Masyuk

Memaparkan catatan dengan label hotel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hotel. Papar semua catatan

Rabu, 22 Jun 2011

Universal Music Malaysia Pirate Night



Salam semua, Aku mendapat jemputan untuk menghadiri malam bersama Universal Music Malaysia di Nirwana Ballroom, Crown Plaza Mutiara Hotel Kuala Lumpur yang dikhabarkan acara terbesar bagi syarikat rakaman muzik tersebut. Antara blogger's lain yang mendapat jemputan adalah Kak Ina KL, Jejai, Cik Lily Putih, Hazman. Kami semua mendapat jemputan dari Hilal Azmi yang kebetulan mempunyai tugas disana. Artis yang hadir pada malam itu adalah Kumpulan Band dari Indonesia iaitu Band Geisha, Ning Baizura, Sharifah Syahira, Siti Sarah, Syuib Sepah, Ahmad Ahmad, Ana Rafali, Linda Onn dan ramai lagi.


Aku sampai kat sana lambat sikit, Macam biasalah kalau blogger's a.k.a. Tali Barut's dah sampai perkara pertama yang dilakukan adalah berborak, bergosip dan bergambar dalam erti kata lain adalah 3B.


Kak Ina KL, Mr Manager, Hilal Azmi, Cik Lily Putih, & Hazman yang hadir mengikut tema yang telah ditetapkan.

Cik Lily Putih dengan member aku bergaya dengan pass lawatan percuma.


Sebelum majlis bermula ada sesi lucky draw yang dijalankan oleh Sharifah Shahira, Halim Othman dan siapa yer dj lelaki seorang tu aku terlupa la pulak.


Kebetulan rezeki 2 orang Tali Barut's ada rezeki dapat cabutan bertuah iaitu Hazman & Cik Lily Putih.


Dalam waktu sama juga tetamu juga diperkenalkan dengan Band Geisha yang berasal dari PekanBaru, Indonesia dari kampung aku tu... ehheheheeheheee


Sambil-sambil tu ada pulak persembahan makan api oleh dua orang awek yang agak cun dan seksi ini.


Diselang selikan pula dengan persembahan silap mata korang tengok tu mamat tu cucuk paku 4 inci kat dalam lubang hidung dia.


Kebetulan pula Ana Rafali ada semua ambil kesempatan nak bergambar dengan beliau yang comel tu.


Bagi pemenang pakaian tercantik pada malam itu pula dimenangi oleh Betty Benafe.


Persembahan dimulakan oleh penyanyi yang bersuara soprano tak lain tak bukan Ning Baizura yang membawa peminatnya yang begitu sporting.


Selepas itu Band Geisha pula menunjukkan aksinya yang begitu mengangumkan sehingga aku terjatuh cinta dengan band ini hampir 2 album juga band geisha ini beraksi dengan jayanya.


Selepas Band Geisha perform aku keluar ambil angin waktu Siti Sarah & Syuib Sepah menyanyi aku tak tengok masuk-masuk jer Monoloq tengah perfom.


Diikuti pula dengan Ahmad Ahmad tapi bukan Ahmad Albab yer.


Persembahan terakhir yang aku tengok adalah dari Ana Rafali yang mendendangkan 2 buah lagu. Lepas tu aku terus cabut balik meninggalkan Kak Ina KL dan Jejai yang setia menanti sehingga show berakhir.




p/s - Hilal Azmi aku pun nak juga CD Band Geisha ni....

Sabtu, 28 Ogos 2010

Berbuka Puasa Di Dorsett Regency Hotel





Hari Selasa yang lepas aku berbuka puasa kat Dorsett Regency, Jln Bukit Bintang Kuala Lumpur bersama teman-teman opis dan disponsor oleh GDEX yang memang menjadi acara tahunan bagi mereka. Makanan kat Dorsett Regency rasanya lagi sedap dari hotel yang sebelum ini pernah aku pergi. Makana pulak memang banyak tetapi tempat dia macam sempit sikitlah. Selain itu sepanjang bulan Ramadhan ini pula Jaafar Onn dan Haiza menghiburkan para tetamu yang hadir, Sila pastikan anda membawa "business card" anda supaya anda boleh membawa pulang hadiah dari Dorsett Regency kerana Jaafar Onn dan Haiza akan mengadakan "lucky draw" sepanjang waktu berbuka puasa tersebut.


Amik gambar Pencuci mulut jer coz ramai orang segan nak keluarkan camera.


En. Johari a.k.a. Azroy yang kena panggil oleh Jaafar Onn & Haiza
Siap kena menari bagai lagik.


Bergambar beramai ramai kesian aku tak ada.


Aku mestilah kena spesial sensorang dengan Haiza jerk




p/s - Haiza makin cun la dia pakai botox kerk


Ahad, 28 Mac 2010

Yogyakarta 2010 Part I






Trip kali ni aku pergi seramai 6 orang sahaja,
selalunya trip aku dengan member member dekat 10 orang
tapi disebabkan ada masalah yang tak boleh dielakkan
kitaorang pergi 6 orang walaupun ada lalang lalang
yang tak dapat menghikutkan dirinya.
Trip kali ni yang pergi 2 kumbang aku ngan Ajan,
4 bunga Azleen, Aniza, Rosma, Farah (adik aku ler)
sampai jer dari airport AdiSucipto pak supir aku
nama Nizam jemput kat luar tu.
lepas tu terus gerak ke Prambanan temple
kitaorang pergi beli ticket Ramayana Dance.
lepas beli ticket pergi check in hotel kat area
Prambanan Temple tu and then terus gerak
pergi melawat kat Prambanan temple tu
cantik, tertarik ko memang da bomb la temple tu
nak masuk tu kena pakai smartcard bukan smartcard astro ar
kalau harga visitor dari luar harganya 120k idr
dan dan tu kitaorang bertukar jadi Indonesian's
aku terus mengaku jadi orang Pekanbaru
harga untuk warga Indonesia cuma 15k sahaja.
tengok berapa banyak bezanya tuh
ni lah smartcard nya.
tengah mengukur jalan nak kesana
penat giler rasanya.


Semuanya nak melompat.

Bersambung...