Masyuk

Rabu, 6 Oktober 2010

Jamuan Hari Raya 2010





Hari Ahad yang lepas 03hb Oktober 2010 aku dengan family Cik Nieza ada buat Jamuan Hari Raya dirumah mak cik Jenab di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul, Kuala Lumpur. Memang tetiap tahun aku akan buat kat sini jer sebabnya tak kan aku nak buat kat Seremban, Kalau aku buat kat Seremban siapa yang nak datang sebabnya kawan-kawan aku semuanya kat KL jer aku mana ada kawan yang tinggal kat Seremban tu yang ada pun saudara mara aku jer.

kalau hendak diikutkan Majlis bermula selepas waktu Zohor akan tetapi seawal jam 12 tengah hari tetamu dah mula datang pada mulanya agak kelam kabut juga la kitaorang nak menyediakan makanan tapi berkat kesabaran dan kerjasama kami semua segalanya berjalan dengan lancar.

Menu untu hari tersebut adalah Lemang (bakar sendiri tu), Rendang Daging + Kentang kecil (baby potato), Nasi Putih, Gulai Nenas + Ikan Masin, Ayam Masak Merah, Sayur Campur, Sambal Belacan, Selain itu kami juga menyediakan bihun Sup dan air pula adalah air sirap serta Agar-agar sebagai pencuci mulut. Semua makanan tersebut kami sekeluarga masak secara rewang (macamlah buat besar-besaran).

Antara rakan-rakan Blogger yang hadir adalah Chearmster, Kak Tasha dan Kak Ina KL sahaja yang lain tak nampak batang hidung pun mungkin mereka semua ada komitmen yang lebih penting lain yang harus mereka lakukan. Terima Kasih kerana sudi datang ke teratak buruk den yo.


Antara menu yang disediakan



Antara tetamu yang terawal datang adalah family aku dari Seremban.


Dah petang sket baru kengkawan aku datang antaranya adalah Mya, Ajan, Alhan, Wan, Amoy dan ramai lagi aku tak sempat nak ambil gambar banyak-banyak coz sibuk buat kerja jer.





p/s - sorry kengkawan yang tidak mendapat jemputan kerana aku tak sempat untuk berbuat demikian yang mana sempat je aku jemput.
- Terima Kasih kepada semua yang sudi hadir.




4 comments:

Unknown berkata...Best Blogger Tips

tq sebab sudi jemput..hemmm jemputlah pulak masuk contest akak tu..

hamzah ian berkata...Best Blogger Tips

mana gmbr aku?? sob2..

Cik Lily Putih berkata...Best Blogger Tips

sorry aku x sempat nak dtglah, cousin aku kawin masa tuh

Hezesuze berkata...Best Blogger Tips

tak dapat jemputan pun huhu
its ok baby..lagipun weols byk tempahan catering hehe