Masyuk

Selasa, 10 Ogos 2010

Jadual Berbuka Puasa 2010 & Tarikh Melihat Anak Bulan 1431h




Pejam celik, Pejam celik dah dekat setahun masa berlalu agak singkat jugak la dan tak terasa satu tahun telah berlalu kini ianya datang kembali.
Puasa tahun ni aku cam biasa jer tak der la nak lebih-lebih selalunya dua minggu sebelum puasa dah pergi tempah baju melayu tapi tahun ni aku cam malas jer nak tempah baju melayu bukan apa dah banyak sangat baju melayu dalam gobok aku tu tapi pakainya tak selalu cuma Hari Raya Puasa, Hari Raya Ziarah (itupun kalau ikut mak cik aku balik ke Bangkinang), Hari Raya Haji, Menziarah Orang Meninggal Dunia & Kenduri Tahlil (itupun jarang pakai). kalau tak haram nak pakai baju melayu bukan apa cuma sayang nak pakai jer tempah mahal mahal pastu jahanam cam tu jer.

Ok ler sebenarnya aku nak update pasal Jadual Imsak dan Waktu Berbuka Puasa 2010 bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.
Ingat yer dibulan yang mulia ni sila ikut Jadual waktu berbuka puasa yang betul jangan suka hati jer nak berbuka puasa jam 12 tengah hari kalau rasa nak naik Kereta Jenazah keliling Kolumpo boleh la try berbuka puasa jam 12 tengah hari tu.

Petang ni hari Selasa, 10 Ogos 2010 bersamaan 29 Syaaban 1431 Hijrah adalah tarikh melihat "Anak Bulan" bagi bulan Ramadhan di kawasan kawasan berikut :-


Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya


Selatan Tanahair
Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor)


Utara Tanahair
Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah). Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).


Pantai Timur
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan). Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).


Sabah & Sarawak
Tanjong Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah. Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan)



Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui Radio dan Televisyen, menurut kenyataan itu


Dikesempatan ini aku nak mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakan-rakan yang pernah jumpa mahupun tidak tak kira dimana berada.
Selain itu aku nak memohon kemaafan kepada semua rakan-rakan sekiranya ada yang terkurang dari aku tak kiralah kurang ajar ker, kurang asam ker, apa segala jenis kurang ler. Semoga Ibadah kita semua diterima oleh Allah s.w.t. dan diberkati hendak-Nya.




2 comments:

Hezesuze berkata...Best Blogger Tips

selamat berpuasa uols

Matjoe berkata...Best Blogger Tips

bro, lu kene puasa. kasik kurus skit