Masyuk

Rabu, 2 Mac 2011

Review : Tune Talk Mobile Prepaid



Hi Korang,

Baru-baru ini aku diberi peluang menggunakan Tune Talk Mobile Prepaid daripada Nuffnang bagi tujuan untuk mengenalpasti kelebihan dan kekurangan Telco prepaid ini.

Sehubungan dengan ini, Tune Talk Mobile Prepaid telah menyediakan tawaran tarif Telco yang bersesuaian untuk semua golongan lapisan masyarakat.


Betul ke Tune Talk menawarkan kadar terendah?

Hanya 16 sen untuk setiap panggilan, 5 sen untuk SMS ke semua nombor dan 5 sen untuk setiap 1MB Data, ianya 50% lebih murah berbanding telco lain. Kadar rata terendah di seluruh negara!


Apa yang best dengan Tune Talk Mobile Prepaid ni? Selain dari kadar terendah ek?


a) Perlindungan Insuran Kemalangan
Satu-satunya Telco yang menawarkan perlindungan Insuran Kemalangan Peribadi PA yang ditaja jamin oleh Etiqa bernilai RM100,000 secara PERCUMA. Tidak perlu bayaran tambahan hanya topup RM30 setiap bulan untuk layak.

b) Tiket Penerbangan Air Asia Dengan Percuma
Satu-satunya Telco yang menawarkan tiket penerbangan Air Asia dengan PERCUMA! Hanya topup, kumpul Tune Talk Point dan terbang ke mana-mana destinasi pilihan anda. Mata ganjaran ini tidak mempunyai luput.

c) Boleh Tukar Nombor Telefon
Satu-satunya Telco yang membolehkan anda menukar nombor bila-bila masa, di mana-mana tempat tanpa memerlukan kad SIM baru. Anda hanya perlukan akses internet sahaja.

d) Top Up Lebih Lama
Dengan Tune Talk, top up RM30 untuk 50 hari, RM50 untuk 75 hari tempoh sah. Ianya 50% lebih dari Telco lain.


Wow, memang cukup menarik tawaran yang diberikan. Aku boleh tergoda untuk beralih ke Tune Talk Mobile Prepaid ini. Walaupun, aku rasa ada pro dan contranya bagi sesuatu rangkaian Telco ini tapi aku tidak teragak2 untuk menyarankan kepada korang semua.

2 comments:

Ummi_R❀salici❀us berkata...Best Blogger Tips

skrg tgh plan nak beli...kawan suggest sebab nak call luar... :) thnks for da info...

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

Mmg agak murah gak la guna TuneTalk ni