Masyuk

Memaparkan catatan dengan label wangsa walk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wangsa walk. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Ogos 2011

Buffet Ramadhan Di Shani Cafe - Wangsa Walk






Salam semua, Bulan puasa kebiasaannya semua orang akan mencari tempat-tempat menarik untuk berbuka puasa. Kebiasaannya juga hotel adalah tempat yang menjadi pilihan untuk dikunjungi oleh umat islam untuk berbuka puasa. Tahun ini aku dengan rasanya tak organize majlis berbuka puasa bersama teman-teman bagi aku tak perlu kot untuk berabis lebih dari RM50 seorang untuk berbuka puasa walhal makan tak seberapa pun lebih baik masak sendiri dapat makan 1 keluarga. Hari ini aku pergi makan ala buffet juga tapi dengan harga yang murah iaitu RM10 seorang, kalau budget RM10 seorang aku rasa tersangatlah okey untuk berbuka puasa. Tempatnya adalah di Shani Cafe. Kalau korang terasa nak belanja keluarga korang aku rasa kat sini amatlah sesuai dengan budget yang tak berapa besar. Makanan yang disediakan juga agak mewah juga.



Menu yang disedikan juga agak mewah jugalah dengan bermodalkan RM10 seorang.




Kalau korang berminat untuk pergi ke Shani Cafe ini alamat adalah seperti berikut:-

No. 20,
Jln Wangsa Delima 11,
D'Wangsa Link, Wangsa Maju,
53300, Kuala Lumpur

Atau


41,
Jln Dwitasik 1,
Dataran Dwitasik,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Kuala Lumpur


Nak buat tempahan di nombor telefon 0132699799 - Azam


Lagi Info Disini
http://shanicafe.blogspot.com/
http://www.facebook.com/pages/Shani-cafe/156799697695631
http://www.daydeck86.com/2010/12/shani-cafe-wangsa-walk.html


Selasa, 21 Disember 2010

Berjimba Di Wangsa Walk Part II







Selamat pagi semua, pagi ni aku nak sambung cerita semalam pasal berjimba dekat Wangsa Walk hari tu. Lepas membowlingkan diri kami semua terus pergi karaoke kat area situ gak. Kalau karaoke tu aku suka ikut jer nyanyi jangan haraplah suara cam katak bawah tempurung banjir KL ni nanti sapa yang susah bukan budget suara aku sedap giler okeh. Karaoke kali ini ditaja oleh Chearmster yang sore di power siot nanti kalau aku kawen nanti aku nak suruh dia berduet dengan Redlinda kompem best punya. Malam tu dekat jam 2.30 pagi jugalah kitaorang balik separuh awal-awal dah balik tak bujang ar cam tu wey tapi tak perlah janji family korang tak marah coz balik lambat sangat.


No camera pelissss itu ayat minah ni budget artis la sangat. ko ingat ko Hanis Zalikha ker wey. ehehehhee


Duta terbaru kukis Kak Ina KL tapi aku tak tau lah dia ni makan free jer atau ada order ke tak kukis sedap ngan Kak Ina KL


Tak payah aku ulang la yer Cik Norfa tak payah pakai MIC sebab suara dia dah macam petir.

Apalah yang masih tak puas hati oleh Cik Norfa tu yer, Si Aus plak dok sibuk mengajar anak Kak Ina KL cara-cara nak masuk clubbing. ahahhahahaaa


Memula tu penuh dalam bilik tu dengan kehadiran kami semua makanan dan minuman malam tu ditaja oleh Chearmster terima kasih daun keladi semoga rezeki ko bertambah bro.


Inilah awek yang nyanyi paling best malam tu dia cakap dia kanak-kanak ribena. Ribena la sangat ko tia oi.....


Korang tak percaya suara si kanak-kanak ribena tu lunak kalau tidak tak kan lah sampai terkesima Chearmster merenung si Kanak-kanak ribena tu.


Anak Perak pulak muka agak sugul jer malam tu adakah ada perselisihan faham dengan Redlinda, Lepas Redlinda balik barulah Anak Perak menyanyi pulak lagu sedih + jiwang karatz jerk. ehehehhee


waktu ini sebahagian orang dah balik tu pasal lah yang tinggal bagaikan dah naik sheikh sampai panjat kerusi tu. nasib baik sofa tu kuat kalau tak mau roboh selepas Mr. Manager memanjatnya.


