Masyuk

Selasa, 13 September 2011

Selamat Hari Lahir Alhan Salwan - Member Tempat Kerja





Salam semua,
Hari Isnin lepas bersamaan 12 hb September yang lepas adalah ulangtahun kelahiran member opis aku Alhan Salwan dia bawak kami makan di Pizza Hut sepatutnya kami yang belanja dia tapi kali ni tebalik dia pulak belanja kami. Rezeki jangan ditolak bala jangan dicari itulah pepatah orang-orang dulu yang sering diungkapkan. Memandangkan tempat kami di Menara Icon, Jalan Tun Razak kami pergi makan di Pizza Hut Ampang Park.


Malu-malu pulak birthday boy yang belanja kami siap pakai baju pink lagi tu.


Muka stim siot diapit dua bunga department aku kami cuma berempat sahaja tak termasuk bos kami yang mengambil cuti separuh hari pada hari tersebut.


Kak Dyla dengan Kak Ayrin sahabat karib dari dulu lagi, Kak Ayrin dah nak bersalin semoga selamat dan mendapat baby yang comel.


Banyak juga yang diorder oleh tukang belanja, Rezeki kami dapat makan percuma.




p/s - Der terima kasih daun keladi ada boleh belanja lagi sorry tak ada hadiah dari kami tahun depan belanja lagi k. Semoga semua impian yang diimpikan termakbul hendak-Nya dan semoga cepat kahwin kami nak merasa nasi minyak kau plak.



1 comments:

alhan salwan berkata...Best Blogger Tips

terbaekkk..

hahhhahha...

ok, no problem arrr...

tgu ko dlu kahwin kowt bru hku... huhuhuh...

:-)