Masyuk

Memaparkan catatan dengan label percuma. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label percuma. Papar semua catatan

Isnin, 8 Julai 2013

Despicable Me 2



Salam semua,
Minggu lepas aku dapat tiket wayang percuma dari tempat aku bekerja cerita Despicable Me 2 versi 3D dekat KLCC, disebabkan aku tak pernah tengok wayang 3D (kesian) aku pun berialah nak tonton filem ni. Memang sebelum ni aku memang tak berapa nak suka pergi tengok wayang ni orang single tak kan nak layan wayang sorang-sorang kot kiri kanan orang berkepit aku jer single mingle. ahahaha. Barang siapa yang ada anak-anak kecil dialu-alukan menonton filem ini yer memang terbaek filem ni kalau tak caya korang pergi layan filem ini ok.





Rabu, 22 Jun 2011

Universal Music Malaysia Pirate Night



Salam semua, Aku mendapat jemputan untuk menghadiri malam bersama Universal Music Malaysia di Nirwana Ballroom, Crown Plaza Mutiara Hotel Kuala Lumpur yang dikhabarkan acara terbesar bagi syarikat rakaman muzik tersebut. Antara blogger's lain yang mendapat jemputan adalah Kak Ina KL, Jejai, Cik Lily Putih, Hazman. Kami semua mendapat jemputan dari Hilal Azmi yang kebetulan mempunyai tugas disana. Artis yang hadir pada malam itu adalah Kumpulan Band dari Indonesia iaitu Band Geisha, Ning Baizura, Sharifah Syahira, Siti Sarah, Syuib Sepah, Ahmad Ahmad, Ana Rafali, Linda Onn dan ramai lagi.


Aku sampai kat sana lambat sikit, Macam biasalah kalau blogger's a.k.a. Tali Barut's dah sampai perkara pertama yang dilakukan adalah berborak, bergosip dan bergambar dalam erti kata lain adalah 3B.


Kak Ina KL, Mr Manager, Hilal Azmi, Cik Lily Putih, & Hazman yang hadir mengikut tema yang telah ditetapkan.

Cik Lily Putih dengan member aku bergaya dengan pass lawatan percuma.


Sebelum majlis bermula ada sesi lucky draw yang dijalankan oleh Sharifah Shahira, Halim Othman dan siapa yer dj lelaki seorang tu aku terlupa la pulak.


Kebetulan rezeki 2 orang Tali Barut's ada rezeki dapat cabutan bertuah iaitu Hazman & Cik Lily Putih.


Dalam waktu sama juga tetamu juga diperkenalkan dengan Band Geisha yang berasal dari PekanBaru, Indonesia dari kampung aku tu... ehheheheeheheee


Sambil-sambil tu ada pulak persembahan makan api oleh dua orang awek yang agak cun dan seksi ini.


Diselang selikan pula dengan persembahan silap mata korang tengok tu mamat tu cucuk paku 4 inci kat dalam lubang hidung dia.


Kebetulan pula Ana Rafali ada semua ambil kesempatan nak bergambar dengan beliau yang comel tu.


Bagi pemenang pakaian tercantik pada malam itu pula dimenangi oleh Betty Benafe.


Persembahan dimulakan oleh penyanyi yang bersuara soprano tak lain tak bukan Ning Baizura yang membawa peminatnya yang begitu sporting.


Selepas itu Band Geisha pula menunjukkan aksinya yang begitu mengangumkan sehingga aku terjatuh cinta dengan band ini hampir 2 album juga band geisha ini beraksi dengan jayanya.


Selepas Band Geisha perform aku keluar ambil angin waktu Siti Sarah & Syuib Sepah menyanyi aku tak tengok masuk-masuk jer Monoloq tengah perfom.


Diikuti pula dengan Ahmad Ahmad tapi bukan Ahmad Albab yer.


Persembahan terakhir yang aku tengok adalah dari Ana Rafali yang mendendangkan 2 buah lagu. Lepas tu aku terus cabut balik meninggalkan Kak Ina KL dan Jejai yang setia menanti sehingga show berakhir.




p/s - Hilal Azmi aku pun nak juga CD Band Geisha ni....

Ahad, 13 Mac 2011

Tesco Walk For Kids





Salam semua, semoga korang sihat belaka hendak-Nya dan aku cepat sembuh sepenuhnya. Hari Ahad yang lepas aku pergi Putrajaya ada Tesco Walk For Kids yang memang selalu aku joint. Bayaran yang dikenakan cuma RM10 sahaja memang berbaloi beramal sambil mendapat habuan.


Kitaorang seramai 10 orang lelaki kali ini joint 2 orang jer.




Sambil berjalan sempat juga aku ambil gambar pemandangan indah di Putrajaya




Bermula suatu pengembaraan.ahahahahaa



Tah apa gaya tah depa ni.

Macam kat Singapura plak pemandangan ni diaorang cakap.


Makan & minuman free memang kami semua sangat suka.


Dapat sijil tu wey.

Hasil tangkapan yang dapat dibawa pulang pada hari tersebut.





Ahad, 13 Februari 2011

Astro Fest 2011 - Astro Bukit Jalil





Astro Fest 2011 telah berlangsung pada 11-02-2011 memang setiap tahun Astro akan mengadakan Astro Fest ini bertempat di Astro Bukit Jalil. Astro Fest ini seperti hari keluarga kepada semua staff yang berkerja dengan Astro. Seperti kebiasaannya sambutan Astro Fest ini memang meriah sebab pelbagai makanan dan permainan disediakan.


Aku pergi Astro Fest 4 orang aku dengan Cik Nieza, Shikin & Lela kengkawan aku yang lain dah ajak tapi depa tak sampai-sampai pun maybe hujan kot, Teringat zaman ponteng sekolah lepak dekat YOAHAN sekarang The Mall naik kapal yang kaler merah tu.


Sempat juga model tak berbayar aku bergambar dengan Ain budak AF aku pun tak kenal sapa Ain ni sebab aku jarang tengok tv.

Pelbagai aktivti yang disediakan antaranya adalah sukaneka kiranya cam fun-fair lah ni.


Paling tak boleh blah waktu masuk rumah hantu abis bertambah kembang baju aku ditarik oleh model-model tak berbayar aku susah aku nak nak snap gambor hantu-hantu tu.


Terdapat pelbagai makanan yang disediakan antaranya adalah kambeng golek, chiken wing, putu mayam, char kuew tiaw dan macam macam lagi la tapi yang tak tahan nyer kena beratur panjang untuk mendapatkannya.


Lepas tu tangkap gambar dengan artis Raja Lawak pulak kalau tak silap aku nama budak ni Najmi kot aku pun lupa cam dia gaks.


Dalam jam 8.30 pula waktu perasmian adalah bunga api untuk memeriahkan majlis.


Malamnya pula ada persembahan artis popular antaranya Amy Search, Altimate, Meet Uncle Husien, Faizal Tahir, Kumpulan Tilu dan ramai lagi. Faizal Tahir siap campak baju Superman dia tu kepada peminat nasib naik pakai singlet kalau tak kena GAM lagi 3 bulan gamaknya.




p/s - Next even Majlis Juara Rakyat kat Kampung Puah Lembah lagi memang bz la aku bulan ni.