Masyuk

Rabu, 20 Oktober 2010

Konsert P.Ramlee Di Mana Kan Ku Cari Ganti





Sebenarnya malam ini aku mendapat pass ke Konsert Di Mana Kan Ku Cari Ganti aku mendapat 4 pass jemputan tapi apakan daya aku tak dapat pergi disebabkan hal yang tak boleh dielakkan. Pada mulanya aku agak teruja dengan artis-artis yang akan membuat persembahan adalah Dato Sharifah Aini, Sifu M. Nasir, Aizat, Ella, Ning Baizura, Hujan, Jacklyn Victor, & Yuna. Mesti meremang bulu roma pabila Dato Sharifah Aini mendendangkan lagu Seniman Agong Tan Sri P.Ramlee di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Konsert ini adalah anjuran dari Astro ini menunjukkan bahawa Astro tetap ingin memartabatkan lagu-lagu dari Seniman Ternama ini. Konsert Di Mana Kan Ku Cari Ganti ini akan disiarkan pada 29 Oktober 2010 nanti di siaran Astro Ria (104), History HD (575), P. Ramlee HD (188) dan Astro B.player dan konsert ini boleh didengar secara langsung di stesyen radio Sinar FM pada hari yang sama.






p/s - tak tau nak tengok apa Festival Filem Malaysia atau pun Mari Menari



0 comments: