Masyuk

Isnin, 19 Oktober 2009

ASTRO JALINAN KASIH DEEPARAYA CELEBRATIONS



Hari Sabtu lepas tempat kerja aku ada majlis hari raya & deepavali dekat Kuala Lumpur Convension Centre aku aku memang selalu gak joint aktiviti komuniti ini yang dianjurkan
Astro Kasih
.
Astro Kasih ni macam persatuan pekerja astro yang sedia membantu dalam komuniti sosial seperti membantu keluarga susah macam sebelum nih aku pergi ke Pekan, Pahang tempoh hari.
Aktiviti Astro Kasih ni percuma jer cuma perlu meluangkan masa jer kalau nak joint aktiviti sosial bersama Astro Kasih nih

ni pagi2 lagik sempat ler aku bergambor dengan Bob dia nih pun budak Wangsa Maju seksyen 1 gak nih dia kerja astro gak ler tak kan la si bob nih anak yatim pulak. oleh kerana aku malas nak selongkar "gobok" aku just pakai baju nih jerk

kat sana kita orang just kena layan anak anak yatim makan & berbual dengan mereka sahaja tak kena bayar pun percuma jer sambil beramah mesra kita orang sempat le bergambor sekeping dua dengan anak anak yatim tuh. ni gambar aku dengan Gee & Y

ramai gak ler artis yang ada waktu tuh antaranya bob af, aaron aziz, erra fazira, mawi & ekin, zoey (gerak geri gasing), mat kacau, haziq, isma af & suami dll.

majlis tersebut telah dilancarkan oleh Dato' Seri Sharizat Abd Jalil. kesian tengok bos bos besar kena jadi model. bos bos pulak sporting hari tuh.

suka benor Dato' Seri dengan si Haziq tuh. Majlis belum abis jer aku dah cabot balik umah nak tau kenapa ........ tunggu

0 comments: