Masyuk

Khamis, 1 September 2011

Minal Aidil Wal Faizin 2011





Salam semua, Cerita Lebaran tahun ini macam biasalah bangun pagi mandi sunat Aidilfitri bersiap pergi baca Yassin kat kubur Allahyarham saudara mara aku di Tanah Perkuburan Kampung Puah Lembah aku memang pergi awal sebelum solat sunat aidilfitri sebab tak nak tempuh sesak ditanah perkuburan selepas solat sunat aidilfitri. Lepas menziarahi kubur ahli keluarga yang telah pergi buat selamanya sebelum kita aku pun pergi sembahyang sunat aidilfitri di Masjid Sentul dan terus pulang menanti kehadiran sanak saudara ke rumah. Seperti kebiasaan lepas sembahyang sunat aidilfitri orang tidak henti-henti datang ke rumah kami sampailah hari raya ke-2.


Selepas solat sunat Aidilfitri memang ramai yang akan serbu rumah kami. Ini baru sebahagian kawan-kawan anak mak cik jenab.



Tak henti-henti tetamu datang ke rumah bersama keluarga masing-masing.



Tidak mengira pangkat dan umur kami saling kunjung mengunjung.



Tahun ini warna tema hari raya kami adalah warna kelabu memang semua tak sedondon tapi sama warna macam biasa mengikut kesukaan diri sendiri. Kalau korang tgk muka aku memang tak ada rupa dengan diaorang ni sebab aku stay ngan mak cik aku ler bukan dengan keluarga kandung aku tapi kami tetap macam satu keluarga kandung.



Masing-masing menunjukkan bakat untuk mengambil gambar.



P/S - Hari Raya Ke - 2 masih duduk dirumah sebab ramai yang datang ke rumah kami. Terima Kasih kepada semua yang sudi datang ke rumah kami semoga ianya terus berkekalan hendak-Nya






2 comments:

hazman aka species1980 berkata...Best Blogger Tips

okey aper tue....yang penting tengok gaya korang happening jee...

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

Hamzan - mmg oke jer happening gler