Masyuk

Sabtu, 26 November 2011

Suatu Malam Kubur Berasap



Salam semua,
Salam Maal Hijrah kepada semua kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati. Suatu Malam Kubur Berasap adalah sebuah filem baru yang bakal mengegarkan pawagam pada 22 December 2011 nanti. Filem ini adalah filem pertama yang diarahkan oleh Ernie Chen dari syarikat outLOUD Entertainment & Media Group. Antara pelakon-pelakon yang bakal menjayakan filem ini adalah Angah Raja Lawak, Along Raja Lawak, Zac Diamond (X-Factor), Azrul Raja Lawak, Ruminah Sidek, Allahyarham Pak Zami Ismail dan ramai lagi. Filem Suatu Malam Kubur Berasap ini bergenre komedi seram yang pasti menjadikan penonton tak senang diam dengan aksi-aksi pelakon di pawagam nanti. 


Sinopsis Filem Suatu Malam Kubur Berasap:-

Filem Suatu Malam Kubur Berasap ini mengisahkan mengenai 3 orang sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang kawan bandar yang baru berkenalan iaitu Mie dimana selepas kereta Mie mengalami kerosakkan dan tersangkut di kampung mereka.
Sejak kedatangan Mie, berlakuya perkara-perkara yang suspens dan menakutkan bila Hantu Cempaka muncul apabila kuburnya mula mengeluarkan asap.
Satu hari, mereka berempat setelah besama-sama berkongsi cerita berkenaan dengan Hantu Cempaka, dimana mereka diusik. Apakah yang sebenarnya berlaku? Dari mana datangnya Hantu Cempaka? Apakah sebabnya mereka diusik? Apakah yang sebenarnya telah berlaku di Kampung Angan Tak Sudah? 
Saksikan filem ini di pawagam yang akan berasap pada 22 December!



Antara babak didalam filem Suatu Malam Kubur Berasap














p/s

 - amboi panjang nyer kopek dia......

 - tak popular pun dapat gak jemputan g event tak lah sampai nak tikam kawan-kawan dari belakang kutuk GTB plak ko ekk.....

- Tak da dapat tiket free kerk

- Kredit kepada Zuriey86 untuk gambar dan sinopsis tersebut.





0 comments: