleh la joint dengan event yang dianjurkan oleh Nuffnang. (kalau dijemput ler)

Sebelum berbuka puasa dengan kata lain MENCEKIK tuh wakil dari Nuffnang
(tak henggat plak nama dia nih) memberi sepatah dua kata (kata alu aluan la kot)
hahahhahahaahaa....


kalau aku biasa ler kalau nak makan tuh mesti amik pic makanan (tengok saiz ler)
ni ler antara makanan yang aku makan waktu berbuka puasa tuh.
Rasa ok jer ler nak kata sedap xda ler mabeles sangat pastu nak kata tak sedap ok la pulok
apa apa pun aku bersyukur dengan apa yang ada rezeki la dikatakan.

Biasa la kalau dah blogger's tegar tuh memang tak boleh nak berenggan dengan camera
(walaupun camera tak canggih cam aku nyer) mesti nak bergambar sakan.
dapat gak ler aku berkenalan ngan blogger's lain antaranya
kak ina kl (memang dah kenal), http://sawanila.com , (suka amik pic candid nih) http://alamfanacinta.blogspot.com , http://nadrahfihil.blogspot.com , http://ohbulan.com (popular tuh) semoga perkenalan ni dapat memanjangkan silaturahim antara kita semua - Amin.

nih pulak member kepada http://alamfanacinta.blogspot.com , http://nadrahfihil.blogspot.com , aku ngan dia nih makan jer keje kitaorang
bak kata pepatah petitih "Hujan Taufan pun reti berhenti" kita dua orang nih pulak tak
berhenti -henti mencekik. ahahahahhahaaa

ni pulak aku dengan ular sawa opsss silap pulak SAWANILA nanti kalau ada rezeki nak beli camera DSLR aku akan mencari beliau.

ni gambar kak ina kl dengan peminat dia. ahahhahaa
tak da la bergurau jer kak ina kl yang awek manis baju purple tuh wakil dari Nuffnang
dan yang baju hijau tuh antara blogger yang bertuah gak la tapi aku tak sempat la nak amik alamat blog dia tapi kalau dia sudi singgah kat blog aku nih jangan lupa tinggalkan jejak ya.

Dua generasi bersatu (satu malaysia) tak mengira umur dan pangkat.
http://alamfanacinta.blogspot.com ,
http://ohbulan.com
(saja jer letak nama dia nih) ehehehee & htt[://tertunailahhasratdihati.blogspot.com

apa lah yang digossipkan oleh OH BULAN dengan OH BINTANG nih kan
mesti cerita pasal income nih kan..... ehehehhehheee


semoga perkenalan kita terus berkekalan hendaknya - Amin