Inilah artis yang paling top pada malam itu korang ingat Kak Ina KL nyanyi lagu Dato Sharifah Aini ker dia nyanyi lagu Kekasih Awal Dan Akhir lagu Jamal Abdillah tu korang boleh ker?




p/s - Bak kata Aus malam tu paling best sebab tak ada cerita pasal blog atau nuffnang pun cuma cerita pasal gembira jer.



Ahad, 19 Disember 2010

Berjimba Di Wangsa Walk Bersama Blogger's





Salam hari Isnin yang indah (haktuiiii). Sapa yang suka hari Isnin ni? lain lah hari Jumaat kompem semua suka. Oklah aku nak cerita pasal hari Jumaat lepas selepas waktu kerja dalam jam 8.00 malam kami para blogger's yang masuk air telah melepakkan diri di Wangsa Walk, Wangsa Maju. Ini semua planning aku, Kak Ina KL ngan Aus memasing dah lama tak berjumpakan. Tujuan utama adalah nak berjimba-jimba setelah lama tak berjumpa. Dalam keadaan hujan renyai-renyai aku pun redah jer dari Sentul menuju ke Wangsa Walk tu. Antara watak yang terlibat adalah Kak Ina KL, Chearmster, Tia, Ery a.k.a. Tifa, Jard The Great, AusMelankolik, Cik Norfa, Anak Perak, Redlinda, Hamzah Gay, Miera, Eykameow, Cik Hel lagi sapa ekk yang aku tak list ni?


Memang dah rancang nak main bowling kat Wangsa Walk tu sampaikan Mr. Manager Kak Ina KL cakap kat aku jangan tak jadi main sudahlah memang hampa aku.


Aksi-aksi terlampau dari anak-anak dara, mak dara & PAK DARA. ahahahhaa


Aus jangan salahkan aku yer gambar ko cam ni.


Musuh aku dengan Aus kitaorang memang tak suka dengan mamat ni sebab di suka melucah. ahahahahahhaa


Sumpah aku suka dua gambar diatas ini macam ada chemistry kan dua gambar ni. gambar yer bukan orang nya tapi kalau betul apa salahnya kan.


Pandang-pandang jeling-jeling cam lagu Dato SM Salim feat Dato Siti Nurhaliza plak kan.


Aku rasa gambar depa berdua ni pulak banyak ekk.


Lepas main bowling kami semua pergi KAROK'S yang ditaja oleh Chearmster memang power siot suara dia patut kena masuk AF ker Mentor ker etc. Suara Redlinda pun leh tahan gak Sore Cik Norfa plak tak yah pakai microfon pun dah cukup kuat.






p/s - Gambar karok akan menyusul maybe malam ini ataupun esok


Rabu, 15 Disember 2010

Bowling Bersama Ketua Tali Barut



Adalah dimaklumkan bahawa Aku, Kak Ina KL & Aus akan melepak di Wangsa Walk, Wangsa Maju. Kami bercadang nak main bowling sekaligus mengambil "kukis" sedap yang telah diorder dari Kak Ina KL.Kepada Tali Barut Kak Ina KL jom kita meramaikan aktiviti ini sekaligus menghapuskan dendam rindu sesama tali barut. kah kah kah
Ini bukan tournament yer sebab tak ada hadiah pun yang akan disediakan kita cuma nak bersuka ria jer. Kos untuk bermain bowling tersebut adalah SDN. BHD.
sebab kami tak kaya cam Chearmster yang selalu belanja kengkawan KAROK's. Selain itu kita bolehlah bergossip tentang isu semasa dan ketawa berdekah-dekah.




Tempat : Wangsa Walk Wangsa Maju
Tarikh : 17 December 2010 (Jumaat malam Sabtu)
Masa : Selepas Maghrib


p/s - tiada paksaan untuk menyertai aktiviti ini, kalau kami bertiga jer yang ada kami akan lepak kat NZ jer kot.

