Masyuk

Rabu, 14 Disember 2011

Restoran Jombali, Setapak







Salam semua,
Hari Khamis yang lepas aku dan beberapa lagi ahli #GTBC mendapat jemputan daripada Restoran JomBali di Setapak. Kami dijemput sempena pembukaan cawangan restoran tersebut di Setapak. Sepatutnya kena sampai kat sana jam 6 petang tapi waktu berkerja mana boleh nak sampai jam 6 petang keluar opis pun jam 6 petang gak kan. Memandangkan tempat kerja aku dekat dalam 20 minit aku dah sampai di Restoran JomBali tersebut. 



Memandangkan perasmian memang biasa ada bunga-bungaan seperti ini.



Ada gak banner Nasi goreng ketam ngan sawi with kampung belacan paste tapi kami tak dihidangkan dengan hidangan ini pun munkin boleh cuba dilain hari.



Pada hari tersebut ramai yang minum Vanila Dragon Fruit ni aku cuma minum air Bandung + cincau kalau disingkatkan menjadi BANCAU bukan mencarut yer.



 
Kami semua dihidangkan dengan nasi goreng udang, meehoon goreng tomyam, lamb chop ayam goreng berempah, rojak buah dan pelbagai lagi makanan yang dihidangkan.




Pandangan aku tentang Restoran Jombali, Setapak:-
  • Meehon goreng tomyam sedap tak masam sangat 
  • Lamb Chop sedap kuah pekat dan terasa lada hitamnya
  • Udang besar-besar dalam nasi goreng tersebut
  • Kuah rojak buah memang sedap 
  • Service lambat sikit mungkin Restoran Jombali, Setapak ni baru jadi semua peralatan belum sedia lagi.
  • Aku bagi rate untuk makanan 8/10 mengikut apa yang aku makan


Kalau berminat untuk menikmati hidangan di Restoran Jombali ini alamatnya:- 
Setapak Platinum 128, 
Jalan Genting Klang
Kuala Lumpur, Malaysia


1 comments:

Cik Lily Putih berkata...Best Blogger Tips

ok lah tuh. ikut tekak memasing kan