Masyuk

Jumaat, 23 Disember 2011

Family Gathering - Lunch Potluck



Salam semua,Selamat hari Jumaat yang berkah buat aku dan korang semua hendak-NYA, Hari Sabtu lepas keluarga aku mengadakan makan tengah hari secara "potluck" di rumah mak long aku di Kampung Puah Lembah, Gombak. Dah nama pun "potluck" masing-masing yang datang bawak makanan yang dimasak sendiri ke rumah mak long aku dan makan bersama-sama. Sebenarnya tak da lah makan semeja ke apa makan masing-masing bersepah sebab meja dah penuh dengan orang-orang yang lebih tua dari aku.  Aku pergi kesana lebih kurang jam 12.30 tengah hari cuma aku jer yang bawak buah tembikai sebab aku nikan orang bujang tak da la nak masak-masak ke apa tak kuasa aku. Akak-akak aku yang lain semestinya kena bawak makanan yang depa masakkan.








Sampai sana semua melepak jer dulu tak ada apa yang nak dibuat sambil menunggu family yang lain sampai. 



 
 Agak-agak dah cukup orang apa lagi masa untuk makanlah kan walaupun tak cukup korum sebab planning last minute sapa yang sempat jer yang datang ni.



Ayam masak blackpepper yang dimasak oleh kakak paling sulung kami.



Ikan cencaru goreng cicah sambal kicap resepi dari Johor masakkan ucu aku.



Gulai tempoyak ikan bilis dan ayam goreng yang dimasak oleh Kak Ani.



Gulai jering yang dibawak oleh kak teh. lepas tu bilik air ada perfume percuma.


Rojak buah dibeli dengan harga RM20 cuma banyak ni jer tapi barang-barang sekarangkan mahal.
 


Pencuci mulut kami durian aku pergi beli duit dari tontong ramai ramai dapatlah dalam 3 plastik beg besar tu abis semua makan pasti masak bubur kacang hijau memang terbaek sampai rumah teringat-ringat bubur kacang hijau dengan durian tu.



 
 Dari yang kecik sampailah ke tua semuanya hantu durian sampai mengadap masing masing wey.



 
 Sambil makan sambil berbincang apa aktiviti yang bakal diadakan nanti. Pelbagai program telah diatur semoga semuanya menjadi kenyataan. 


 



2 comments:

hazman aka species1980 berkata...Best Blogger Tips

menarik gak buat idea makan2 potluck adik bradik nie....yang penting dapat buat family gathering

Ieda Al-Habsyi berkata...Best Blogger Tips

durian last sekali tu yang paling besttttt! :)