Masyuk

Khamis, 21 Oktober 2010

Rancang Percutian Anda Untuk Tahun 2011




Salam 1 Malaysia semua, Pagi ini aku nak kongsi mengenai Hari Kelepasan Am 2011 bagi Negara Malaysia tak kan bagi Negara lain pulak kot dah aku menetap di Malaysia. Ok sekarang aku nak share dengan korang macam mana nak rancang cuti untuk tahun depan yer.


Tahun Baru 1 Januari 2011 jatuh pada hari Ahad
  • Tempat aku berkerja akan carry forward cuti tahun pada hari Isnin bermakna 3 Januari 2011 juga aku tak kerja. tak da kemana pun aku rasa tak payah lah aku sibuk2 nak apply annual leave.

Tahun Baru Cina 3 dan 4 Februari 2011 jatuh pada hari Khamis dan Jumaat
  • Bermakna cuti ada 4 hari termasuklah hari Sabtu dan Ahad korang boleh rancang nak kemana korang nak pergi tapi masalahnya bila Public Holiday harga hotel akan mahal suggestion aku lebih baik korang balik kampung jer la save sikit duit hotel. Waktu ni korang tak yah la nak apply annual leave korang.

Maulidur Rasul 15 Februari 2011 jatuh pada hari Selasa
  • Kat sini korang cuma perlu apply annual leave pada 14 Februari 2011 pada minggu ini korang akan dapat bercuti selama 4 hari juga.

Hari Pekerja 1 May 2011 jatuh hari Ahad - Hari Lahir aku ni
  • Public Holiday aku akan di bawa pada hari Isnin bermakna cuti selama 3 hari.

Hari Wesak 17 May 2011 jatuh pada hari Selasa
  • Pada minggu ni rasanya bolehlah cuti hari Isnin tu 16 May 2011 hari Isnin dapat lagi 4 hari cuti

Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong 4 Jun 2011 Sabtu.
  • Public holiday dibawa pada hari Isnin lagi ni.

Hari Raya Puasa 3o&31 Ogos 2011 Selasa dan Rabu
  • Rasanya korang boleh ambil cuti pada 29 Ogos 2011 Isnin dan 2 September 2011 bermakna korang dapat 2 cuti free sebabnya Hari Kemerdekaan Malaysia pada hari Rabu juga.

Hari Deepavali 26 Oktober 2011 Rabu
  • Cam tak best jer nak kena apply cuti 2 hari

Hari Raya Qurban 6 November 2011 hari Ahad
  • Public holiday ini juga akan dibawa pada hari Isnin 7 November 2011 dapat la beraya 3 hari... ehheehehhee

Awal Muharam 27 November 2011 hari Ahad
  • Hari Isnin 28 November 2011 tu cuti lagi ler - leh planning nak g jenjalan ni

Hari Krismas 25 December 2011 hari Ahad
  • Cuti lagi hari Isnin tu 26 December 2011


ini cuma perancangan buat masa sekarang aku jer ler tak tau la lepas ini ada perubahan di tempat aku berkerja tu aku cuma merancang jer tapi bukan aku yang menentukannya.

4 comments:

Chibi Maruko berkata...Best Blogger Tips

masa keja dulu selalu rancang cuti, bila raya cina, tambah cuti tahun + sabtu dan ahad, lepaslah jugak bercuti ke mana mana...

Hezesuze berkata...Best Blogger Tips

wah bagus infor nie...huhu

suamihanyisterizuki berkata...Best Blogger Tips

waa bagushhh dah bersiap sedia ngn cuti 2011 ;)

kak ina kl berkata...Best Blogger Tips

daydeck akak copy cuti ni yer