Selasa, 14 Disember 2010

Cer Citer Cer Citer




Malam minggu lepas aku, Atan Tuya, Ajoy & Adham g tengok wayang cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah kat panggung TGV Wangsa Walk. Tengok wayang jam 11 malam sebabnya semua orang dok sibuk kata cerita ni best memang pecah panggung la wey. Bagi aku cerita ni memang kelakar la terutama watak yang dipegang oleh Johan dengan pak cik lembut bekas penari kebangsaan tu, kat sini kompem tak da sinosis cerita ni sebabnya dah ramai yang update sinopsis cerita ni dekat blog depa. Mamat Khalid ni otak dia memang kalau melawok memang layan cam cerita Zombie Kg Pisang dulu pun kelakar juge, tapi Atan Tuya, Ajoy & Adham cakap cerita Aku Tak Bodoh lagi kelakar. Bagi aku pulak dedua cerita ini mempunyai kekuatan tersendiri kot. Macam cerita Mamat Khalid ni memang suka cerita kalau boleh cerita 1 malam jer yang selalu dia buat. Part yang kelakor adalah apabila pak uda cakap panjang nyer "kopek" aku terus tergelak berdekah-dekah sebabnya aku tau maksud "kopek" tu adalah payudara ataupun TETEK. Korang pergilah layan cerita hantu kak limah yang bukan hantu sebenarnya tapi Cik Nin (Umi Nazeera) yang hantu cantik sebenarnya. Mesti korang hangin last sekali tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah..... cer citer cer citer.....



Khamis, 9 Disember 2010

Shani Cafe Wangsa Walk





Salam 1 Malaysia semua, Aku nak cerita cuti 1 Muharam yang lepas aku dengan kengkawan aku pergi makan dekat Shani Cafe di area Wangsa Walk. bagi aku ini adalah 1st time singgah makan kat Shani Cafe ini tapi kengkawan aku boleh dikatankan tiap-tiap weekend makan kat Shani Cafe ini. Korang percaya tak makan secara buffet nasi campur cuma RM6 makanan kat Shani Cafe ini pulak boleh kata masuk kat "tempolok" aku ni ler rasa macam masakan Negeri Sembilan dan Melaka. Cuma dengan RM 6 sahaja pelangan boleh menikmati gulai ketam (waktu aku pergi dah nak abis) ikut ikut suka korang. Selain gulai ketam pelbagai lauk yang disediakan antaranya adalah Ikan keli goreng berlada, paru goreng berlada, ikan pari masak asam pedas, dan macam-macam lagi. Waktu aku makan di Shani Cafe ini ada juga pengat pisang yang disediakan bagi aku makan kat Shani Cafe ini memang berbaloi tak rugi makan kat sini aku rasa kalau tak percaya pergilah cuba. Kebersihan pun aku tengok kedai ni dia jaga.



Pandangan dari luar kedai berhadapan dengan kedai menjual piala di Wangsa Walk

Suasana didalam Shani Cafe yang simple tapi makanan superb




kalau terasa ingin singgah di Shani Cafe bertempat di alamat
No.20 Jalan Wangsa Delima 11,
D'Wangsa Link Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.
Bersebelahan dengan Wangsa Walk ,Satu Barisan Dengan CIMB Bank.


Shani Cafe menyediakan Buffet untuk Breakfast dan Lunch serta minum Petang..
Breakfast Buffet =RM.4.00 /person
Lunch Buffet=RM 6.00/person
Tea time=RM4.00/person
p/s - rating yang aku bagi untuk Shani Cafe ini adalah

8.5/10 untuk makanan (tengah hari)
6/10 untuk decoration



*Gambar amik akt blog shani cafe coz aku tak bawak camera
* Tempolok tu adalah tekak ler


Khamis, 11 November 2010

Nuffnang Premiere Screening of Skyline





Selamat tengah hari kepada sesiapa yang menyinggah kat sini. Malam semalam aku mendapat jemputan menonton tayangan perdana cerita Skyline di TGV Wangsa Walk, Wangsa Maju. Oleh sebab aku dah familiar dengan tempat tu jam 8.30 malam baru aku keluar rumah. Aku dapat 2 tiket "per" dari Nuffnang satu lagi aku bagi kat member kat rumah aku Adham tapi kitaorang gerak asing2 sebab aku malas nak tunggu dia yang "lem" untuk bersiap mengalahkan anak dara nak bersiap plak rasanya.



