Masyuk

Ahad, 18 September 2011

Contest “Masak @ Persiapan Apa Untuk Raya”?



Salam semua,
Jom join contest dari Ketua GTB kalau bukan Kak Ina KL macam biasalah kalau ada kenduri, makan-makan, hari raya memang kami masak sendiri jer tak ada nak tempah-tempah ni membazir jer rasanya. Tahun ini sehari sebelum hari raya cuma aku dengan mak cik Jenab jer yang ada kat rumah buat kerja orang lain semua pergi kerja sebab tak boleh nak cuti sebelum lebaran. Tahun ni nasib baik mak cik Jenab tak balik ke Bangkinang, Pekanbaru, Indonesia kalau tidak aku ler jadi mangsa kena masak untuk hari raya. Tahun ni kerja aku cuma masak lemang jer rendang mak cik jenab yang tumis semua aku jaga jangan hangus jer.

Lemang memang tiap-tiap tahun buat sendiri tak suka beli sebab kos tak seberapa orang jual mahal siot lepas tu puas makan sebab dapat banyak.


Tahun ini cuma ada rendang daging jer rendang ayam tak ada yer.


entry terdahalu persiapan hari raya tahun-tahun lepas disini, disini dan disini.




Syarat-syarat contest ini ialah :

1. Kena ambil gambar pada raya 2011 sahaja tau. Tak boleh tahun lepas punya gambar yer. Kalau boleh tulislah ayat cam akak buat tu.

2. Ceritakan apa yang di masak dan sape yang memasak ataupun sape yang kena mencuci/kemas umah (buat ceritalah sikit)

3. Kena Like fanpage "kakinakl.com". Semua gambar berserta link blog akan di letak di situ.

4. Letakkan link akak di N3 tersebut.

5. Tinggalkan komen kat bawah N3 ini dan jangan lupa tinggalkan permalink anda.

6. Tarikh tutup ialah pada atau 29hb. September pada jam 12.00 tengah malam hari tersebut.


Contest- GambarContest "Masak@Persiapan Apa Untuk Raya"? adalah anjuran www.kakinakl.com bersama cikmin.com/
http://ecakefairy.blogspot.com dan http://www.zzqah.com/



1 comments:

kak ina kl berkata...Best Blogger Tips

terima kasih sudi join..pilih aaa satu gambar yang paling best