Masyuk

Khamis, 5 November 2009

Program Astro Kasih Kampung Panchor, Muar, Johor



Seperti yang telah dijanjikan (macam siaran langsung plak) malam ni aku nak apdet blog aku yang dah lama aku tinggalkan nih ha. macam la blog aku nih ada orang singgahkan. biarlah ada orang singgah ke idak janji aku nak hapdet blog aku nih. biasalah kalau dah sibuk sampaikan tak sempat nak apdet blog nih

malam ni aku nak cerita ceriti pasal aku pergi program Astro Kasih dekat Muar, Johor pada
24hb October 2009 yang lepas (dah lama baru nak apdet) program Astro Kasih ala ala bersamamu yang kat TV3 tuh ler tapi program Astro Kasih ni lebih kepada membantu orang2 yang memerlukan bantuan tapi tenaga kerja adalah dari kalangan staff astro sendiri bersama sama orang kampung berkenaan & tidak disiarkan di TV. kat sana kita membaiki rumah sepasang suami isteri yang dah tua & ditinggalkan anak mereka. rumah yang uzur itu kitaorang gantikan dinding & lantai rumah itu lalu dicat semula. memang la penat tapi memang semua puas hati kerana dapat membantu insan yang memerlukannya, malang waktu kesana aku tak bawak camera cuma gambar dari kengkawan yang bawak camera jer la.



inilah wajah rumah yang dibaiki sebelum dan selepas , yang gambar beramai2 tuh kitaorang dengan tuan rumah nenek Kalsom umur dalam 80-an.

lepas membaiki rumah tu kitaorang sebahagian pergi tolong orang kampung merewang masak dekat rumah tok ketua (cam dalam astro citra plak) lepas abis penyampaian bantuan kepada anak2 yatim & perasmian oleh YAB TPM kita orang pun berangkat pulang ke Kuala Lumpur tapi sempat lagi kitaorang singgah kat Umbai, Melaka pergi makan kat sana. lepas tu pulak apa lagik membuta la sampai ke Kuala Lumpur, sampai kat opis lebih kurang dalam jam 12tgh malam la jugak.

0 comments: