Masyuk

Jumaat, 29 Oktober 2010

Ini Bukan Blog Hamzah Ian






Selamat pagi Jumaat yang barakah kepada semua semoga semuanya dalam keadaan sihat belaka hendak-Nya, Amin

Tiap-tiap hari aku check kat web Nuffnang aku punya "kata kunci" pasti akan ada orang menyinggah mencari TETEK kat dalam blog picisan aku ini. Paling best yang dicari adalah TETEK LISA SURIHANI apa korang ingat blog aku ni adalah blog si Hamzah Ian ker yang berbaur kelucahan. har har har....
Korang tak akan jumpa pun gambar TETEK kat dalam blog picisan aku ini kerana blog aku suci dari perkara-perkara yang berbaur lucah ini.... har har har

Lainlah kalau blog si Hamzah Ian tu memang tak lekang dengan "kata kunci" tetek, conec, gay, kemaluan, burung seorang lelaki, download video lucah 3gp, ramas-ramas, ranjang, porn, melancap guna timun, gila seks, sexs dan pelbagai lagi kata kunci yang berunsur kelucahan di blog beliau, kalau tak percaya korang try pergi ke blog dia. har har har.... haram jadah.... hahahhaaaa



p/s - bila la nak pergi tengok filem cuti-cuti cinta ni dekat PAnggung WAyang GAMbar (PAWAGAM).
- Jangan lupa singgah di blog Hamzah Ian a.k.a. Terbang Tinggi-Tinggi.
- Hamzah Ian ko jangan marah aku ekk ini memang kenyataan... har har har
- aku still kat umah ni nak pergi kerja tak boleh sebab hujan sorry kengkawan den lambat masuk opis hari ni....
- Ingat Alhan ingat Shahir AF

Rabu, 27 Oktober 2010

Balik Kampung Hari Raya Haji 1431





OMK.... Oh Mak Kau......
Salam 1 Malaysia lagi sekali wey, Sebenarnya aku nak berlagak sket dengan korang yang aku akan bercuti selama seminggu waktu Hari Raya Haji nanti. Mana ada orang cuti lama-lama sempena Hari Raya Haji kan tapi kali ini memang aku tak nak lepaskan peluang untuk berehat di kampung yang dah lama ditinggalkan. Raya Haji kali ini aku balik ke Bangkinang, Pekanbaru berdua dengan Cik Nieza jer yang lain tak nak balik kampung biarkanlah. pada mulanya mak cik aku dengan family dia nak balik juga plan nak pergi ke Padang & Bukittinggi, Sumatera Barat at last mak cik aku dengan family dia tak jadi balik. ada aku kesah janji aku balik kampung tak kisahlah kalau tak ke Padang & Bukittinggi tu sebabnya aku dah pernah ke sana dan pernah update kat sini dulu tapi waktu tu aku naik ferry jer tapi kesian pulak dengan Cik Nieza dia tak pernah merasa kesana lagi tapi kalau ada orang nak bawak boleh la pergi nanti. Akan tetapi ini semua kita hanya dapat merancang sahaja hanya Allah S.W.T. yang menentukannya. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Amin



p/s - sapa nak ikut jom ler... ada ke yang nak ikut wey

Kak Ina KL Makin Muda Ker?




Salam 1 Malaysia, Malam semalam waktu tengah melepak sambil tengok drama Asmara dekat siaran TV3, entah macam mana tiba-tiba terbuka cerita pasal Jamuan Hari Raya tempoh hari. Ceritanya adalah mengenai Kak Ina KL yang meletup waktu Kak Ina KL sampai kat rumah aku dia bersalam dengan Mak Cik Jenab lepas tu Mak Cik Jenab terus tanya dekat Kak Ina KL, Mak sihat ker? Kenapa tak bawak emak sekali? lebih kurang cam tu la mak cik jenab tanya kat Kak Ina KL, terpinga-pinga la dibuatnya Kak Ina KL dengan pertanyaan Mak Cik Jenab. Sebenarnya Mak Cik Jenab ingat yang Kak Ina KL ni adik ipar kepada Along aku yang dari Sungai Buloh tu. Adik ipar along aku tu baru je umur 25 tahun bermakna Kak Ina KL ni muda lagi sampaikan Mak Cik Jenab tak menyangka Kak Ina KL adalah adik ipar along aku yang masih muda itu. Moral of the story Mak Cik Jenab hendaklah memakai spect mata apabila ada kenduri-kendara sebabnya takut tersalah orang lagi (mak cik Jenab rabun dekat arrr...)

Jubah Dari Nana's Collection



Wah hari ini makin galak aku menghapdet blog picisan aku ni. Tak kisahlah janji ada jugak aku nak hapdet.

Ok sekarang aku nak promote sikit mengenai business keluarga aku yang baru jugalah nak mula. Kakak aku yang kat Seremban tu duk sibuk nak berniaga jadi dia mengambil keputusan untuk berniaga pakaian antara pakaian yang dijualnya adalah baju kebaya (Baju pengantin), jubah Sulam, & baju blouse kepada sesiapa yang berminat nak tengok lebih banyak koleksi silalah singgah di account facebook Nana's Collection kalau sesiapa yang berada di KL nak tengok pun boleh juga sebabnya kakak aku ni memang suka turun KL.

Baju kebaya (baju Pengantin)

Jubah fesyen terbaru banyak lagi di Nana's Collection

p/s - Sebarang pertanyaan sila Email ke nanasayang33@yahoo.com atau sms ke no 0126459093

Selasa, 26 Oktober 2010

Gempa Mentawai 25 Oktober 2010




Selamat pagi kepada semua kengkawan, Jangan terkejut aku menghapdet blog dipagi hari begini. Kali ini Wilayah Sumatera Barat digoncang lagi dengan gempa bumi. Gempa yang berkuatan sebanyak 7.2 skala ritcher (SR) berpusat di Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat pada 25 Oktober 2010 pada jam 9.42malam waktu tempatan. Difahamkan gempa yang dirasakan tidak begitu kuat penduduk Daerah Mukomuko, Bengkulu tetap panik dan terus lari dari rumah masing masing. Pada mulanya amaran Tsunami dikeluarkan tetapi telah ditarik balik oleh Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) 30minit kemudian.


Mulanya aku membaca status yang diupdate Bunda Nismah di Facebook.
Lepas tu terus aku google mengenainya untuk mendapatkan info.


PekanBaru jauh dengan Pulau Mentawai akan tetapi kalau gempa pasti terasa kerana ianya 1 pulau iaitu Pulau Sumatera.


Gempa singkat ini terjadi di kedalaman 10 kilometer di 78 kilometer barat daya Pagai Selatan, Mentawai, atau 174 kilometer Mukomuko, Bengkulu. Gempa tepatnya di 3,61 lintang selatan dan 99,93 bujur timur



p/s - Semoga semuanya selamat dah dilindunggi oleh Allah S.W.T
- Jadi ke aku ke Padang & Bukittinggi, Sumatera Barat lepas Raya Haji ni hajat hati memang nak ke sana pun
- Malam ni aku tak boleh tidur sebab kipas aku memang rosak ikutkan nak pergi beli tadi tapi tak sempat mana boleh tidur dalam kepanasan di temani nyamuk merempit di telingaku.





Isnin, 25 Oktober 2010

Keputusan Penuh Festival Filem Malaysia (FFM) 23




Berikut adalah keputusan penuh bagi Festival Filem Malaysia 23 (FFM23) sumber aku dapat dari Kak Ina KL


1. Anugerah Poster Terbaik
– Filem Belukar

2. Anugerah Kostum/Busana Terbaik
– Hasnan Yaakub dari Filem Magika – KRU Studios

3. Anugerah Lagu Tema Asal Terbaik
– Edry Abdul Halim – Filem Magika

4. Anugerah Penataan Bunyi Terbaik
– Brian Ng dari V3 Samseng Jalanan

5. Anugerah Penataan Seni Terbaik
– Anuar Paharudin & Johan Lucas dari Filem Magika

6. Anugerah Pelakon Harapan Lelaki
– Shashi Taran dari Filem Estet

7. Anugerah Pelakon Harapan Wanita
– Daphne Iking dari Filem Belukar

8. Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
– Fimie Don dari Filem Magika

9. Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
– Yana Shamsudin dari filem Adnan Sempit

10. Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
– Shaheizy Sam dari filem Evolusi KL Drift 2

11. Anugerah Pengarah Harapan
– Edry Abdul Halim dari Filem Magika

12. Anugerah Filem Komedi Terbaik
– My Spy Dari Kru Studios


Berikut ini pula ada senarai anugerah utama yang diumumkan di Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-23:

Anugerah Khas Juri FFM23:
1. Filem Cinta Ais Kacang
– Asia Tropical Film
2. Filem Woohoo
– Astro Shaw
3. Filem Estet
– Naga VSX
4. Filem Muallaf
– NZX Film


13. Anugerah Lakon Layar Terbaik
Pemenang: Jumaatun Azmi – Filem Haq

14. Anugerah Cerita Asal Terbaik
Pemenang: Ahadiat Akashah – Lagenda Budak Setan

15. Anugerah Sinematografi Terbaik
Pemenang: Raja Mukhriz – Filem Niyang Rapik

16. Anugerah Penyunting Terbaik
Pemenang: Hisyam Jupri & Syamsul Yusof dari Evolusi KL Drift 2

17. Anugerah Skor Muzikal Asal Terbaik
Pemenang: Edry Abdul Halim – Magika

18. Anugerah Filem Animasi Terbaik
Pemenang: Buas
Anugerah Dokumentari Terbaik : Suatu Ketika Laskar Senoi – Astro Entertaiment

19. Anugerah Filem Pendek Terbaik
Pemenang: Project
Anugerah Pelakon Veteren Lelaki FFM23: Seniman Tamam Idris
Filem Boxoffice FFM23 : Filem Adnan Sempit
Anugerah Pelakon Veteren Wanita FMM23 : Seniwati Datuk Sarimah Ahmad. Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir FFM23 : Johari Ibrahim.

20. Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik
Pemenang: Bront Palarae – Filem Belukar

21. Anugerah Pelakon Wanita Terbaik
Pemenang: Lisa Surihani – Lagenda Budak Setan

22. Anugerah Pengarah Filem Terbaik
Pemenang: Shamsul Yusof dari Scop Productions membawa pulang sebuah trofi & hadiah RM20ribu

23. Anugerah Filem Terbaik FFM23
Pemenang: Filem Magica membawa pulang sebuah trofi & RM50ribu



Ahad, 24 Oktober 2010

Blackberry Curve 8520 Milikku Hancur






Salam 1 Malaysia diucapkan kepada semua blogger's semoga semua dalam keadaan baik hendak-Nya. Sebenarnya aku nak cerita mengenai Blackberry Curve 8520 milik aku yang aku guna tak sampai 1 tahun lagi. Hari Jumaat yang lalu sewaktu aku hendak pergi ke pejabat di pagi hari lebih kurang jam 8.30pagi waktu itu aku sedang melalui jalan dihadapan Istana Negara menuju ke Bukit Jalil. Blackberry aku telah jatuh dari kocek baju sejuk aku selama ini memang aku tak pernah biarkan Blackberry aku didalam kocek baju sejuk kerana aku akan senantiasa meletaknya didalam kocek seluar tapi benda nak jadi kita tak boleh elakkan. Paling sedih waktu kereta hitam tu lenyek blackberry tu aku nampak di depan mata aku sendiri. Pada mulanya kereta lain tak melenyek Blackberry aku itu lagi. Skrin Blackberry aku tu pecah aku belum bercadang hendak menghantarnya ke kedai lagi mungkinkah aku akan mendapatkan Blackberry Torch 9800 tunggu saja nanti tapi bukan sekarang la kot maybe next month baru aku beli Handphone baru sekarang tidak lagi kot sebabnya aku nak balik kampung ler aku sanggup tak ada handphone baru janji aku dapat balik ke kampung. Minggu depan baru aku nak bawak blackberry aku itu ke kedai nak repair kalau mahal nak repair tunggu jer la nanti macam mana ekk....


p/s - sapa bermurah hati nak kasi aku pinjam handphone buruk buat sementara waktu.
- dah tak ada rezeki nak buat macam mana kan


Jumaat, 22 Oktober 2010

Aku Mahu Blackberry Torch 9800



Salam 1 Malaysia semua, Korang kompem perasankan dekat laman sesawang Nuffnang mengenai pakej terbaru dari Celcom iaitu Blackberry Torch 9800 terutamanya yang telah mendaftar dengan Nuffnang tak kira apa status korang sama ada Non Glitterati, Gliterati ataupun Glittarati Plus itulah antara kelebihan Nuffnang berikan kepada para blogger's.

Lain padang lain belalang, Lain orang lain pandangan pepatah-petitih melayu sudah termaktub sebegitu rupa. Seperti aku memang aku suka dan selesa memakai Blackberry sekarang pun aku memang pakai Blackberry Curve 8250 tapi sekarang aku tak nak mengomel pasal Blackberry Curve 8250 yang aku pakai tetapi aku nak mengomel pasal Blackberry Torch 9800 pakej terbaru dari Celcom. Ada orang cakap pakai lah telefon bimbit itu lah telefon bimbit inilah tapi aku tetap setia pada yang satu iaitu Blackberry sebabnya ramai juga rakan-rakan seperjuangan aku memakai Blackberry.

Mula-mula aku nak cerita mengenai Blackberry Torch 9800 selepas itu baru aku cerita mengenai Celcom Blackberry Plan dalam blog picisan aku ni yer.


Blackberry Torch 9800 ni adalah keluaran terbaru dari syarikat Blackberry yang tak asing dimuka bumi ini. Blackberry Torch 9800 ini adalah 1 smartphone hadir dengan keybord Blackberry dan dengan skrin sesentuh sebesar 3.2 inci, Antara kelebihan lain Blackberry Torch 9800 ini adalah seperti berikut:-


Dengan adanya Blackberry Torch 9800 ini kita semua boleh mengemas kini semua rangkaian sosial yang memang popular di seluruh dunia antaranya adalah Facebook, Twitter, Myspace, Flickr, dan banyak lagi secara mudah serta dimana jua kita berada tak kira masa.


Blackberry Torch 9800 ini juga boleh menggunakan kad memori sehingga 32 gig ini bermakna kita boleh menyimpan pelbagai data didalam Blackberry Torch 9800 anda tak kira apa jua sekali data yang ingin anda simpan seperti gambar, muzik, video serta pelbagai lagi.


Aplikasi kamera untuk Blackberry Torch 9800 ini pula dibina dengan 5MPkualitinya memang mengujakan kepada aku kerana aku memang sukakan telefon bimbit yang mempunyai aplikasi camera yang kualiti gambar terbaik. Selain itu kamera Blackberry Torch 9800 ini datang dengan built in flash ini bermakna kualiti gambar akan menjadi baik disertai pula dengan 11 mode imej bagi memudahkan kita mengambil gambar secara spontan.


Multi-tasks ini bermakna kita boleh membuka lebih dari satu halaman dengan tab browsing serta kita boleh "bookmark" halaman yang kita suka ini bagi memudahkan untuk kita memilih dan membuka halaman yang kita minati.





Kalau nak cerita pasal Blackberry Torch 9800 ni memang sampai bila pun payah nak abis kerana banyak sangat kelebihannya, sekarang aku nak mengomel mengenai Celcom Exec 50 yang sedang hangat diperkatakan




Antara kelebihan Celcom Exec 50 pula adalah :-
  • Diskaun outomatik melebihi 30% setiap bulan
  • Kadar panggilan cuma 15sen untuk semua rangkaian telekomunikasi
  • Komitmen bulanan serendah RM50
  • Percuma Celcom broadband basic plan selama sebulan dengan kelajuan sehingga 384 Kbps.

Pada 29hb Oktober 2010 ini Celcom akan melancarkan 1 plan yang terbaru iaitu Celcom Exec 50 ini bermakna apabila Celcom Exec 50 digabungkan dengan Blackberry Torch 9800 ianya adalah satu gabungan yang agak hebat kerana Blackberry Torch 9800 sememangnya smartphone yang canggih disatukan pula dengan plan yang menjimatkan.




p/s - nantikan berita sedih blackberry curve 8520 milik aku di entry berikutnya.

Khamis, 21 Oktober 2010

Tetek Lisa Surihani






Salam 1 Malaysia, Entry Sebelum ini Tetek Diana Danielle sekarang Tetek Lisa Surihani pulak yang korang carik. Aku pun tak faham kenapa korang suka mencari tetek kat dalam blog aku ni korang ingat aku ni paparazi ke nak ambil pic tetek orang. korang ingat aku tak da kerja lain nak buat ke nak ambil pic tetek orang terutamanya tetek artis. Tapi walau apa-apa pun Lisa Surihani tu tetap cun kalau korang tak percaya korang tengok la pic aku dengan Lisa Surihani tu


Sila abaikan baju aku yang kotor tu sebab makan terjatuh atas baju aku itu dan ianya bukannya
"Biji Benih" harap maklum.




Rancang Percutian Anda Untuk Tahun 2011




Salam 1 Malaysia semua, Pagi ini aku nak kongsi mengenai Hari Kelepasan Am 2011 bagi Negara Malaysia tak kan bagi Negara lain pulak kot dah aku menetap di Malaysia. Ok sekarang aku nak share dengan korang macam mana nak rancang cuti untuk tahun depan yer.


Tahun Baru 1 Januari 2011 jatuh pada hari Ahad
  • Tempat aku berkerja akan carry forward cuti tahun pada hari Isnin bermakna 3 Januari 2011 juga aku tak kerja. tak da kemana pun aku rasa tak payah lah aku sibuk2 nak apply annual leave.

Tahun Baru Cina 3 dan 4 Februari 2011 jatuh pada hari Khamis dan Jumaat
  • Bermakna cuti ada 4 hari termasuklah hari Sabtu dan Ahad korang boleh rancang nak kemana korang nak pergi tapi masalahnya bila Public Holiday harga hotel akan mahal suggestion aku lebih baik korang balik kampung jer la save sikit duit hotel. Waktu ni korang tak yah la nak apply annual leave korang.

Maulidur Rasul 15 Februari 2011 jatuh pada hari Selasa
  • Kat sini korang cuma perlu apply annual leave pada 14 Februari 2011 pada minggu ini korang akan dapat bercuti selama 4 hari juga.

Hari Pekerja 1 May 2011 jatuh hari Ahad - Hari Lahir aku ni
  • Public Holiday aku akan di bawa pada hari Isnin bermakna cuti selama 3 hari.

Hari Wesak 17 May 2011 jatuh pada hari Selasa
  • Pada minggu ni rasanya bolehlah cuti hari Isnin tu 16 May 2011 hari Isnin dapat lagi 4 hari cuti

Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong 4 Jun 2011 Sabtu.
  • Public holiday dibawa pada hari Isnin lagi ni.

Hari Raya Puasa 3o&31 Ogos 2011 Selasa dan Rabu
  • Rasanya korang boleh ambil cuti pada 29 Ogos 2011 Isnin dan 2 September 2011 bermakna korang dapat 2 cuti free sebabnya Hari Kemerdekaan Malaysia pada hari Rabu juga.

Hari Deepavali 26 Oktober 2011 Rabu
  • Cam tak best jer nak kena apply cuti 2 hari

Hari Raya Qurban 6 November 2011 hari Ahad
  • Public holiday ini juga akan dibawa pada hari Isnin 7 November 2011 dapat la beraya 3 hari... ehheehehhee

Awal Muharam 27 November 2011 hari Ahad
  • Hari Isnin 28 November 2011 tu cuti lagi ler - leh planning nak g jenjalan ni

Hari Krismas 25 December 2011 hari Ahad
  • Cuti lagi hari Isnin tu 26 December 2011


ini cuma perancangan buat masa sekarang aku jer ler tak tau la lepas ini ada perubahan di tempat aku berkerja tu aku cuma merancang jer tapi bukan aku yang menentukannya.

Takziah Kepada Eyriqazz a.k.a GTO



Salam Takziah diucapkan kepada Eyriqazz diatas pemergian ayahda tercintanya ke rahmatullah hari ini. Aku perasan yang Eyriqazz ada update status di twitter beliau pada hari ini lantas terus aku sms kepada Eyriqazz menanyakan hal sebenar tapi sampai sekarang masih belum dibalasnya mungkin kerana beliau sedang dalam perjalanan untuk pulang ke kampungnya di Terengganu. Diharapkan beliau, Isteri dan anaknya selamat pulang dan selamat kembali dari kampung nanti. Semoga Eyriqazz dan keluarganya juga tabah dan redha dengan ketentuan ilahi yang telah ditetapkan oleh-Nya. Dari Allah S.w.t. kita datang dan kepada Allah S.w.t. jugalah kita kembali.

Rabu, 20 Oktober 2010

Konsert P.Ramlee Di Mana Kan Ku Cari Ganti





Sebenarnya malam ini aku mendapat pass ke Konsert Di Mana Kan Ku Cari Ganti aku mendapat 4 pass jemputan tapi apakan daya aku tak dapat pergi disebabkan hal yang tak boleh dielakkan. Pada mulanya aku agak teruja dengan artis-artis yang akan membuat persembahan adalah Dato Sharifah Aini, Sifu M. Nasir, Aizat, Ella, Ning Baizura, Hujan, Jacklyn Victor, & Yuna. Mesti meremang bulu roma pabila Dato Sharifah Aini mendendangkan lagu Seniman Agong Tan Sri P.Ramlee di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Konsert ini adalah anjuran dari Astro ini menunjukkan bahawa Astro tetap ingin memartabatkan lagu-lagu dari Seniman Ternama ini. Konsert Di Mana Kan Ku Cari Ganti ini akan disiarkan pada 29 Oktober 2010 nanti di siaran Astro Ria (104), History HD (575), P. Ramlee HD (188) dan Astro B.player dan konsert ini boleh didengar secara langsung di stesyen radio Sinar FM pada hari yang sama.






p/s - tak tau nak tengok apa Festival Filem Malaysia atau pun Mari Menari



Selasa, 19 Oktober 2010

Hantaran - Selamat Pengantin Baru Kepada Mohd Azwan




Salam malam Rabu, Hari minggu lepas memang aku nak upload pasal Nuffnang Glitterati Plus Open Meeting tapi member aku plak mintak tolong buatkan hantaran beliau akan bernikah pada 2010201 Rabu iaitu esok hari. Duit hantaran sebanyak RM300 kerana pengantin perempuan berasal dari Klang, Selangor. Hari Ahad lepas dari pagi sampailah kemalam aku dok mengentil duit tu nak buat bunga malam pulak internet cam hampeh dengan picasa aku problem. Tu pasal la aku update blog lambat. Aku tak tau kenapa sekarang ni ramai plak yang nak suruh aku tolong buatkan hantaran tapi aku cakap tak nak coz aku tak da masa wey. Korang ingat aku rajin ke nak buat benda alah ni semua lebih baik aku membadak lagi best aku cuma tolong sedara mara yang terdekat dan rakan-rakan yang terdekat jer bukan tak nak tolong tapi masa aku terbatas nak buat benda lain wey. Nasib baik satu jer dia mintak tolong banyak-banyak cam dulu tak dapek la nak nolong. Kepada kawan aku selamat bernikah esok hari jangan tergagap-gagap sudahlah semoga berkekalan sehingga menutup mata hendak-Nya. Amin ya rabbalallamin

Dimanakan Ku Cari Ganti - P. Ramlee



Hendak ku nangis
Tiada berair mata

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggal ku sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku menambah derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya


Sempena bulan Oktober ini Astro dengan bangganya telah melancarkan Bulan P. Ramlee ia sebagai satu penghargaan kepada beliau yang serba boleh. Oleh itu pihak Astro juga telah menghasilkan sebuah video ataupun MTV bagi menghargai jasa dan sumbangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Lagu yang didendangkan semula adalah lagu Dimanakan Ku Cari Ganti nyanyian Aizat, Ning Baizura, KRU, Stacy, Bunkface, Atilia, Vince, Shahir, Lan the Typewriter, Jacklyn Victor, Ella, Dayang Nurfaizah dan ramai lagi. Memandangkan kat tempat aku kerja memang ada TV memang tiap-tiap harilah aku tengok video ini memang tak bosan walaupun keaslian lagu ini telah ditukar sedikit tetapi ianya tetap menarik. Ini adalah salah satu cara aku nak promote aktiviti tempat aku berkerja.


Isnin, 18 Oktober 2010

Gambar Nuffnang Glitterati Plus Open Meeting - Last




Salam 1Malaysia semua, Entry semalam akan bersambung di blog picisan aku ini. Ingatkan kat opis tadi kurang kerja leh la aku curik-curik update blog tapi tak da makna nya tak sempat aku nak mengulor tadi kau. Sekarang kat umah leh la aku menghapdet apa yang tertunggak bukan bil air dah tertunggak la wey.



Bak kata Kak Ina KL cam pelakon hindustan si Hamzah har har har dengan Cik Lily Putih. Owh korang berdua pergi dating ekk....


Dengan penuh bergaya dan bersemangat Cik Lily Putih snap gambar yerk.


Sebenarnya kami tak tau nak buat apa tu pasal lah kami jenjalan amik gambor
watak dalam gambar diatas adalah Eyriqazz, Kak Ina KL, Chearmster, Hamzah, Cik Lily Putih, Darkbatman, Sharinginfoz, Jejai, Hazman, Lucky Strike & sorang lagi aku tak tau siapa sila perkenalkan diri sekiranya anda singgah disini.


Frestyle dari kami adalah cobaan untuk menghadang Kak Ina KL dari bergambar.
eehhehehehehheeee



Cantik view kat tempat ni.


Wajah ayu Cik Lily Putih menahan kepanasan bahang matahari.


Lepas tu bermulalah pengembaraan kami di Taylor's University tersebut


Antara kos yang ditawarkan di Taylor's University adalah seperti berikut.
School of Architecture, Building and Design
School of Biosciences
Taylor’s Business School
School of Communication
School of Computing and IT
The Design School
School of Engineering
School of Hospitality, Tourism and Culinary Arts
Language Centre
Taylor’s Law School
School of Medicine


Semasa didalam makmal engineering


Kereta pecut ini adalah rekaan pelajar Taylor's University dan baru sahaja memenangi tempat pertama.


Tengkorak betul ke tipu itu aku tak tau ler tengok dari jauh jer sebabnya tak boleh masuk pun.


Siapa yang belajar amik kos MASS COM kat sini untung la sebabnya dapat menggunakan apple untuk pengetahuan korang kat sini jer menggunakan APPLE screen yang paling besar, menurut kakitangan Taylor's University tu ler.


Beg siapalah aku main cilok jer amik gambar ni.


Ini sewaktu dalam library tak tau la apa yang si sawanila cuba terangkan.
ehehheheehe


Yang lain duk sibuk melabuhkan punggung di dalam library sebab memasing kepenatan dalam ni best sejuk aircond dia.


Jejai cam nak bersalsa jer.


Cik Lily Putih yang sibuk mengambil gambar.


Kak Ina KL sedang melayan Jaz, Miss Xeroz dan adiknya dibawah tangga dua generasi berbeza.


Hamzah tersengih lucahnya, Cik Lily Putih pula sedang korek lombong bijih timah, Kak Ina KL tak tau gelak pasal apa.


Muka amarah seorang ibu terhadap anaknya.


Restoran ni tutup kalau tak boleh tengok cara orang buat arak.


Kebetulan jer ni.



p/s - dah abis dah gambarnya. Kak Ina KL pun dah tolong aku updatekan blog aku diblognya.
eheheheheheee.... bila nak gather2 lagi ni