Masyuk

Sabtu, 5 November 2011

Aku MC Semalam







Salam semua,
Semalam hari Jumaat aku cuti MC sebab dah tak larat nak pergi kerja. Hari Khamis selepas balik kerja aku terus tidur sampailah ke hari Jumaat tengah hari baru bangun. Aku memang macam tu sebab kalau dah demam memang tak "bongkar" dari tempat tidur lepas bangun mandi pergi makan dulu kebuluran sebab tak makan after that baru pergi klinik kat Wangsa Maju 1,
Aku memang sesuai dengan Klinik Wangsa, di Wangsa Maju Seksyen 1 tu jer dari kecik sampai la ke besar cam ni memang klinik tu jer yang mampan dengan aku. Sudah masanya DIA bagi aku rehat 1 hari nak buat cam mana bukan saja saja tak nak pergi kerja lagi pula time kekurangan duit memang bosan lah kalau aku sesaja ponteng kerja. Cuaca sekarang pulak memang tak menentu siang panas gila bila petang nak balik kerja hujan pulak itu semua kerja tuhan nak buat cam manakan.



4 Jenis ubat yang diberikan kepada aku sekarang ni dah kebah sikit la tapi mata tak leh tidur sebab dah puas "membadak" tadik kot.



1 Hari cuti kerja yang aku dapat penting ni tapi ni bukan MC beli okeh.







0 comments: