Masyuk

Rabu, 13 Oktober 2010

Al-Fatihah - Hj Sanusi




Salam semua, Aku baru balik dari Wangsa Maju menziarah jiran rumah aku kat Wangsa Maju tu meninggal dunia, Hj Sanusi adalah jiran depan rumah aku waktu aku kecik-kecik aku pernah belajar mengaji dengan allahyarham dan isterinya. Allahyarham dah lama juga la sakit sebab strok kalau tak silap dekat 2 tahun jugak lah allahyarham menghidap penyakit tersebut. Sebelum sakit Allahyarham pernah menjawat jawatan sebagai Imam Madrasah Asa'adah Wangsa Maju seksyen 1. Waktu aku nak balik aku lalu area rumah Cik Intan terus aku inform dia pasal Hj Sanusi meninggal dunia sebabnya kami "sekampung". Jenazah akan dikebumikan jam 9pagi esok di Tanah perkuburan islam Taman Samudera, Batu Caves. Semoga roh Allahyarham Hj Sanusi ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman hendak-Nya. Amin ya rabbalallamin

1 comments:

kak ina kl berkata...Best Blogger Tips

al fatihah buat arwah