Masyuk

Ahad, 23 Jun 2024

DUNIA KELADI



Salam semua,
Aku kembali bersiaran harini, sebab kerinduan menulis warkah kehidupanku disini. Wah mcm segmen ADILA (aku dia Dan lagu) pulak di Radio Klasik. 😂😂😂


Suatu masa dahulu rumahku pernah menjadi tumpuan peminat pokok hiasan iaitu keladi yg sangatlah viral. 

Aku juga turut menjual anak-anak pokok hiasan tersebut kepada ramai peminatnya ketika itu. Orang cakap rezeki PKP dek kerana Covid19 waktu itu. 

Kebetulan ramai org yg tengah bersemangat utk bercucuk tanam ketika itu, tp sekarang pokok keladi harga nya mampu milik tp kurang permintaan. 

antara I'd yg masih ada dalam simpan an aku Dan aku terus menjaganya.

Sekarang minatku telah beralih ke pokok bromeliad yg lebih mudah dijaga kerana tidak perlu diberi kan perhatian yg banyak. 

Khamis, 20 Jun 2024

Rezeki Duniaku



Sambil-sambil mengemas depan rumah tiba² ada kereta berhenti...


🧕 Assallamualaikum
🙋🏽 Waalaikumsalam kak
🧕 Adik jual bunga ke?
🙋🏽 Jual je kak, saje suka² menanam ni tp kalau ada yg nak beli saya jual je.
🧕 Akak nak pokok ni, akak nak pokok ni OK berapa semua total.
🙋🏽 Semua skali RMxxx
🧕 Haaa nah amik ni tak yah pulang kan baki.
🙋🏽 Alhamdulillah, semoga murah rezeki Dan diberi kan kesihatan yang baik buat akak sekeluarga. Terima kasih sudi beli dari saya kak.
🧕 Samo-samo dik nanti akak datang lagi bawak kawan-kawan.





Akak tu pun terus berlalu pulang ke pangkal jalan, Harap berpuas hati dengan apa yg beliau dapat.

#SyukurSelalu

Duniaku Kini



Sekadar berkongsi sedikit tentang kehidupan aku sekarang.

Hampir 10 tahun aku tidak berkerja dan tidak lagi menetap di Kuala Lumpur. Aku lebih selesa tinggal di Kampungku di Seremban, Negeri Sembilan walaupun masih bersendirian tp aku masih happy dalam meneruskan kehidupan ku disini.

Disini aku membuat pelbagai pekerjaan Dan selalunya aku mendapat tempahan Mini Katering untuk sebarang majlis. Alhamdulillah diberi kan bakat dalam memasak sejak kecik lgi.

Antara menu² yg aku Terima tempahan dari pelanggan.

Dimasa lapangku aku lebih suka untuk bercucuk tanam dihalaman rumahku ini. 

trend sekarang orang lebih suka menanam pokok bromeliad sebab tak perlu dijaga sangat, sebelum ni aku banyak tanam pokok keladi. 

OK lah nanti aku sambung update lg walaupun aku tau tak ada org yg menyinggah di blog picisan aku ini. 🤣🤣

Kembali Semula



Assalamualaikum semua,
Aku kembali semua dalam meniti kehidupan yg semakin tua. 😂😂😂

Dikala subuh hening diwaktu hujan membasahi bumi hatiku terdetik untuk kembali mencoret diruangan yg pernah ku jalani bersama teman² yg pernah mewarnai kehidupan aku dulu. 

Kebanyakkan mereka sudah lama berpencen Dan ada juga yg masih aktif berkarya dengan coretan mereka dari dunia blogger ini antaranya Adalah Kak Ina KL, Joe, MelzRomea, BeanMoreno, Cik Lily Putih, Sumi Jelly, Jard, Aus, Eyriqazz, Anak Perak, Cik Epal, Nik Mashitoh dan ramai lagi. Alfatihah juga utk arwah Jejai & didi yg telah mendahului kita bertemu Sang Pencipta. 

Hatiku terpanggil kembali utk mencoret kehidupanku di platform ini setelah terbaca status Fb Cik Lily Putih berikut:- 
Terus terdetik utk search aplikasi blogger ni di Google play, ah ada dah aku je ketinggalan, lepas ni mungkin aku akan kerab update setelah adanya aplikasi blogger ni di HP ku. 

stay tune gaes untuk update ² mendatang dari AKU DENGAN DUNIAKU... 🤣🤣🤣