Cerita ini bermula mengisahkan sekumpulan mahluk asing dengan erti kata lain alien yang datang dari Planet Marikh kalau tak silap aku datang menyerang ke bumi menyedut semua manusia untuk diambil otaknya supaya boleh menghidupkan Alien yang baru. Alien dia pulak ada macam bentuk obor-obor yang terbang tinggi-tinggi di awan biru.



Sewaktu menyedut manusia dibumi wajah manusia tersebut akan berubah seperti timbulnya urat-urat diseluruh tubuh mereka sehinggalah mereka disedut masuk ke dalam tubuh alien tersebut.



Motif cerita ini aku rasa adalah untuk menyelamatkan diri daripada ditelan oleh alien tersebut semua orang mati ditelan oleh alien tersebut termasuklah hero & heroin cerita ini tapi last sekali la hero & heroin ni kena sedut dalam keadaan sedang bercium mulut. Bagi aku cerita Skyline ni agak bosan la sebabnya babak cerita ini membuatkan semua orang pening aku rasa. standard blogger bagi rating 2/10 tapi aku lagi kejam bagi rating 1.5/10 sampaikan aku boleh bergayut dengan Kak Ina KL lagi waktu kat dalam panggung. Orang lain aku tak tau la bagi rating berapa, Lain padang lain belalang, lain orang lain pandangan.




Waktu aku dah register nama aku Cik Lily Putih terus call aku cakap dia ada dekat kedai makan Heritage House kat area TGV Wangsa Walk tu. And Then aku joint Cik Lily Putih, Mr. Big, Mohd Faez Bin Mat Rudin & Sharing info melepak. Anak Perak dengan Redlinda aku tak tau dia "merendek" kemana.



SharingInfoz berpasangan dengan Mohd Faez Bin Mat Rudin



Lepas tu baru Anak Perak, RedLinda & Chearmster datang join kami.



Amboi....amboi....amboi chearmster apa yang ko dok ushar si Redlinda tu nasib baik Anak Perak tak perasan kan.



Muka berlagak seorang pemenang BlackBerry Torch yang bakal dijualnya siap nak "bida" lagi ko ingat blog lucah ko tu ebay per. Nak beli motor baru katanya mat rempit la ni.



Ramai cakap dia ni GAY tapi bila aku tengok pic ni aku rasa dia orang yang "lurus" tapi Chearmster tolong jaga awek ko ni tidak demi perempuan hubungan persahabatan boleh terputus... ahahahahahaaa




Adakah trilogi Cinta 3 Segi akan bermula. Har...har...har...



Dalam pada semua orang sibuk nak gosip mamat poyo ni tak nak lepak dengan kami semua sebabnya dia berlagak nak dapat Blackberry Torch yang dimenangi olehnya sebelum Hari Raya Haji ini tapi "nan hado'.



Seronok Cik Lily Putih & Mr. Big tengok wayang "per" semalam.



Korang tengok tu berlagak bergambar dengan HP lama buat kali terakhir katanya.



Walau tak best cam mana pun cerita yang ditayangkan Nuffnang tetap best sebab invite joint event yang diadakan.




P/S - Malam nia da event kat Zouk plak jumpa disana ya. Insyaallah



Isnin, 11 Oktober 2010

Cuti-Cuti Cinta






Cuti-Cuti Cinta adalah sebuah filem karya Ahmad Idham yang bakal ditayangkan pada 21 Oktober 2010 ini. Filem ini mengetengahkan para pelakon yang kian menginjak nama mereka antaranya adalah :-

  1. Farid Kamil sebagai Omar Rudy
  2. Nora Dannish sebagai Eeva Eliana
  3. Cat Farish sebagai Encik Mahmood
  4. Zaibo sebagai Tan Sri Zaini
  5. Azizah Mahzan sebagai Puan Sri Salmah
  6. Kaazar Saisi sebagai Bapa Omar Rudy
  7. Zed Zaidi sebagai Remy

Secara ringkasnya sinopsis cerita ini adalah :-
Eava Ealiana merupakan seorang pengarah disebuah syarikat kepunyaan bapanya, Tan Sri Zaini. Sebagai anak tunggal kesayangan, Eava dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan. Apabila dewasa, Eava yang berkelulusan luar negeri bekerja di syarikat ayahnya. Eava merupakan seorang yang terlalu cerewet tentang segala-galanya, sombong dan suka membangga diri. Sering membebel jika tidak puas hati dan sangat tegas. Pekerja-pekerjanya lebih takutkan Eava berbandibng ayahnya. Tan Sri Zaini mempunyai seorang kawan rapat, Datuk Hamzah yang mempunyai seorang anak lelaki, Remy. Remy seorang playboy yang cuma tahu menghabiskan harta ayahnya sahaja. Remy dan Eava disatukan atas tujuan perniagaan dan niat Datuk Hamzah membolot harta Tan Sri Zaini.

Suatu hari Eava terserempak dengan Remy yang sedang bermesra bersama seorang wanita. Eava marah, lalu menumbuk Remy dan terus berlalu. Kecewa dengan tindakan Remy, Eava memandu keretanya tanpa tujuan lain, hanya semata-mata ingin melarikan diri daripada Remy dan masalah yang dihadapinya. Dia terus memandu sehingga sampai di sebuah hotel di tepi pantai. Setelah membuat tempahan, Eava masuk ke bilik tetapi tidak berpuas hati dengan keadaan bilik hotel itu. Dia memanggil pengurus hotel itu, En. mahmod dan memberi komen terhadap berberapa perkara. En. Mahmood mengarahkan pekerjanya, Fausrina dan Maliqurrahman melakukan perkara-perkara yang di komen oleh Eava. Walaupun sudah dibetulkan, Eava masih tidak berpuas hati dan terus memberi komen. En. Mahmood yang tidak tahan dengan bebelan Eava turun ke kaunter. Omar Rudy seoarang lagi pekerja yang menawarkan dirinya untuk memuaskan hati Eava. Eava menyuruh Omar Rudy membuat apa sahaja mengikut suaka hatinya dan Omar hanaya membuat tanpa membantah. Akhirnya Eava berpuas hati dengan biliknya itu.

Esoknya, Eavamemandu keretanya mengelilingi kawasan hotel. Eava sampai di sebuah kampung nelayan dan ternampak Omar rudy, Fausrina, Maliq dan Kris Dayana di dalam bot sedang besiap-siap sedang bersiap-siap untuk pergi ke laut. Eava bertanya apa yang mereka buat dan mereka hanya memberitahu Eava mereka tinggal di kampung dan menjadi nelayan membantu bapanya selain dari bekerja di hotel tersebut. Eava seperti menyindir Omar Rudy dengan mengatakan mereka terpaksa melakikukan dua kerja untuk mencari makan. Eava juga memperkecilkan kerja nelayang kerana menurut Eava, kerja nelayan adalah satu kerja yang mudah kerana tidak perlu berfikir jika dibandingkan dengan kerjanya sebagai pengarah syarikat. Omar Rudy mencabar Eava mengikutnya pergi ke laut menangkap ikan. Eava bersetuju. Maka mereka pun pergi ke laut untuk menangkap ikan dan Eava mengalami berbagai-bagai kesukaran dan berlaku berbagai-bagai perkara lucu. Sejak hari itu, banyak lagi kejadian yang berlaku akibat pertentangan gaya hidup dan pemikiran dua golongan ini. Eava masih lagi dengan sikap berkeras hati dan sentiasa mencari jalan mengenakan Omar Rudy dan kawan-kawanya.

Suatu hari Eava memberitahu En. Mahmood yang dia perlukan seorang untuk mengiringinya semasa berada di hotel itu. En. Mahmood bersetuju. Eava mahukan Omar Rudy menjadi pengiringnya. Ini menimbulkan kemarahan kawan-kawannya. Fausrina mula sedar yang Omar Rudy seperti sukakan Eava walaupun Omar tidak menyatakannya. Fausrina dalam diam sukakan Omar Rudy tetapi kerana persahabatan mereka yang akrab dia menyembunyikan perasaannya. Fausrina mula cemburukan Omar Rudy dan Eava. En. Mahmood menyedari perubahan Fausrina itu lalu menyuruh Fausrina memberitahu tentang isi hatinya tetapi dia tidak mahu. Dalam masa yang sama En. Mahmood sukakan Kris Dayana tetapi malu untuk menyatakannya.

