Masyuk

Ahad, 27 November 2011

Majlis Pelancaran Filem KL Gangster 2




Salam semua,
Hari Jumaat yang lepas aku dan Mr. Manager Kak Ina KL telah berpeluang untuk untuk menghadiri majlis pelancaran dan doa selamat untuk filem KL Gangster 2 bertempat di FINAS, Kuala Lumpur. Filem arahan Syamsul Yusof ini bakal memulakan pengambaran 1 December 2011 dan mengambil masa dalam 45 hari untuk menyiapkannya manakala lokasinya pengambarannya akan diadakan disekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Batu Gajah, Perak. Penerbitnya adalah SKOP Production telah melabur RM3 Juta untuk menjayakan filem yang bakal box office ini.  Dijangkakan Filem KL Gangster 2 ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam awal tahun 2012 akan datang. Filem KL Gangster 2 ini menggunakan konsep PREKUEL ataupun Flashback untuk menerangkan cerita sebenar yang berlaku sebelum Filem KL Gangster 1 kerana menurut Dato Yusof Haslam pihak mereka mendapat banyak komen Filem KL Gangster 1 dimana ramai yang kurang faham dengan jalan cerita filem tersebut didalam Filem KL Gangster 2 ini penonton akan mendapat jawapan untuk Filem KL Gangster 1. 




Barisan Pelakon Filem KL Gangster ini adalah :- 



 Aaron Aziz sebagai Malek (Hero zaman sekarang pengganti Rosyam Nor)


 
 Pengarah dan penulis skrip filem ini memegang watak sebagai Shark.



Sheera Iskandar memegang watak Zati. 



Adam Corrie sebagai Dragon antara taiko-taiko di KL Gangster.



Kasi sengat Saufi Jikan sebagai Ajib.


 
 Barisan pelakon yang hadir pada majlis pelancaran KL Gangster 2.


Zizan sebagai Fadil
Rosyam Noor sebagai Don
Adi Putra sebagai Malek
Ridzuan Hashim sebagai King
Ku Faridah (Mak Engku) sebagai Ibu kepada Malek, Jai dan Zati



 
 2 Hero yang hangat menaik nama mereka berdua sekarang.


Sinopsis Filem KL Gangster 2:-
Cerita ini mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek(Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu(Ku Faridah) mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka.
Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya. Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa.
Sementara itu, Don(Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram. Segala tindak tanduk Don tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatan Don.
Pada masa yang sama, King(Riduan Hashim) dan Shark(Syamsul Yusof)
merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkan Don dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar. Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah.
King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Don berasa tergugat. Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Don menyerang King dan Malek. Mereka hampir tumpas ditangan Don namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri. Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Don dan pembunuh ayahnya.
Bermulanya konflik dan dendam antara Malek dan Don. Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Don untuk ayahnya?Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL?Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya?



 
 Mr. Manager Kak Ina KL dengan Malek aka Aaron Aziz.



 
 Aku pun tak nak ketinggalan bergambar bersama Aaron Aziz. 




 Nantikan Filem KL Gangster 2 yang bakal menggegarkan pawagam berhampiran anda.


Terima Kasih kepada GTBC terutamanya Sharoll yang telah mendapatkan tempat untuk GTBC turut serta dalam Majlis Pelancaran Filem KL Gangster 2 ini. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Saling bantu membantu.

3 comments:

hazman aka species1980 berkata...Best Blogger Tips

time KL GANGSTER 2 nie nanti aku tiket pra tonton.....ahahahaha

Tanpa Nama berkata...Best Blogger Tips

Stedy R!!! terbaek w0kkk~~~~!!!.. \m/

Unknown berkata...Best Blogger Tips

tak sabar nak tenguk di pawagam