Masyuk

Isnin, 3 Oktober 2011

Cara Upload Gambar Dengan Mudah Di Blogspot





Salam semua,
Korang semua mesti lebih pandai dari aku kan pasal benda ni. Aku memang tak tau macam maan nak buat benda alah ni dulu semalam aku try untuk explore macam mana nak memudahkan untuk aku upload gambar sekali banyak didalam blogspot ini. Sebelum ini aku cuma boleh upload gambar cuma 5 keping dalam satu masa dan memerlukan lebih dari sekali jika ingin mengupload lebih dari 5 keping gambar untuk satu posting tapi sekarang lebih mudah aku menggunakan cara ini. 


Cuma 5 keping gambar sahaja dalam satu masa macam melecehkan untuk aku berblog. 


Langkah - langkah yang perlu dilakukan adalah



1. Login id blogspot macam biasa selepas itu klik di Try the updated Blogger interface di bahagian atas sebelah atas kanan seperti didalam gambar diatas.



2. Korang punya templateakan bertukar selepas itu menjadi seperti gambar diatas kemudian korang klik gambar pensil seperti gambarajah diatas itu.



3. Kemudian klik toolbar yang ditanda seperti gambar diatas itu.



4. Selepas itu klik Choose files untuk memilih gambar yang korang kehendaki di dalam komputer korang. 



 
5. Sesudah gambar yang dikehendaki telah di upload di bahagian tersebut korang klik kat bahagian Add selected dan selepas itu korang boleh la berblog dengan mudah. 






p/s - Kalau salah tolong betulkan yer aku pun bukan pandai sangat dalam dunia komputer ni.


 

6 comments:

Cik Puan Kocik berkata...Best Blogger Tips

haaa nice knowledge...thanks for sharing. pasnie leh upload pic banyak2

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

saya berkongsi apa yang saya tahu jer

CIKGU NAMAN berkata...Best Blogger Tips

kalau dashboard lama, pilih compose baru boleh upload banyak²

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

Naman - cam mana ekk aku dah try cari compose tapi tak jumpe

Tanpa Nama berkata...Best Blogger Tips

Salam Daydeck 86
Nie Makcik..dah umo lebih separuh abad..baru nak memblog..tapi cuba2 nk masuk gambo cara yg ada tu..(centre,left or right) gambar2 selalu hilang bila byk cerita nak ditulis..terjumpa makcik blog yg ada ilmu seronok sgt..naklah tanya sbb belum cuba lagi nie..kalau makcik pakai guna cara nie adakah gambar kita uploadkan tu akan hilang atau makcik yg kurang faham cara menguploadkan gambar2?

terima kasih
Hjh Haliza

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

Salam Pn Hjh Haliza.
Seronok kalau ada mak cik atau pakcik yang agak berumur masih mahu berkongsi ilmu dengan orang lain.
Saya bantu apa yang saya tahu sahaja makcik, dengan cara begini gambar tak hilang rasanya lebih mudah menggunakan cara dan teknik begini berbanding menggunakan dashboard yang lama.