Masyuk

Rabu, 21 Oktober 2009

Saluang Klasik Minang




Hari Isnin lepas aku cuti sempena deepavali (bukan aku jer la satu opis) aku pergi pasar coket nak beli barang lepas beli barang perut aku yang besar nih mula berkeroncong dengan lagu keroncong untuk ana nyanyian sifu M.Nasir. aku pun singgah la ke restoran ros dekat jalan menghala ke Kampung Baru restoran ros ni restoran nasi Padang depan restoran Garuda. Tengah makan aku terperasan ada satu pamplete yang di tampal kat dinding restoran ros tu pasal ada majlis pengutipan dana untuk membantu masyarakat padang yang sedang berduka cita atas bencana gempa bumi di ranah minang.


Saluang Klasik Minang

Tempat : Dewan Muhibah Taman Bolton (Sri Gombak)

Tarikh : 24 & 23 Oktober 2009

Masa : Bermula jam 8malam


sesiapa yang berminat nak tengok macam mana alat muzik dimainkan dan juga yang berminat untuk mengkaji budaya Minangkabau dan asal usul boleh lah pergi kesana.

0 comments: