Masyuk

Selasa, 31 Ogos 2010

Azwan Ali Di KLIA - 29 Ogos 2010



Hari Ahad yang lepas telah selamat selebriti yang paling kuat "propa" menunaikan Umrah ke Tanah Suci Mekah. Sewaktu di KLIA Ajami Hashim telah sempat merakamkan temubual bersama Azwan Ali.




Kreadit kepada Ajami Hashim


p/s - semoga selamat pergi dan selamat pulang dari menunaikan fardhu Umrah.


Isnin, 30 Ogos 2010

Berbagi Rasa @ Rumah Nur Hikmah, Kajang





Hari Khamis lepas aku dengan kengkawan organize satu majlis berbuka puasa bersama dengan anak-anak yatim dari Rumah Nur Hikmah, Kajang. Majlis dimulakan dari selepas waktu kerja dan selesai dalam jam 10 malam. Tujuan utama mengadakan majlis sedemikian rupa adalah untuk membantu anak-anak yatim untuk meraikan lebaran yang akan berkunjung tidak lama lagi.


Antara sumbangan yang disampaikan kepada anak-anak yatim Nur Hikmah, Kajang


Bermesra dengan anak-anak yatim sebelum majlis dimulakan.


Persembahan dari Anak-anak yatim Nur Hikmah, Kajang


Kesian anak ini sampai tertidur dibuatnya


Ucapan dari pihak kami.


Tidak mengira bangsa dan agama kami saling bantu membantu PERPADUAN amatlah penting.


Antara makanan yang disediakan dan banyak lagi seperti Nasi Briayani, Ayam Masak Merah, Jelantah, dan Dalca. Separuh makanan yang dibawa oleh kami dan separuh lagi disediakan oleh Ilham Sutera Katering dari Kajang juga.


Sesi menyampaikan sumbangan kepada anak anak yatim


Terserlah kegembiraan dimuka anak-anak yatim pada hari itu.




p/s - tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima.





Sabtu, 28 Ogos 2010

Berbuka Puasa Di Dorsett Regency Hotel





Hari Selasa yang lepas aku berbuka puasa kat Dorsett Regency, Jln Bukit Bintang Kuala Lumpur bersama teman-teman opis dan disponsor oleh GDEX yang memang menjadi acara tahunan bagi mereka. Makanan kat Dorsett Regency rasanya lagi sedap dari hotel yang sebelum ini pernah aku pergi. Makana pulak memang banyak tetapi tempat dia macam sempit sikitlah. Selain itu sepanjang bulan Ramadhan ini pula Jaafar Onn dan Haiza menghiburkan para tetamu yang hadir, Sila pastikan anda membawa "business card" anda supaya anda boleh membawa pulang hadiah dari Dorsett Regency kerana Jaafar Onn dan Haiza akan mengadakan "lucky draw" sepanjang waktu berbuka puasa tersebut.


Amik gambar Pencuci mulut jer coz ramai orang segan nak keluarkan camera.


En. Johari a.k.a. Azroy yang kena panggil oleh Jaafar Onn & Haiza
Siap kena menari bagai lagik.


Bergambar beramai ramai kesian aku tak ada.


Aku mestilah kena spesial sensorang dengan Haiza jerk




p/s - Haiza makin cun la dia pakai botox kerk


Bendera Malaysia Di Blogspot





Sumpah di bulan puasa yang mulia ni aku agak kebuntuan hendak menghapdet blog ini pun aku curi ilmu dari blog Melz mengenai cara nak letak Bendera Malaysia Diblogspot kalau tak agaknya xdapat aku nak update blog picisan aku ni.

