Masyuk

Selasa, 27 Disember 2011

Rezeki Hujung Tahun



Salam semua,
Kalau korang semua perasan kebiasaannya hujung-hujung tahun ramai yang membuat kenduri hampir setiap minggu dijemput menghadiri majlis2 tersebut. Banyak juga yang tidak dapat aku hadiri mintak maaf yer kengkawan. Kenduri yang akan aku pergi kalau tak ada aral yang melintang adalah kenduri di Kampung Puah Lembah, Gombak, Kuala Lumpur sebab kenduri di Kampung Puah Lembah paling meriah aku rasa dengan semangat gotong royong dan penduduk yang ramah semuanya. Dalam bulan ni sahaja ada 3 kenduri doa selamat, aqiqah dan cukur jambul penduduk Kampung Puah Lembah adakan secara gotong royong kat "KEYELL" ni mana nak jumpa lagi kenduri yang diadakan secara gotong royong.



Semasa majlis marhaban dijalankan dan ahli-ahlinya adalah penduduk Kampung Puah Lembah sendiri.


Bunga telur yang agak moden tapi orang-orang tua cakap "apo pulak bagi anak patung"


Kebetulan ketua kumpulan Marhaban masuk hospital telefon nak dengar majlis berjalan lancar atau tidak alhamdulillah semuanya ok jer.



Mengaminkan doa yang dibaca.



Selawat keatas junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W.



Kasih ibu bapa lagu asal kumpulan Orkes El Suraya menjadi lagu penutup majlis, Aku pun dah naik hafal lagu ni wey.



Dapat juga rezeki aku sikit-sikit jual gambar kepada makcik2 di Kampung Puah Lembah ni sebab depa suruh aku cuci dan framekan gambar mereka tapi takdalah aku makan haram banyak untung singit dua inggit jer buat isi minyak.


Ini rezeki juga ni mana tau dapat jodoh ker nanti. 
ahahhaa


Isnin, 26 Disember 2011

Trans Studio, Bandung - KECEWA




Salam semua,
Hari ini nak mengomel pasal Trans Studio di Bandung, Tujuan utama aku nak kesana adalah hendak pergi ke Trans Studio nilah katanya seakan-akan Universal Studio di Singapore tu tapi ternyata ianya indah khabar dari rupa. Aku rasa Times Square Malaysia lagi seronok berbanding dengan Trans Studio, Bandung ni macam menyesal pun ada gak masuk ke Trans Studio ni dengan harganya agak mahal juga lebih kurang 150 000idr kalau ditukar dengan duit Malaysia (150 000idr X 0.000350 = RM52.50) kalau beli baju dah dapat sepasang baju kot dengan buang masa kat dalam tu lagi kena ambil kira tu. Aku rasa pergi ke Taman Mini Indonesia Indah lagi berbaloi dari buang masa kat Trans Studio ni wey. Bukan nak kondem tapi inilah kenyataan yang aku rasa waktu kat sana. Kepada perokok tegar macam aku korang pasti "sangap" sewaktu didalam Trans Studio tu sebab tak ada tempat merokok macam kat Universal Studio mungkin pihak TS,B sedang menjalankan kempem TAK NAK MEROKOK kot. Sewaktu menonton teater didalam TS,B tersebut mungkin diluar cuaca hujan sampaikan aku aku hampir lencun sebab atapnya bocor mungkin tak siap sepenuhnya lagi kot.


Ala-ala di Paris katanya.



Opera Van Java memang aku layan kat Malaysia ni kelakar.



Jamaah oh jamaah korang pernah layan tak ceramah ustaz ni?



Ala-ala Universal Studio katanya.







Orang asli dari mana aku pun tak tau mungkin dari Timor Laste kot.



Nasib baik minah ni pandai berlakon menjadi juga lawak dia.



Dah macam budak darjah 1 aku rasa wey dah lah berjalan nak masuk ke tempat tu jauh sangat sakit kaki aku berjalan.



Masuk rumah hantu pun aku boleh tergelak-gelak lagi wey.



Show ni jer lah yang aku rasa best sikit lagipun aku memang suka tengok teater kan.



Sempat jugak aku ambil gambar air yang menitis dari bumbung tu wey.



Nak juga ambil gambar cam group band.



Lepas tu ala-ala artis hollywood ni ada lah juga 5-6 orang yang tak seberapa. 




p/s - buang masa, buang duit, bosan.

Factory Outlet Di Bandung



Salam semua,
Kali ini aku nak cerita pasal Factory Outlet di Bandung pula, Sebenarnya aku dah banyak kali pergi FO ni sebab tu aku malas shopping lagipun nak save duit sikit takut tak cukup nanti, aku cuma beli 2-3 helai jer pakaian itupun bukan untuk aku. Sambil menunggu kawan2 aku shopping aku dengan Cik Nieza duduk melepak dekat luar FO Heritage tu kebetulan HP Indonesia ada buat contest depa suruh aku join aku dengan slumber pun joinlah contest tersebut nasib baik aku menang dapat bagpack dari HP sapa nak kasi wey dah rezeki tak payah nak beli bag baru. 



Cekur, Cengkir, Cengkih kena ulang cakap sampai sepuluh kali laju-laju sampai tersasul aku.



Contest sebenarnya adalah jentik kotak tisu yang berbentuk lori tu paling cepat korang tengoklah badan aku dengan peserta yang lain mana tak menangkan.