Sementara itu di Kuala Lumpur, ibu bapa Eava dan Remy sibuk mencari Eava. Setelah mereka mengetahui dimana Eava berada. Mereka segera pergi ke hotel tersebut. Tiba di hotel tersebut, En. Mahmood memberitah mereka, Eava dan Omar Rudy pergi ke lautdan jika mereka ingin mengetahui lebih lanjut, mereka harus berjumpa ibu bapa Omar Rudy. Mereka pergi ke kampung nelayan dan berjumpa dengan ibu bapa Omar Rudy . Eava dan Omar Rudy berjalan-jalan mengelilingi pulau-pulau yang ada di sekitar itu dengan menaiki bot. Tiba-tiba di tengah laut, bot mereka rosak.

Oleh kerana cuaca tidak elok dan angin yang kuat, tiba-tiba bot mereka dipukul ombak yang kuat, rosak dan terdampar di sebuah pulau yang tiada orang. Omar Rudy hubungi Kris tetapi Kris memberitahu bantuan hanya akan sampai esok kerana cuaca tidak elok. Jadi mereka hanya menunggu sampai hari esok.remy bertambah geram dan mula menyalahkan semua orang dab Tan Sri Zaini dan Puan Sri malu dengan sikap Remy. Di pulau itu, mulut Eava hanya membebel menyalahkan Omar Rudy tetapi Omar tetap bersabar. Omar Rudy mula mencari makanan, membuat tempat untuk mereka berteduh tetapi Eava tetap membebel kerana terpaksa makan dan bermalam di situ. Apa yang Eava pelik mengenai sikap Omar Rudy yang tenang. Dapatkah Omar Rudy melembutkan hati Eava Eliana, dan dapatkah Fausrina, Kris Dayana dam Maliqqurahman menerima Eava? Kesudahannya terjawab di dalam Cuti-cuti Cinta...



Thirller cerita Cuti-Cuti Cinta



Aku dah dapat tiket cerita ni tapi tak tau nak pergi bila, ngan sapa dan dimana maybe tengok kat Wangsa Walk jer kot



Rabu, 16 Jun 2010

Lagenda Budak Setan






Ikhlas aku cakap cerita Lagenda Budak Setan ni tak berapa nak best bagi aku yang otak tak berapa nak center nih tapi mat2 bunga a.k.a. jiwang karatz maybe layan kot cerita nih. Nasib baik lah aku dapat ticket wayang cerita Lagenda Budak Setan ni percuma kalau tak rasa nyesal kot. Ramai cakap tengok cerita ni sedih dan menangis tapi aku ngan kengkawan aku jugak menagis jugak tadi tapi menangis sebab gelak gilo babas punya kat dalam panggung. Maybe kalau nak tengok cerita ni kena pergi dengan couple kot baru ada feel baik punya. memula cerita ni kelakar la gak antara Farid Kamil dengan Lisa Surihani tu lepas masuk part jiwang tu la dah start tak bleh blah... ahahhaha
nasib baik la ada kekasih hati aku dalam cerita ni iaitu Fazura, aku memang minat giler dengan Fazura nih.


Rabu, 3 Februari 2010

Bowling dengan Warga Kampung Puah Lembah




N3 kali ini tidak ada kena mengena dengan Mini Blogger Gathering yang akan diadakan pada hari Ahad ini yer.

Hari Ahad malam Isnin lepas aku ngan warga KPL (Kampung Puah Lembah) la
pergi membowlingkan diri kat Wangsa Walk.
Aku pergi ngan member member KPL yang aku kenal sejak kecik lagik ler
tujuan kesana memang nak main bowling ler tak kan nak main guli plak.


ini abang cik aku, hubungan aku ngan dia adalah sepupu ler
arwah ayah dia aku panggil pak long sahak imam masjid batu 4 1/2
arwah pak long aku ni dulu orang panggil sahak janggut


bosan gak la aku nak menunggu main bowling nih coz ramai sangat orang
sebab hari isnin tuh kan cuti Hari Wilayah.


aksi lucah aku bersama anak buah aku ler. apa ko ingat aku gay ker
pala hotak lu orang. Nabi tak mengaku umat babe.


Antara taiko taiko Kampung Puah Lembah.


meriah babe bila satu kampung berkumpul main bowling kecoh pusat bowling kat wangsa walk tuh.


pelapis Kampung Puah Lembah.