cara nak letak Bendera Malaysia di Blogspot

  1. Login blog korang
  2. klik dashboard
  3. klik design
  4. add gadget
  5. klik Html/Javascript
  6. Copy & Paste kod dibawah ini




p/s - apa dapat kita gaduh2 ni kita semuakan serumpun





Rabu, 25 Ogos 2010

Anak Derhaka





Aku pun tak faham kenapa ada lagi manusia yang tak berhati perut sanggup buat emak sendiri macam ni. Difahamkan makcik dalam video ni adalah emak kepada dua orang manusia yang bertopengkan syaitan, Ada ke patut dia marah-marah mak cik ni kat depan orang ramai sampai mengigil mak cik ni memang la korang ni tak boleh diharapkan. kalaulah yang dua orang mangkuk hayun tu adalah anak mak cik tu harap mintak maaf lah cepat cepat kat mak cik ni tak cium syurga kalau derhaka kat orang tua. Menitik gak la air mata aku tgk video ni. sedih zaman sekarang dah moden lagi banyak yang tak boleh dipakai.






p/s - mintak dijauhkanlah didalam keluarga aku perkara macam ni. tak kesian ke depa dengan orang tua yang tak berapa nak lama jangka hayatnya. semoga dirahmati dan diberikan kesedaran kepada mereka.







Perempuan & Kemewahan





Korang pernah tak dengar pasal rakaman perempuan yang gilakan harta kat dalam Youtube ni.
Bengang pulak aku rasa dengan minah ni bukan apa kalau nak jaga standard pun janganlah sampai mencaci manusia yang pernah dicintainya. agak agaklah sikit kalau yer pun tak suka tak payah lah menghina manusia sampai cam ni. Kalau korang tak percaya korang dengar lah rakaman dari Youtube ni sendiri kalau korang rasa tak hangin dengan minah ni.




p/s - harta tak boleh dibawak ke liang lahad dan juga memberi kebahagian kepada sesiapa.

Ahad, 22 Ogos 2010

Bean Moreno Sakit






Korang masih ingat lagi tak dengan member blogger yang terkenal tapi seorang yang gugup sorang ni tak lain tak bukan si Bean Moreno yang tak boleh diganggu ketika sedang konsentrate bermain bowling.

Hari ni aku dapat sms dari Aus Melankolik yang mengatakan bahawa Bean Moreno telah dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana penyakit paru-paru berair. Oleh yang demikian Aus Melankolik telah mencadangkan bahawa kepada sesiapa yang berminat untuk pergi melawat Bean Moreno di HUKM pada hari Selasa ini 24 Ogos 2010 beramai-ramai. aku tak boleh nak janji sama ada aku dapat joint atau pun tidak kerana berkemungkinan aku sibuk untuk menguruskan event berbuka puasa bersama anak anak yatim yang tempat kerja aku anjurkan.

Insyaallah kalau berkesempatan aku akan cuba pergi melawat Bean Moreno. Semoga beliau cepat sembuh hendak-Nya




p/s - Aien Sepet sabar jer lah yer kak ini semua ujian dari Allah s.w.t.





Sabtu, 21 Ogos 2010





Salam Ramadhan yang mulia kawan-kawan semua, 20hb Ogos 2010 yang lepas aku berbuka puasa kat Restoran Mambo, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Tujuan utama adalah untuk celebrate bestday si Azleen Azis yang ke berapa tah tapi yang penting lilin nya memang banyak dah..... ahahahhahahahah

Dekat Restoran Mambo, Kampung Baru ni boleh makan secara ala-carte atau Buffet yang berharga RM25 sahaja. Makanan pun boleh masuk la bagi aku masakkan kampungkan tapi rendang daging dia agak manis sikit la.



Makanan aku di Restoran Mambo, Kampung Baru.
Aku makan buffet style RM25 makan sampai kembung.



Aku, Adham, & Acap makan Buffet lepas tu tambah lagi dengan pencuci mulut.


Apa yang ko tengok tu Dam makan sedap sangat kerk


Celebrate pulak bestday Azleen yang ke berapa tah aku tak tau cuba korang kira berapa lilin dia tu.



Restoran Mambo, New Village katanya padahal Kampung Baru.
Siap ada wakaf lagi untuk lepak-lepak sambil shisha2


Lepas berbuka & celebrate bestday si Azleen kitaorang terus gerak g Ampang Park pergi karaoke kat sana pulak.


Lepas dari Karok plak kami terus pergi ke Keramat pekena Air Buah gelas besar pulak.


