Masyuk

Khamis, 9 Disember 2010

Shani Cafe Wangsa Walk





Salam 1 Malaysia semua, Aku nak cerita cuti 1 Muharam yang lepas aku dengan kengkawan aku pergi makan dekat Shani Cafe di area Wangsa Walk. bagi aku ini adalah 1st time singgah makan kat Shani Cafe ini tapi kengkawan aku boleh dikatankan tiap-tiap weekend makan kat Shani Cafe ini. Korang percaya tak makan secara buffet nasi campur cuma RM6 makanan kat Shani Cafe ini pulak boleh kata masuk kat "tempolok" aku ni ler rasa macam masakan Negeri Sembilan dan Melaka. Cuma dengan RM 6 sahaja pelangan boleh menikmati gulai ketam (waktu aku pergi dah nak abis) ikut ikut suka korang. Selain gulai ketam pelbagai lauk yang disediakan antaranya adalah Ikan keli goreng berlada, paru goreng berlada, ikan pari masak asam pedas, dan macam-macam lagi. Waktu aku makan di Shani Cafe ini ada juga pengat pisang yang disediakan bagi aku makan kat Shani Cafe ini memang berbaloi tak rugi makan kat sini aku rasa kalau tak percaya pergilah cuba. Kebersihan pun aku tengok kedai ni dia jaga.



Pandangan dari luar kedai berhadapan dengan kedai menjual piala di Wangsa Walk

Suasana didalam Shani Cafe yang simple tapi makanan superb




kalau terasa ingin singgah di Shani Cafe bertempat di alamat
No.20 Jalan Wangsa Delima 11,
D'Wangsa Link Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.
Bersebelahan dengan Wangsa Walk ,Satu Barisan Dengan CIMB Bank.


Shani Cafe menyediakan Buffet untuk Breakfast dan Lunch serta minum Petang..
Breakfast Buffet =RM.4.00 /person
Lunch Buffet=RM 6.00/person
Tea time=RM4.00/person
p/s - rating yang aku bagi untuk Shani Cafe ini adalah

8.5/10 untuk makanan (tengah hari)
6/10 untuk decoration



*Gambar amik akt blog shani cafe coz aku tak bawak camera
* Tempolok tu adalah tekak ler


1 comments:

JMR berkata...Best Blogger Tips

rm6 utk lunch buffet???? gaya mcm berbaloi2 dan berbaloi lagi berbaloi nih...