Masyuk

Selasa, 12 Oktober 2010

Aku Kena Gout





Korang mesti tak percayakan aku kena GOUT. Kalau tak percaya nak buat cam manakan. Sebenarnya semalam waktu kat opis aku dok melantak sambal Sotong kering lepas tu malam semalam pulak aku makan nasi goreng UsA daging merah pulak tu.
Pagi tadi sepatutnya aku trainning kat Mid Valley tapi disebabkan kaki aku berdenyut nak bawak motor pun tak boleh aku rasa terus aku mintak cuti dari bos aku.

Gout ni adalah salah satu penyakit tertua didunia dan juga dipanggil penyakit orang kaya. Masalahnya aku kaya ker... ahhahahaaaa....
Itulah dia kalau tak jaga makan kan dah mendapat "OBAT" baik punya. Benda nak kena kita tak boleh nak elakkan. sekarang dah tahu kena lah beringat lepas ni tak kan nak menderita sakit ni pulak kan. kaki nak pakai lama weyh bukan boleh cabut pastu pasang yang baru.

Lepas ni tak dak la Bagan Lalang ker, Muara, Klang ker, Kalau nak makan sangat pun berpada-pada la yer wahai En. Daydeck yer kalau tidak dikau yang merana.

Gout ni berpunca dari Asid Urik berlebihan dan walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gaut. Apabila gaut menyerang kaki akan membengkak, panas, dan ada sebahagian orang tu sampai tak boleh berjalan. Gout juga jarang menyerang kaum wanita kebiasaannya wanita selepas monopous yang akan terkena penyakit Gout ni. Macam aku Ayah & arwah mak aku memang ada penyakit ni maybe faktor keturunan pun boleh jadi juga lah kot.


Tadi selepas pergi klinik aku singgah rumah pak cik aku dia bagi petua kat aku cara nak merawat penyakit Gout ini adalah dengan cara beli dalam 50sen tauge kasar basuh bersih-bersih lepas tu rebus tauge tu lepas tu minum selama 3 hari insyaallah boleh elok sakit gout ni lepastu buang tauge yang dah rebus tu ke atas tanah jangan buang kat longkang ataupun tempat air bertakung, nanti aku cuba lah mana tau menjadi ker.



Beza kaki belah kiri tu bengkak manakala belah kanan tu cam biasa jer. malam ni pun still berdenyut jer kaki aku ni.




p/s - hari ini aku dengar ceramah JAGA MAKAN JANGAN NAK HENTAM JER MAKAN TU BELAJAR BERPANTANG SIKIT....
aku terima nasihat dari semua orang.


4 comments:

Kancilbiru berkata...Best Blogger Tips

bagus jugak petua tu..penah dgr jugak..apa2 pun ikut tau supaya sembuh...

Akulah Aqilah Itu berkata...Best Blogger Tips

uish.. siyan nye ko.. hmm.. moga cepat sembuh ye..

fizanur berkata...Best Blogger Tips

kena jauhi makanan berprotein..cuba ambik fiber untuk mengurangkan asid urik.

Rohani Hashim berkata...Best Blogger Tips

ummm cuba tukar penggunaan garam biasa kat rumah tu kepada garam sole, juga dikelani garam bukit. senang nak cari di stokis ana edar. sy pon br beli and tukar garam ni kat umah org tua sy, alhamdulillah....

mengikut kajian, garam biasa, bila digunakan utk memasak mknan yg seafood cthnyer, akan brtindak balas dan akan menyebabkan seseorg cenderung dpt gout.

sy promote ni bkn sbb sy jual ke ape, tidakkk tp sy dah gunakan utk parents sy...

ok, daaaa

p/s:bila la nk kuor project ngn rosyam ni, uhhh sy peminat rosyam...;)