Masyuk

Memaparkan catatan dengan label sunway lagoon. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sunway lagoon. Papar semua catatan

Selasa, 1 November 2011

Digi Pitbull – I Like










Salam semua,
Entry hari ini mengenai PITBULL yang bakal mengadakan konsert di Malaysia nanti.


1. Siapa PITBULL tu? 
Tipulah kalau korang tak kenal siapa PITBULL tu aku yang sengal ni pun boleh kenal dengan penyanyi yang tengah hot dengan lagu Rain Over Me berduet dengan Marc Anthony tu. Selain itu antara lagu lain yang popular dan sedap didengar adalah lagu Hey Baby (Drop It To The Floor) berduet dengan T-Pain beliau juga bakal mengadakan konsert di Malaysia. 




2. Bila dan dimanakah PITBULL akan mengadakan konsertnya di Malaysia nanti?
Pada 1 December 2011 akan datang Pitbull akan datang ke Malaysia untuk mengadakan konsert di Surf Beach, Sunway Lagoon. Kehadiran PITBULL ke Malaysia nanti membuatkan DIGI berbesar hati untuk mengadakan pertandingan yang untuk semua blogger yang berminat dengan dunia photograpy untuk menjadi official photographer untuk event tersebut nanti. 


3. Mengapa DIGI patut memilih aku untuk menjadi Official Photograpy untuk event ini nanti? 
Walaupun aku bukan seorang profesional tapi aku akan mencuba untuk mengambil gambar event tersebut dengan sebaik mungkin sebab inilah peluang keemasan yang tak mungkin akan aku bazirkan dengan sewenang-wenangnya.


4. Pamerkan gambar terbaik yang pernah aku shoot sebelum ini.
Dibawah adalah antara gambar-gambar yang pernah dah ianya adalah gambar yang dishoot sendiri oleh aku.






Gambar ini diambil sewaktu majlis sambutan hari raya 2011 di tempat aku berkerja.



 Sewaktu majlis pelancaran album DEWA dari Ning Baizura di Zouk.


 
 Aliff Afif antara pelajar Akademi Fantasia sewaktu event DIGI W8 di Mist Club, Bangsar pada bulan Julai yang lepas.


 
 Photoshoot di Taman Tasik Perdana bersama rakan dan keluarganya.


 
 Adham Syafiq yang sedang berposing sewaktu meninjau lokasi di Morib pada bulan May 2011 yang lepas.





- Berharap juga untuk dapat hadir ke Konsert PITBULL di Sunway Lagoon ini nanti. Kepada yang berminat untuk membeli tiket konsert tersebut bolehlah lawati laman web berikut untuk membeli tiket konsert tersebut DISINI dengan harga dari RM138 - RM398


- Aku rasa DIGI juga mesti jemput kumpulan Waka Waka Dance pada hari tersebut.







Isnin, 18 Oktober 2010

Gambar Nuffnang Glitterati Plus Open Meeting - Last




Salam 1Malaysia semua, Entry semalam akan bersambung di blog picisan aku ini. Ingatkan kat opis tadi kurang kerja leh la aku curik-curik update blog tapi tak da makna nya tak sempat aku nak mengulor tadi kau. Sekarang kat umah leh la aku menghapdet apa yang tertunggak bukan bil air dah tertunggak la wey.



Bak kata Kak Ina KL cam pelakon hindustan si Hamzah har har har dengan Cik Lily Putih. Owh korang berdua pergi dating ekk....


Dengan penuh bergaya dan bersemangat Cik Lily Putih snap gambar yerk.


Sebenarnya kami tak tau nak buat apa tu pasal lah kami jenjalan amik gambor
watak dalam gambar diatas adalah Eyriqazz, Kak Ina KL, Chearmster, Hamzah, Cik Lily Putih, Darkbatman, Sharinginfoz, Jejai, Hazman, Lucky Strike & sorang lagi aku tak tau siapa sila perkenalkan diri sekiranya anda singgah disini.


Frestyle dari kami adalah cobaan untuk menghadang Kak Ina KL dari bergambar.
eehhehehehehheeee



Cantik view kat tempat ni.


Wajah ayu Cik Lily Putih menahan kepanasan bahang matahari.


Lepas tu bermulalah pengembaraan kami di Taylor's University tersebut


Antara kos yang ditawarkan di Taylor's University adalah seperti berikut.
School of Architecture, Building and Design
School of Biosciences
Taylor’s Business School
School of Communication
School of Computing and IT
The Design School
School of Engineering
School of Hospitality, Tourism and Culinary Arts
Language Centre
Taylor’s Law School
School of Medicine


Semasa didalam makmal engineering


Kereta pecut ini adalah rekaan pelajar Taylor's University dan baru sahaja memenangi tempat pertama.


Tengkorak betul ke tipu itu aku tak tau ler tengok dari jauh jer sebabnya tak boleh masuk pun.


Siapa yang belajar amik kos MASS COM kat sini untung la sebabnya dapat menggunakan apple untuk pengetahuan korang kat sini jer menggunakan APPLE screen yang paling besar, menurut kakitangan Taylor's University tu ler.


Beg siapalah aku main cilok jer amik gambar ni.


Ini sewaktu dalam library tak tau la apa yang si sawanila cuba terangkan.
ehehheheehe


Yang lain duk sibuk melabuhkan punggung di dalam library sebab memasing kepenatan dalam ni best sejuk aircond dia.


Jejai cam nak bersalsa jer.


Cik Lily Putih yang sibuk mengambil gambar.


Kak Ina KL sedang melayan Jaz, Miss Xeroz dan adiknya dibawah tangga dua generasi berbeza.


Hamzah tersengih lucahnya, Cik Lily Putih pula sedang korek lombong bijih timah, Kak Ina KL tak tau gelak pasal apa.


Muka amarah seorang ibu terhadap anaknya.


Restoran ni tutup kalau tak boleh tengok cara orang buat arak.


Kebetulan jer ni.



p/s - dah abis dah gambarnya. Kak Ina KL pun dah tolong aku updatekan blog aku diblognya.
eheheheheheee.... bila nak gather2 lagi ni



Ahad, 17 Oktober 2010

Gambar Nuffnang Glitterati Plus Open Meeting - 1



Kali ini aku tak "kencing" korang pasal kali ni entry memang ada gambar sewaktu Nuffnang Glitterati Plus Open Meeting hari Sabtu aritu walaupun terlambat sebab aku kena siapkan hantaran member aku dia suruh tolong pun last minit nak buat cam mana tolongkan jer la.


Hari Sabtu aritu aku dah lah hangin mencari Bank dari Setapak sampaikan ke Danau Kota setiap bank aku jumpa aku berhenti nak
"cocok" duit sebab dalam kocek ada 10 hengget jer tu pasal aku terlambat sket sampai di Danau Kota. Sampai jer kat tempat yang dijanji aku dengar ada orang jerit nama aku "daydeck" tengok-tengok si Eyriqazz ngan Kak Ina KL tengah dating "breakfast" kat kedai area situ. Lepas tu aku "kacau daun" depa dating sebab nak tunggu Cik Lily Putih sampai sebabnya kami memang dah janji nak habiskan minyak kereta Cik Lily Putih.
Lepas tu kitaorang lepak sat and then terus gerak ke Taylor's University di Sunway.



Yang penting kami sampai awal dari Jejai Fink


Nampak pulak papan tanda ni terus snap gambar sat.


Kak Ina KL yang senantiasa menyeringai


Dengan gaya ala-ala Rosyam Nor la konon tu.


Sewaktu mendaftar bukan daftar undi untuk DUN Galas yer. Jejai Fink plak sibuk dengan camera hp yang dipinjamnya. Sharinginfo duk sibuk peratikan Kak Ina KL


Awek-awek cun yang setia menjaga kaunter pendaftaran.


Kusyuk sangat Cik Lily Putih & Kak Ina KL mendengar penerangan mengenai Glitterati Plus ni


Taiko dari Nuffnang siapa lagi kalau bukan TimothyTiah


Penerangan dari President Glitterati Plus sapa lagi kalau bukan tokey tehtarik penyampaian yang simple tapi padat.


Korang baca la Carta Organisasi Glitterati Plus ni

President - Sha
Vice President - Tian Chad
Secretary - Atreyu
Tresurer - Suresh
Event Planner - Serge


Nak jadi ahli Glitterati Plus mestilah memenuhi kriteria-kriteria diatas.

dan syarat-syarat untuk menjadi ahli Glitterati Plus adalah seperti dibawah ini :-
  1. aktif berblog sekurang-kurangnya 5 entry dalam masa sebulan
  2. Menyertai at least 30% daripada events yang dianjurkan oleh Nuffnang
  3. Menyertai at least 50% daripada contests Nuffnang
(sekurang-kurangnya korang kena pilih 2 daripada 3 syarat yang ditetapkan)


Slide penutup selepas penarangan dan FaQ kepada TimothyTiah & Tehtarik



Selesai penerangan & FaQ bagai apalagi masa untuk menchekik la sambil tu gosip & amik gambor ler apa lagi biasalah ketua Tali Barut Kak Ina KL, Aku, Darkbatman, Sawanila & Cik Lily Putih.


Jejai Fink dok sibuk promote Rosham Nor dia jer. Hazman plak duk menyegih jer.


Hamzah - aku tak nak kawan ko
Adik Darkbatman - tak nak kawan sudah, ada aku kesah
Red - lantak korang la malas aku nak layan


Cik Lily Putih bersama anak ikan Hamzah barunya selepas berjaya merebutnya dari Sumijelly.


Event belum habis si Anak Perak dengan Red dah sibuk nak balik mesti nak gi dating kat Sunway Lagoon kan.


Kak Ina KL dengan Micheal orang kuat Nuffnang juga ni kena buat baik dengan dia ni nanti dapat banyak adv.




Entry ini akan bersambung kerana Internet dirumah agak slow malam ini segala gambar akan disambung malam esok yer.
Mohon maaf kepada semua kerana aku banyak "MEMBAHAN" korang dalam entry ini