Masyuk

Rabu, 21 Oktober 2009

Merendang & Melemangkan Diri Lagik



sejak dari Jumaat malam sabtu aku dah mula sibuk malam tuh aku ngan mak cik jenab pergi ke pasar coket nak beli barang nak masak rendang & Lemang untuk majlis rumah terbuka keluarga kami (kongsi adik beradik) hari sabtu tuh pagi pagi sebelum ke KLCC untuk majlis berhari raya bersama anak yatim aku dah bangun pagi pagi coz nak prepare barang barang nak buat lemang budget balik dari KLCC leh terus tenggekkan jer lemang tak da la kelam kabut nanti. sementara aku prepare barang untuk lemang mak cik jenab ke pasar sentul nak beli daging untuk masak rendang. Lemang aku kena prepare coz mak cik jenab & pak cik abu tak reti nak masukkan daun pisang ke dalam buluh talang tuh. Lepas settle semua tuh aku bersiap untuk ke KLCC pulak.

Lebih kurang jam 1.30 tengah hari aku dah cabut dari majlis tuh kalau tak silap majlis tuh abis dalam jam 3petang. aku cakap kalau aku tunggu gamaknya tak masak le lemang aku kat umah tuh on the way nak balik tuh mak cik jenab call tanya aku kat mana dia suruh aku balik cepat coz lemang dah yang aku prepare tadi tuh dah tumpah coz pak cik abu tenggek cepat cepat aku dah suruh tunggu aku baru tenggek tak nak kan dah tumpah tak apa la dah tak da rezeki nak buat cam mana mak cik jenab dah pun tambah balik pulut & santan dekat 2 gantang gak la beras pulut arituh.

rendang daging dengan kentang kecik (daging 7kilo kentang kecik 2kilo) masak still dengan kayu kalau pakai gas satu tong tak cukup kot tapi masak pakai dapur kayu lagi best wok. mula mula tuh masak kat luar atas tanah oleh kerana hari nak hujan pak cik abu & mak cik jenab alih ke tempat letak kereta (waktu ni aku xda pergi coket beli barang jap ar)

sekali tengok rendang ni macam kari pun ada tapi waktu ni belum kering lagik baru jer curah santan dekat 6kilo. kalau diikutkan 1kilo daging = 1kilo santan cam mana tak kena sakit jantungkan kolestrol tinggi tu.

aksi aksi seorang tukang kacau rendang yang setia coz kena jaga rendang nih jangan sampai hangus kalau hangus memang tak sedap la gamak nyer.


waktu menenggek lemang nih waktu nih dah tinggal separuh jer separuh lagi dah siap untuk dimakan. kitaorang buat lemang pulut dengan lemang tepung. lemang tepung & lemang pulut ni berbeza coz lemang tepung nih makan cam tuh jer coz lemang tepung ni manis.

ni pic lemang tepung & lemang pulut bila dah potong macam ni le ghupernyer
(gambar ni cilok dari rumah kak ina kl)

waktu ni lemang baru lepas masak memang layan la kalau lemang lepas masak panas panas lagik nak nak bahagian atas tuh ada orang panggil kepala dia memang la sedap tapi orang yang ada sakit jantung atau kolestrol tinggi jangan la makan kepala lemang tuh mau tumbang dibuatnya.

0 comments: