Masyuk

Memaparkan catatan dengan label melaka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label melaka. Papar semua catatan

Selasa, 16 Ogos 2016

PROMO VOUCHER BAYOU LAGOON PARK RESORT




Salam semua,
Masih ingat lagi dengan entry aku pasal PROMO VOUCHER BAYOU LAGOON PARK RESORT tempoh hari kalau tak ingat korang boleh KLIK SINI nak tengok entry yang lepas. Memandangkan member aku dah kasi "green light" pasal promo voucher ni aku nak bagi tau yang promo voucher dah boleh tempah dengan aku caranya adalah:- 

1. Buat pembayaran penuh waktu booking 
2. Whatsapp bukti pembayaran kat aku 
3. Korang akan dapat voucher tersebut seawal-awalnya pada 01/09/2016




harga pulak macam kat bawah ni yer kawan-kawan:- 

STUDIO ROOM -RM158
Included,
* 1 Studio Room
* 2 Breakfast
* 2 Waterpark entrance
* Weekday - RM158nett
* Weekend, School Holiday, Eve, Public Holiday & Superpeak + RM50 (surcharge)

2 BEDROOM APARTMENT - RM265 
Included,
* 2 Bedrooms Apartment
* 4 Breakfast
* 4 Waterpark entrance 
* Weekday - RM265 nett
* Weekend, School Holiday, Eve, Public Holiday & Superpeak + RM70 (surcharge)

3 BEDROOM APARTMENT - RM365 
* 3 Bedrooms Apartment
* 6 Breakfast
* 6 Waterpark entrance 
* Weekday - RM365 nett
* Weekend, School Holiday, Eve, Public Holiday & Superpeak + RM90 (surcharge)

Add on :-
* Breakfast (Adult)- RM25
* Breakfast (Child)- RM20

* Waterpark (Adult)- RM22 (BUY 1 FREE 1)
* Waterpark (Child)- RM16 (BUY 1 FREE 1)
* Waterpark (Sen.)- RM11 nett


* Bayou 9D Theatre - RM16




Menarikkan Bayou Lagoon Park Resort, Bukit Katil, Melaka ni kengkawan

Lokasi nya pula berhampiran dengan Taman Buaya, Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia jadi sambil berehat korang boleh lepak-lepak santai di tempat-tempat yang menarik di Negeri Melaka yang terkenal dengan dondang sayang ni kan.


Jadi kalau korang Berminat boleh pm sy @ Whatsapp +6011-23639807

Cod free (collect area Setiawangsa / Taman Keramat / Jalan Tun Razak  / Jalan Gombak / Wangsa Maju)

Postage +rm7

VOUCHERS VALID UNTIL 01/03/2017 (DEKAT 2 TAHUN TU)

PM ATAU WHATSAPP +6011-23639807

PROMOSI TAMAT 30 OGOS 2016

Khamis, 8 September 2011

Terima Kad Hari Raya





Salam semua, Tak disangka aku mendapat kad hari raya tadi walaupun sudah 15 hari kita menyambut kemenangan selepas berpuasa selama sebulan (tahun ni tak cukup kot). Walaupun lambat aku terima kad hari raya ini tapi aku berbangga still mendapat kad raya dari seorang Pendididik di Negeri Melaka iaitu Sonata Anak Kancil. Tahun lepas aku ada bagi sikit ole-ole kepada beliau tapi tahun ni aku tak sempat untuk berbuat demikian kerana kesibukkan melanda diriku ini. Minta maaf Kak Sonata Anak Kancil kerana tak dapat nak balas apa-apa pun tapi terima kasih daun keladi sebab sudi bagi kat raya kat saya.



Kepada Heldi alamat terpaksa dikaburkan.



Macam tahu warna kesukaan aku jer kan.


Tarikh dihantar pada 17 Ogos 2011 aku dapat 13 September 2011 hampir sebulan baru aku terima.



Terima Kasih Kak SAK sebab sudi bagi kad raya



http://www.daydeck86.com/2010/07/rezeki-jangan-ditolak-lah.html


Isnin, 20 Jun 2011

Dondang Sayang






Salam semua, hari ini aku nak tanya korang kat mana boleh aku download lagi DONDANG SAYANG sebab mak cik aku nak cari lagu-lagu DONDANG SAYANG sebab dia memang suka lagu-lagu tersebut. kalau korang ada info pasal lagu-lagu DONDANG SAYANG ni korang bagi tau dekat aku yer aku nak buat cd untuk mak cik aku ni. Antara penyanyi lagu dondang sayang yang mak cik aku ni minat adalah Nyonya Tan Abdullah, Pak Ibrahim, Nona , Abas Katan dan ramai lagi. kalau korang ada info bagi tau aku yer. Terima Kasih



Rabu, 10 November 2010

Majlis Pertunangan HashMush





Salam 1 Malaysia semua, Entry kali ini bersambung dari entry semalam sebabnya kendurinya pada hari sama dan rumah yang sama. Sebenarnya sepupu aku ni seorang blogger juga url blog dia adalah seperti berkut http://hashmush.blogspot.com/ dia baru jer berkecimpung dalam dunia blog ni tapi aku rasa dia cuma berblog dikala dia tak sibuk jer biasalah orang kuat Celcom la katakan. Hashmush ni sama umur dengan aku tapi dia dok gatai nak menikah awal... hahahaha jangan marah arrr gurau jerk.





pagi waktu sampai tu terus aku dengan Nieza buat hantaran yang belum siap sebabnya nak pergi sembahyang Jumaat lagi lepas tu dengan berzanji tengah hari lagi.



Atan Tuya menunjukkan bakatnya menyusun kacang di atas wajik untuk dijadikan hantaran kepada pihak lelaki.





Antara hantaran yang sempat aku snap





Kata si Hashmush apehal merah bebenor pipinya macam baru lepas goreng telur kat muka dia jer.



Disarungkan cincin emas sebagai tanda pertunangan oleh bakal ibu mertua.


Menjadi juga cubaan aku ni



Cantik berseri diatas pelaminan.



Tahniah diucapkan kepada Hashmush diatas pertunangannya.



p/s - aku tak nak bertunang sebab aku rasa macam membazir jerk. tapi ikut masing-masing ler.