 
Kebetulan waktu aku join contest tu member-member aku dah abis shopping depa pun join la untuk like fanpages HP Indonesia dapatlah goodies bag dari HP Indonesia.







P/s - kalau dah rezeki tu tak kira kita ada kat mana pun.




Kampung Puah Lembah Lokasi Pengambaran





Salam semua,
Baru baru ini terdengar gosip mengatakan bahawa Kampung Puah Lembah bakal menjadi lokasi pengambaran untuk filem/drama terbaru dari pengarah Filem Ombak Rindu iaitu Osman Ali akan tetapi kebenarannya aku tak tahulah ianya betul ataupun tidak. Kalau betul bagus juga kerana dapat memperkenalan Kampung Puah Lembah kepada orang ramai yang penduduknya masih menilaikan sikap gotong royong diantara satu sama lain. Sebenarnya Kampung Puah Lembah telah beberapa kali dijadikan lokasi pengambaran terutamanya untuk klip video. Antara klip video yang telah diadakan di Kampung Puah Lembah adalah Klip video lagu Andang Cintaku Menyala dendangan Safura dan Ezad dan yang terbaru adalah Farawahida dengan lagu raya yang bertajuk Hayati Raya Sejati. Didalam klip video Hayati Raya Sejati tersebut ramai penduduk kampung yang turut menjadi pelakon tambahan antaranya adalah Ketua Wanita Umno KPL Pn. Hjh Rahamah Tamu sebagai ibu Farawahida manakala Ketua Umno dan Ketua Kampung Puah Lembah En. Kamarudin Bin Yusof pula menjadi ayah Farawahida. Bak kata Dato Seri Utama Rais Yatim sewaktu merasmikan Majlis Juara Rakyat di Kampung Puah Lembah dijadikan destinasi pelancongan dari segi aspek seni budaya dan telah didirikan pentas seni di Kampung Puah Lembah kerana inilah Kampung Tradisional Melayu yang masih ada di "hutan Batu" ini. 


 








Astro CCC Bowling Tournament




Salam semua,
Selamat hari Isnin yang CUTI semua, Hari Ahad yang lepas ada bowling tournament kat tempat kerja aku memandangkan aku agak malas nak main bowling aku ngan member2 aku semua main cepat-cepat sebab tak ada mood langsung siot amik gambar pun ala kadar jer wey. Pertandingan diadakan di Ampang Point jer dari jam 5 petang sehingga 8 malam. Aku ngan team aku balik awal sebab dah tau tak menang & tak ada lucky draw... ehehehehhe


 

Biasalah semuanya nak kena register untuk memudahkan segala urusan.



Pengacara majlis juga adalah staff juga.



Team aku 4 orang je budak kenit tu yang menceriakan kami.



Rasa cam nak gigit2 jer budak debab ni.


Larat pulak si memey ni dok dukung budak debab ni.



Cuba teka mana satu yang asli mana satu yang tiruan.

Ahad, 25 Disember 2011

Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta



Salam semua,
Kebiasaannya setiap pelancong yang ke Jakarta, Indonesia pasti akan melawat ke Taman Mini Indonesia Indah ini tapi aku yang sering kesana inilah kali pertama aku ke TMII ini. Tapi agak kurang menarik sebab aku pergi kejap sahaja cuma singgah di Rumah Adat Riau dan Rumah Adat Minang sahaja sebab nak cepat pergi ke Bandung. Pagi-pagi kami pergi ke Mangga Dua Mall untuk membeli belah lebih kurang jam 1 tengah hari kami terus bergerak ke TMII ini.  



Pintu gerbang yang menyambut kedatangan para tetamu.



Rumah adat minangkabau di taman mini cantik sekali lukisan didinding rumah tersebut.



Pemandangan di sekeliling rumah adat minangkabau terdapat Rangkiang iaitu tempat menyimpan padi.



Cik Nieza bergaya dihadapan Rumah Adat Minangkabau.



Antara busana minangkabau yang terdapat di rumah adat tersebut.



Pelaminan minangkabau yang terdapat didlam rumah adat tersebut, Didalam rumah adat tersebut terdapat 4 pelaminan orang minangkabau.



Rumah adat Riau memang kena pergilah sebab asal usul Cik Nieza dari Riaukan.



Pintu masuk ke Rumah Adat Riau seperti rumah limas.



Rumah adat riau ni lebih kurang dengan rumah-rumah yang terdapat di Malaysia juga kebanyakkan orang Riau ini bersuku kan melayu macam mak Cik Nieza yang memang bersukukan melayu. 



 
Jambau ataupun dulang hantaran seperti adat perkahwinan orang melayu tapi mereka menjunjung hantaran yang dibawanya dan pernah aku update Adat Perkahwinan Di Bangkinang, Indonesia suatu waktu dahulu.



Model rumah lontiok yang memang sinonim dengan orang dan budaya masyarakat di Riau.



Antara peralatan rumah, permainan dan kesenian masyarakat Riau kebanyakkan lebih kurang dengan peralatan masyarakat melayu di Malaysia.




Lepas dah penat berjalan kami makan sate padang di tepi rumah adat minangkabau memang sedap sate yang dihidangkan.





Kalau berminat untuk singgah di TMMI ini harga tiket boleh disemak DISINI