Masyuk

Jumaat, 20 Ogos 2010

Video Plaza GM Runtuh






Salam 1Malaysia semua. Waktu aku nak balik dari tolong member aku meniaga kat Bazar Ramadhan tadi aku dapat sms dari member aku memberi tau yang Lantai di Plaza GM runtuh. Hajat hati memang aku nak pergi ke Plaza GM hujung minggu ni tapi hajat nak kesana terpaksa dibatalkan. Aku memang suka pergi beli barang kat sana macam tuala (bukan tuala wanita la), Keronsang untuk baju melayu aku kat sana sebabnya murah tapi kena beli banyak secara borong ar.

Malam ni pulak dok blogwalking di blog Dahlia's Journal tengok video Plaza GM runtuh. Lokasi Plaza GM ni dekat Jalan Lorong Haji Taib yang memang popular dengan kawasan lelaki yang menyerupai perempuan dengan erti kata yang lain pondan. Bagi penggemar buat kek pulak pasti akan perasan Plaza GM ni kerana ianya berhampiran dengan kedai Bake With Yen yang memang popular.




Difahamkan seorang pekerja dikedai Jam tangan nyaris maut apabila siling dikedainya runtuh pada jam lebih kurang 3.15 petang tadi dan pekerja tersebut tidak sempat untuk melarikan diri kerana kejadian tersebut berlaku dalam sekelip mata sahaja. Pekerja tersebut telah diberikan rawatan pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur.


Video dan gambar semua diambil dari blog Dahlia's Journal





p/s - banyak musibah yang terjadi di bulan Ramadhan yang mulia ini mungkin Allah s.w.t. hendak menguji keimanan umat-Nya dan kita sebagai umat-Nya perlulah redha dengan ketentuan dari-Nya




1 comments:

DaHLia berkata...Best Blogger Tips

alahai daydeck..thanks :)