Masyuk

Ahad, 17 Oktober 2010

Gambar Nuffnang Glitterati Plus Open Meeting - 1



Kali ini aku tak "kencing" korang pasal kali ni entry memang ada gambar sewaktu Nuffnang Glitterati Plus Open Meeting hari Sabtu aritu walaupun terlambat sebab aku kena siapkan hantaran member aku dia suruh tolong pun last minit nak buat cam mana tolongkan jer la.


Hari Sabtu aritu aku dah lah hangin mencari Bank dari Setapak sampaikan ke Danau Kota setiap bank aku jumpa aku berhenti nak
"cocok" duit sebab dalam kocek ada 10 hengget jer tu pasal aku terlambat sket sampai di Danau Kota. Sampai jer kat tempat yang dijanji aku dengar ada orang jerit nama aku "daydeck" tengok-tengok si Eyriqazz ngan Kak Ina KL tengah dating "breakfast" kat kedai area situ. Lepas tu aku "kacau daun" depa dating sebab nak tunggu Cik Lily Putih sampai sebabnya kami memang dah janji nak habiskan minyak kereta Cik Lily Putih.
Lepas tu kitaorang lepak sat and then terus gerak ke Taylor's University di Sunway.



Yang penting kami sampai awal dari Jejai Fink


Nampak pulak papan tanda ni terus snap gambar sat.


Kak Ina KL yang senantiasa menyeringai


Dengan gaya ala-ala Rosyam Nor la konon tu.


Sewaktu mendaftar bukan daftar undi untuk DUN Galas yer. Jejai Fink plak sibuk dengan camera hp yang dipinjamnya. Sharinginfo duk sibuk peratikan Kak Ina KL


Awek-awek cun yang setia menjaga kaunter pendaftaran.


Kusyuk sangat Cik Lily Putih & Kak Ina KL mendengar penerangan mengenai Glitterati Plus ni


Taiko dari Nuffnang siapa lagi kalau bukan TimothyTiah


Penerangan dari President Glitterati Plus sapa lagi kalau bukan tokey tehtarik penyampaian yang simple tapi padat.


Korang baca la Carta Organisasi Glitterati Plus ni

President - Sha
Vice President - Tian Chad
Secretary - Atreyu
Tresurer - Suresh
Event Planner - Serge


Nak jadi ahli Glitterati Plus mestilah memenuhi kriteria-kriteria diatas.

dan syarat-syarat untuk menjadi ahli Glitterati Plus adalah seperti dibawah ini :-
  1. aktif berblog sekurang-kurangnya 5 entry dalam masa sebulan
  2. Menyertai at least 30% daripada events yang dianjurkan oleh Nuffnang
  3. Menyertai at least 50% daripada contests Nuffnang
(sekurang-kurangnya korang kena pilih 2 daripada 3 syarat yang ditetapkan)


Slide penutup selepas penarangan dan FaQ kepada TimothyTiah & Tehtarik



Selesai penerangan & FaQ bagai apalagi masa untuk menchekik la sambil tu gosip & amik gambor ler apa lagi biasalah ketua Tali Barut Kak Ina KL, Aku, Darkbatman, Sawanila & Cik Lily Putih.


Jejai Fink dok sibuk promote Rosham Nor dia jer. Hazman plak duk menyegih jer.


Hamzah - aku tak nak kawan ko
Adik Darkbatman - tak nak kawan sudah, ada aku kesah
Red - lantak korang la malas aku nak layan


Cik Lily Putih bersama anak ikan Hamzah barunya selepas berjaya merebutnya dari Sumijelly.


Event belum habis si Anak Perak dengan Red dah sibuk nak balik mesti nak gi dating kat Sunway Lagoon kan.


Kak Ina KL dengan Micheal orang kuat Nuffnang juga ni kena buat baik dengan dia ni nanti dapat banyak adv.




Entry ini akan bersambung kerana Internet dirumah agak slow malam ini segala gambar akan disambung malam esok yer.
Mohon maaf kepada semua kerana aku banyak "MEMBAHAN" korang dalam entry ini



9 comments:

Unknown berkata...Best Blogger Tips

nasib baik ada..kali idak..memang kena dengan geng tali barut yang lain..

hamzah ian berkata...Best Blogger Tips

kah kah kah.. adoi la..

Cik Lily Putih berkata...Best Blogger Tips

anak ikan?
ala tak perlah aku tak gila glamour anak ikan pun tau...

Teh Tarik Drinker berkata...Best Blogger Tips

hahah gaya tangan sama ngan Tim! thanks for coming hari tu!


tehtarikmemoirs.com

Unknown berkata...Best Blogger Tips

wah...glamlah akak kat sini..banyak gambar

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

Kak Ina - xda hal aritu lagi cepat saya upload

CLP - anak ikan jinak kot.... ehehehhee

sha - ada peluang jadi cam dia kot... ehehhe

kak ina kan memang glamour

JAI berkata...Best Blogger Tips

Cehh..Apasal gambo aku tak baper clear? Kalau Clear gerenti orang ingat kembar rosyam..ahaks..cehh..nak gak kenakan aku tuhh...

TianChad田七摄影 berkata...Best Blogger Tips

Dropping by to check out daydeck blog. Thanks for attend the open meeting ya!

Tanpa Nama berkata...Best Blogger Tips

This is such a great resource that you are providing and you give it away for free. I enjoy seeing websites that understand the value of providing a prime resource for free. I truly loved reading your post. Thanks!