Lepas lepak kat Keramat aku dengan Adham gerak pulak pergi sBRJ kat Wangsa Maju seksyen 2 coz nak "bersahur" dengan kawan-kawan Wangsa Maju pulak.
Penat siot



Jumaat, 20 Ogos 2010

Mengharap Sumbangan Anda Yang Ikhlas






Salam Ramadhan yang mulia dan diberkati oleh-Nya. Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini tempat aku bekerja akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal dialamat Rumah Nur Hikmah Lot 1552, Jalan 18, Taman Mesra, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan pada 26hb Ogos 2010 (Khamis). Rumah Nur Hikmah tersebut mempunyai 62 orang anak yatim dan 9 orang ibu tunggal.


Aku salah seorang daripada ahli jawatan kuasa majlis tersebut ingin mencadangkan sekiranya ada dikalangan kawan-kawan yang berhasrat untuk bersedekah dan memberi sumbang kepada anak-anak yatim akan tetapi tidak berkesempatan untuk melakukannya bolehlah sekiranya ingin meminta bantuan dari aku untuk menyampaikanya kepada rumah anak yatim seperti yang aku nyatakan diatas.




Dengan nama Allah s.w.t. aku cuma hendak membantu kawan-kawan yang tidak berkesempatan untuk menyampaikannya kepada mereka yang memerlukan tiada niat untuk menipu, menyeleweng atau sebagainya dan aku juga "tidak mahu menyalakan api didalam perut aku diakhirat kelak" kerana memakan harta anak yatim adalah berdosa bersar.


Bentuk sumbangan pula adalah terpulang kepada kawan-kawan yang ingin memberi sumbangan tidak kira dalam bentuk wang ringgit, pakaian baru, pakaian terpakai tetapi bersih dan boleh dipakai makanan dan sebagainya. Jikalau kawan kawan memberikan sumbangan dalam bentuk wang ringgit aku akan sampaikannya dalam bentuk wang ringgit juga aku tidak akan menukar wang tersebut kepada barangan, Selain itu kawan-kawan juga boleh memberikan sumbangan seperti "goodies bag" seperti peralatan sekolah, peralatan sembahyang dan sebagainya.

Cara-cara untuk menyumbang wang adalah dengan cara bank in ke akaun aku dan aku akan publish bukti berapa ringgit yang korang hendak sumbangkan didalam blog picisan aku ini atau kawan-kawan boleh jumpa terus kepada aku kalau kawan-kawan hendak menyumbangkan barangan pula aku boleh buat collection dari kawan-kawan (area Kuala Lumpur jer la). Sebarang pertanyaan kawan-kawan boleh la email terus kepada aku di alamat email daydeck86[at]gmail[dot]com

Sekiranya kawan-kawan ada yang berminat untuk memberikan sumbangan bolehlah dibuat sebelum 25hb Ogos 2010. Semoga hasrat murni kawan-kawan dapat direalisasikan dengan cara begini dan tiada paksaan dari aku. Tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima.




p/s - Tempat aku berkerja tak suruh pun buat collection ni tapi aku nak membantu kawan-kawan yang tak berkesempatan jer.

- Semoga sumbangan dari kawan-kawan dapat meringankan beban anak-anak yatim Rumah Nur Hikmah tersebut.




Video Plaza GM Runtuh






Salam 1Malaysia semua. Waktu aku nak balik dari tolong member aku meniaga kat Bazar Ramadhan tadi aku dapat sms dari member aku memberi tau yang Lantai di Plaza GM runtuh. Hajat hati memang aku nak pergi ke Plaza GM hujung minggu ni tapi hajat nak kesana terpaksa dibatalkan. Aku memang suka pergi beli barang kat sana macam tuala (bukan tuala wanita la), Keronsang untuk baju melayu aku kat sana sebabnya murah tapi kena beli banyak secara borong ar.

