Masyuk

Selasa, 20 September 2011

AwayDay





Salam semua,
Minggu lepas tempat aku kerja ada sesi awayday maksudnya tak perlu masuk ke pejabat cuma berjalan disekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Sebenarnya ada 2 pilihan sama ada hendak pergi explorace sekitar Bandaraya Kuala Lumpur atau pun ke Janda Baik menikmati alam yang bersih dan aman. Aku pilih Explorace sebab pergi cuma 1 hari sahaja kalau pergi jauh2 nanti penat sebab keesokkan harinya kena kerja macam biasa. Bermula dari Pavillion dan berakhir di Saloma Bistro penat memanglah penat tapi seronok dapat buat semua itu walaupun kumpulan kami menang tapi tak ada special gift untuk kami pun.

Bermulanya task dari Pavillion kena pergi ke Herb Market kat depan Plaza Low Yat jalan kaki jer bukan jauh sangat pun.


Pastu kena pergi ke Plaza Low Yat beli Donat ni comparekan dengan depa nyer sama ke tak.


Kalau tak joint explorace ni aku pun tak tau yang ada outlet National Geograpic kat Lot 10 ni. Lepas tu macam macam lagi la kena buat pergi cari topi, kena buat minyak wangilah dan macam-macam lagi lah.


Dari area Bukit Bintang kena pergi ke Brickfields buat bulu mata tu lah pastu kena pergi Central Market & ChinaTown bagai .


Antara yang aku dapat beli dengan duit yang diberikan best dapat masuk Taman Burung percuma kalau tak jangan harap aku nak bayar mahal-mahal sekadar nak tengok burung-burung tu.








0 comments: