Dalam pada semua yang sibuk nak melakar sejarah bagai hari ini terdapat tragedi yang dipercayai telah meragut lebih dari 10 nyawa. Kejadian tersebut berlaku di Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka lewat jam 6 petang.
Kejadian bermula apabila Bas Ekpress delima dari Melaka menuju ke Kuala Lumpur bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke laluan dari Seremban ke Melaka, Turut terlibat dalam kemalangan tersebut adalah sebuah Bas dari Jabatan Kebajikan masyarakat dan beberapa buah kenderaan lain, Sebuah kereta terbakar dan sebuah lagi terperosok dibawah bas berkenaan.
Orang Ramai dilihat sedang membantu mangsa kemalangan dan didapati mayat bergelimpangan di jalan raya keadaan mayat juga amat menyedihkan ada yang putus tangan, pecah kepala, dan hancur badannya. - Sumber dari Harakahdaily
Kredit kepada Finaz kerana memberi gambar ini kerana beliau sedang otw ke KL semasa kejadian berlaku
p/s - Al- Fatihah kepada mangsa kemalangan ngeri ini dan Salam Takziah kepada keluarga mangsa.
- Kalau dah ajal tu kita memandu dengan berhemat pun boleh jadi juga mintak dijauhkan lah
7 comments:
nk minta izin amik gmbr thanks. =p
izin share ya
mujur la saya tak nampak benda tu, kalau tak, saya rasa dah menjerit gila2 dalam kereta.. huhu..
saya pun stuck waktu nak balik johor ni..
http://black-roses92.blogspot.com/2010/10/kemalangan-bas-ekspres-di-lebuh-raya.html
pinjam picture ea
saya mintak izin nk buat entry pasal nie...minta izin ambik gmbar yer......saya sharekan jugak link blog awak kat blog saya
nasib baik sy awal sedikit...x mampu diri ini melihat kejadian sedemikian..
ape 6ber plik bas
Catat Ulasan