Salam semua,
Selamat hari Khamis semua, Cuti hujung minggu yang lepas aku aku pergi ke Pulai Spring Resort di Johor kerana ada Pertandingan Mencari Harta Karun ataupun dalam bahasa ibunda Tresure Hunt. Ahahhhhaa
Sebenarnya aku bukan masuk pertandingan tersebut tapi cuma menjadi committee untuk pertandingan tersenbut walaupun semua pertandingan itu diuruskan oleh pihak ketiga tapi kami juga turut membuat kerja terutamanya dari segi promosi, pendaftaran dan juga hadiah. Sepatutunya committee kena berkumpul pada jam 5.30 pagi tapi pada hari Sabtu tu aku dah tersalah set jam 4.30 petang tapi nasib baik aku terdengar azan subuh terus bangun bersiap dan terus pergi ke opis di Bukit Jalil.
Memang cantik bilik yang disediakan untuk kami yang berkerja keras untuk menjayakan pertandingan ini ramai yang berpuas hati dengan bilik yang ada di Pulai Spring Resort ini.
Setelah sampai terus menyelesaikan tugasan terakhir dan ada yang terus masuk ke bilik untuk berehat dan ada yang mengambil kesempatan untuk mandi di kolam renang.
Kami sebagai committee kena pergi ke dewan makan awal sebab nak buat persiapan sebelum peserta pertandingan mencari harta karun sampai dengan tema SuperHero yang telah mereka sediakan. Hadiah pun banyak tapi kami cuma bawak hamper jer hadia besar kami cuma bagi dalam sampul surat jer tak kan nak hangkut tv besar gedabak tu kesana pulak kan.
Pelbagai aksi SuperHero dari para peserta tresure hunt 2011 ini, Superman, Supergirl, Kent, Chun Li, Cat Woman dan macam-macam lagilah nasib baik kami tak payah pakai kostum.