Masyuk

Selasa, 19 Oktober 2010

Dimanakan Ku Cari Ganti - P. Ramlee



Hendak ku nangis
Tiada berair mata

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggal ku sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku menambah derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya


Sempena bulan Oktober ini Astro dengan bangganya telah melancarkan Bulan P. Ramlee ia sebagai satu penghargaan kepada beliau yang serba boleh. Oleh itu pihak Astro juga telah menghasilkan sebuah video ataupun MTV bagi menghargai jasa dan sumbangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Lagu yang didendangkan semula adalah lagu Dimanakan Ku Cari Ganti nyanyian Aizat, Ning Baizura, KRU, Stacy, Bunkface, Atilia, Vince, Shahir, Lan the Typewriter, Jacklyn Victor, Ella, Dayang Nurfaizah dan ramai lagi. Memandangkan kat tempat aku kerja memang ada TV memang tiap-tiap harilah aku tengok video ini memang tak bosan walaupun keaslian lagu ini telah ditukar sedikit tetapi ianya tetap menarik. Ini adalah salah satu cara aku nak promote aktiviti tempat aku berkerja.


1 comments:

Eyriqazz berkata...Best Blogger Tips

P. Ramlee seniman agong yang tiada gantinya...