Masyuk

Selasa, 24 November 2009

Antara Rezeki Aku Ataupun Tidak??????



Pernahkah kau merasa
Hatimu Hampa
Pernahkah kau merasa
Hatimu Kosong

tak pasal pasal lagu Hampa Hatiku dari Kumpulan unggu feat Iis Dahlia menghiasi N3 blog aku malam nih.
Bukan apa petang tadik jam 5:44pm aku dapat sms dari "ASOO" cina yang berkerja dengan pemaju perumahan Sentul Murni.
SMS nya berbunyi


" _ _ _ _ _ (nama aku ler) ambank & rhb reject housing loan you. U nak cancel unit? atau try mbsb?u can fax ur letter to bla..bla..bla.. or scan and email to my mail"

aku tertanya tanya mengapa aku punya housing loan tak approve kalau nak diikutkan gaji aku cukup untuk menampung monthly payment. aku dengan bangganya menelepon asoo tersebut.

aku - Selamat Petang asoo (aku sebut nama betul dia ler)
asoo - Selamat petang. siapa ni
aku - Saya _ _ _ _ _. mau tanya sama u kenapa loan i tak approve arrr
asso - itu ambank cakap U punya commitment tinggi la
aku - itu rhb pulak apa cerita committment tinggi jugak ka
asso - owh itu rhb ar dia cakap u tak pernah ada hutang dengan bank itu pasai tak approve
aku - ok nanti i call u balik tapi i still mau itu unit ar, u jangan bagi orang lain dulu

aku menjadi mushkil bin ajaib jugak la dengan jawapan yang diberikan oleh asso tuh.
dia cakap commitment aku tinggi setahu aku aku tak da apa apa loan & segala utang piutang tak percaya pergi check dekat CTOS ker aper ke kalau ada tunjukkan kat aku nih.

nak cakap gaji aku tak cukup arituh budak dari bank2 tersebut dah kira kira gaji tolak itu tolak ini semua tak da masalah (muskil lagik ni)

dan yang pelik nya disebabkan aku tak pernah ada hutang dengan bank menyebabkan aku permohonan aku ditolak cam mane tuh, orang nak buat hutang pun tak bagi kerk.

lepas tuh suruh aku terai amik MBSB setahu aku MBSB ni cam orang yang dah blacklisted & untuk orang yang tak bleh nak ambil bank loan (aku ni blacklisted sebab tak pernah berhutang kot) lagi pulak aku dengar MBSB ni dia punya bunga tinggi.

sekarang aku tgh proses buat housing loan dengan RHB islamic & Eon bank tak tau la approve ke idak harap harap lulus la hendak-Nya

kalau tak lulus jugak dengan kadar segera aku pergi ambil balik aku nyer duit deposit dan apa lagi dengan kadar segera juga aku booking ticket airasia ke destinasi yang diidamkan

kengkawan semua doakan semuanya berjalan dengan lancar tapi kalau rumah tuh bukan rezeki aku, aku redha dengan ketentuan-Nya
amin ya rabballalamin


6 comments:

sonata anak kancil berkata...Best Blogger Tips

bagus2 muda2 dah beli rumah...nanti umur2 dah macam akak ni dah beres hutangnya

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

betul tuh kak SAK tapi nak buat cam mana kalau dah xda rezeki
saya mencuba jer mana tau ada rezeki sayakan....

kak ina kl berkata...Best Blogger Tips

salam daydeck86..sebenarnya kan belum ada rezeki kamu tu..sebab tu payah nak approve loan..sabo leh dulu..sentul murni tu kat mana?appt tu ker..

amboi jadi duta bandunglah pulak..lagi satu jgn percaya dengan orang yang menawarkan pertolongan tepi jalan..jangan bagi wang kat pengamen..jangan jalan seorg-seorg....jangan layan peniaga di takuban ...jangan show duit RM..banyak tip kamu dah bagi..tak yahlah akak bagi..cukuplah tu..lagi satu kalau nak minum air beli ajer air dalam botol.....

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

salam kak ina ...... yer betul belum ada rezeki saya lagik agaknya ... yer kak appt yang tepi duke lare tuh.....ehhehehheee

duta Bandung tu idak la kak ina just share pengalaman kita dengan kengkawan yang lain jerk
yang boleh pakai kita pakai yang xbleh pakai campak tepi
ehehheehheheehe

FairyLilly berkata...Best Blogger Tips

salam, baguslah memuda lagi nk beli rumah..for the future investment.
berminat lak ngan isu ni.
1. betulke apa yg dicakap dek Asoo tu, ntah2 dia dah dpt buyer yg offer lebih
(ada beza tak harga bumi or non
bumi?)
2. Dah cuba hubungi sendiri ke bank yang terlibat.
Semoga urusan adik dipermudahkan..

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

salam kak lily,
1. mmg ada beza pun antara buyer bumi & non bumi

2.dah call ceo bank tuh (member akak) dia akan investigate pasal benda nih...