Masyuk

Rabu, 16 November 2011

Disebalik Tabir Sepah The Movie






Salam semua,
Sepah The Movie bakal muncul di layar perak tidak lama lagi. Mesti korang tertanya-tanya masih wujud lagi ke kumpulan Sepah? Jawapannya adalah demi komitmen mereka kepada Filem Sepah The Movie ini sahaja Kumpulan Sepah bergabung kerana mereka telah menandatangani perjanjian untuk pembikinan filem ini sebelum kumpulan itu berpecah menjadi kumpulan Sepahtu yang terdiri cuma Jep dan Syuib sahaja. 



  Sepah The Movie ini ditunjangi oleh Kumpulan Sepah sendiri, Jehan Miskin, Yus kumpulan Jambu, Asrul Raja Lawak, Analza Nasir dan juga Ramona. 
 
 
 
 
 
PTV Film Production telah memberi kepercayaan kepada En. Mp Roslin Md Sharif sebagai pengarah untuk filem Sepah The Movie ini.




Pelbagai aksi yang ada didalam Filem Sepah The Movie ini antaranya adalah aksi lasak, romantik dan yang pasti adalah lawak yang bakal dibuat oleh Kumpulan Sepah itu sendiri.  Oleh itu nantikan Sepah The Movie di pawagam yang berhampiran dengan anda semua.
Sedikit sinopsis akan filem SEPAH THE MOVIE:-

Sepah yang berkawan rapat serta mempunyai hobi yang sama sejak kecil lagi,terpaksa menghadapi peristiwa yang telah melahirkan konflik persahabatan mereka,semenjak kemunculan seorang gadis cantik bernama Ayu Sofea (Anzalna) yang mana bertugas dibahagian kawalan kualiti di kilang elektronik tempat mereka bekerja.

Maka berlaku, strategi dan juga ragam tiga lelaki bujang ini didalam situasi untuk memenangi hati Ayusofea.

Gadis yang berkacukan melayu bugis itu sangat pandai menyesuaikan diri bila berhadapan dengan karenah dan juga ragam tiga bujang sepah . 

Terjadilah sketsa serta babak-babak yang kelihatan membodohkan diri sendiri serta buli membuli sewaktu tiga bujang itu mengatur strategi.Namun semuanya gagal.

Persoalannya, siapakah yang dapat memiliki hati Ayu Sofea? Bujang Sepah ataupun insan lain?




Kredit semua Photo + Info dari http://www.shahrulhairy.com/


3 comments:

hazman aka species1980 berkata...Best Blogger Tips

ohhh.... ANZALNA.....hehehehe

Era berkata...Best Blogger Tips

Siapa heroin dia tu? artis baru eh?

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

Hazman - inna anzalna huffi lailatul qadr

Cik Nemo - baru rasanya