Malam ni pulak dok blogwalking di blog Dahlia's Journal tengok video Plaza GM runtuh. Lokasi Plaza GM ni dekat Jalan Lorong Haji Taib yang memang popular dengan kawasan lelaki yang menyerupai perempuan dengan erti kata yang lain pondan. Bagi penggemar buat kek pulak pasti akan perasan Plaza GM ni kerana ianya berhampiran dengan kedai Bake With Yen yang memang popular.




Difahamkan seorang pekerja dikedai Jam tangan nyaris maut apabila siling dikedainya runtuh pada jam lebih kurang 3.15 petang tadi dan pekerja tersebut tidak sempat untuk melarikan diri kerana kejadian tersebut berlaku dalam sekelip mata sahaja. Pekerja tersebut telah diberikan rawatan pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur.


Video dan gambar semua diambil dari blog Dahlia's Journal





p/s - banyak musibah yang terjadi di bulan Ramadhan yang mulia ini mungkin Allah s.w.t. hendak menguji keimanan umat-Nya dan kita sebagai umat-Nya perlulah redha dengan ketentuan dari-Nya




Rabu, 18 Ogos 2010

Selamat Jalan Dunia Pondan Dari Azwan Ali





Salam 1 Malaysia semua, Sebelum ni aku ada post mengenai aku telah dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran Buku Selamat Jalan Dunia Pondan karya
bro Azwan Ali.
Aku dengan Jejai sampai dalam jam 5 petang. Masuk ke Tamarind Spring Restoran tersebut memang mengujakan aku makan didalam hutan yang tiada kesesakkan ibu kota.


Sewaktu disana aku dan Jejai ditugaskan sebagai penyambut tetamu terutamanya kepada artis-artis yang baru sampai. Tak kisah lah walaupun buat kerja tapi kami dapat makan free kat tempat mahal dan juga dapat berjumpa artis-artis terkenal. Memang tak rugilah aku rasa.







Cantik tak (pinjam ayat Eric Leong)


Kad Jemputan ni ada atas meja makan kat situ bukan aku dapat kad ni pun


Sebelum diberikan tugas Jejai nak bergambar dengan bro Azwan Ali


Seramai 44 orang anak yatim dari Asrama Darul Aminan, Seremban yang juga anak angkat kepada bro Azwan Ali dijemput menghadiri majlis yang penuh gemilang tersebut. Siap pakai kamera DSLR lagi anak yatim situ ekk....


Sewaktu Red Carpet kelihatan Razali Husin juga hadir dan Didi Alias & Irfan Roslan diamanahkan untuk menjadi pengacara pada majlis tersebut.


Antara tetamu yang hadir adalah Dato Yusoff Haslam bersama isterinya, Datin Noniswara, Jue Aziz, Rebeca Nur Islam, Hafiz Hamidun dan ramai lagi.


Ramlah Ram mendendangkan Diam-Diam Jatuh Cinta lagu hits nya tahun 1988


Diana Danielle kekasih gelap kepada Jejai & Sirman (Kak Red mu jangan sentap okeh) sedang diwawancara oleh pihak TV3


Lady Gaga Malaysia atau Alyah juga turut hadir.


Pasangan ideal (bukan susu cap ideal) yang sedondon dimalam itu Mawi & Ekin.


Nash dan isteri tercinta Sazzy Falak juga sedondon.


bro Azwan Ali untuk yang gambar atas dan Azwana (jangan marah bro gurau jer) untuk gambar yang bawah yang penting Selamat Jalan Dunia Pondan


Jejai bersama Farahwahida (betul ker ekk)


Jejai bersama orang kampungnya Bob Mesreeee....


Ingat Jejai jer ke nak bergambar dengan artis aku pun nak gak
ni bergambar dengan kak Rock Terjah gelak dia memang tak bleh tahan punya.


Sporting ar Farahwahida ni.

Aku dengan janda meletup tak lain tak bukan Nora Danish la. Daydeck Dannish pun ok gak
ahahahahhahahhahaa perasan plak aku.


Antara tetamu yang terkenal RedMummy dengan suami terchentanya RedDaddy


RedMummy dengan body guard nyer
pic curi dari blog RedMummy


p/s SumiJelly jangan nak jeles ekk....