Masyuk

Isnin, 17 Mei 2010

Who Will Win the World Cup?






Siapa akan memenangi Piala Dunia?
Piala Dunia diadakan setiap 4 tahun sekali.
Sukan yang paling aku tak suka adalah bola sepak tapi dek
penangan Piala Dunia aku tetap mengikuti perkembangan dunia bola sepak ini.


Tahun ini aku rasa Brazil akan memenangi Piala Dunia.
kalau tak silap aku Brazil juga adalah pasukan yang paling banyak memengang
gelaran juara Piala Dunia iaitu sebanyak 5 kali pada tahun
1958, 1962, 1970, 1994, dan 2002.


Pada tahun 2010 ini Piala Dunia akan diadakan di Afrika Selatan bermula 11 Jun 2010 sehingga 11 July 2010. Pembukaan dan penutupan Piala Dunia pada tahun ini juga akan diadakan di Stadium Soccer City, Johannesburg.



Maskot untuk Piala Dunia pada tahun ini pula bernama Zakumi yang berwarna hijau dan kuning. Gambar Zakumi ada di atas ini.


Mengapa aku memilih Brazil yang akan menjuarai Piala Dunia pada tahun ini?
Bagi aku Brazil mempunyai pemain bola yang begitu hebat antaranya adalah Ronaldo atau nama penuhnya Ronaldo Luis Nazário de Lima Ronaldo dilahirkan pada 22 September 1976. Ronaldo juga pernah dipilih sebagai pemain terbaik pada 1996, 1997 dan 2002.
pada tahun 2002 Ronaldo juga terpilih sebagai pemenang Kasut emas kerana beliau telah menjaringkan sebanyak 8 gol.


Bersempena dengan Piala Dunia juga P1 juga menawarkan baucar sebanyak RM30 dengan setiap pembelian Special Edition Adidas Pure Game set
kalau tak percaya sila lihat gambar diatas ini atau pun lawati laman web ini http://projectalpha.com.my/promo/


Episode 26


Episod 27


Episod 28


Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.


0 comments: