Masyuk

Isnin, 9 Ogos 2010

Seniwati Mariam Baharom Meninggal Dunia?







Terkejut pagi ni dapat info dari member opis aku dalam Twitter mengatakan bahawa Seniwati Mariam Baharom meninggal dunia subuh ini di Singapura.
Seniwati Mariam Baharom pernah membintangi filem Abu Hassan Penchuri pada tahun 1955.
Penyanyi yang popular dengan lagu Gadis dan Bunga Rahimah Rahim adalah anak kepada Seniwati Mariam Baharom bersama En. Rahim Hamid yang digelar Nat King Cole Singapura.
Allahyarham Bat Latiff juga adalah anak Seniwati Mariam Baharom.
Seniwati Mariam Baharom juga adalah kakak kepada allahyarhamah Seniwati Saadiah dan ibu saudara kepada Fauziah Ahmad Daud. Kalau betul apa yang aku dapat tahu bahawa Seniwati Mariam Baharom meninggal dunia takziah aku ucapkan kepada keluarga beliau,
Semoga Dicucuri rahmat ke atas beliau. Kalau salah info yang aku dapat mohon maaf kepada beliau dan keluarga beliau.


2 comments:

Unknown berkata...Best Blogger Tips

salam daydeck..akak cilok info ek..malas nak cari info..tq very much

Tanpa Nama berkata...Best Blogger Tips

Salaam. Maklumat ini sahih lagi tepat. Saya berhubungan dengan anak Allahyarhamah sendiri iaitu Mohamad Rafi Latiff Bin Haji Mohamad Ali, adik kepada Allahyarham Bat Latiff, abang tiri kepada Rahimah Rahim dan sepupu kepada Fauziah Dato' Ahmad Daud. Ketika bercakap dengan beliau pada pukul 12 tengahari tadi, beliau dan Fauziah Dato' Ahmad Daud sedang dalam perjalanan berkereta ke Singapura, telah pun melepasi negeri Johor. Sama-samalah kita mensedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Hajjah Mariam Binti Hajjah Maimon atau Baharom semoga ALLAH merahmati ruh beliau amiin. Jenazah Allahyarhamah dijangka akan dikebumikan di Singapura selepas Asar hari ini insya-Allah. Kita telah kehilangan seorang lagi Bintang Seni di persada filem Melayu Nusantara.